GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

SCAM KESIHATAN SIRI 12: BENARKAH DAUN RERAMA BOLEH MENYEMBUHKAN KANSER?

SCAM KESIHATAN SIRI 12: BENARKAH DAUN RERAMA BOLEH MENYEMBUHKAN KANSER?
=====

Daun Rerama atau di dalam bahasa Inggeris dipanggil THE RED BUTTERFLY WING atau dalam bahasa saintifik pula dikenali sebagai CHRISTIA VESPERTILIONIS.
.
Tumbuhan ini boleh di dapati di kawasan iklim Khatulistiwa sekitar negara-negara ASEAN.
.
Kebelakangan ini, daun rerama menarik minat pengamal perubatan alternatif dan tidak kurang syarikat tempatan untuk memasarkannya sebagai alternatif rawatan kanser dalam bentuk teh atau supplemen.
.
Kefanatikan sesetengah pihak terutama pengamal perubatan alternatif dan tradisional terhadap daun ini barangkali timbul setelah laporan berita tahun lepas (2015) yang mengatakan bahawa Encik Khamarul Rezan Lim Abdullah, 58,salah seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang telah berjaya merawat pelbagai jenis penyakit kronik terutamanya kanser atau barah menggunakan daun spesies Red Butterfly Wing [1].
.
Persoalannya, benarkah daun rerama mampu mengubati kanser?
.
=====
Kuasa Daun Rerama
=====
.
Menurut Kajian awal penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, mereka berjaya menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan.[1]
.
Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka pada 2010 pula menunjukkan daun rerama mengandungi 13 sebatian kimia yang dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.
.
Di kalangan pengamal perubatan tradisional, daun ini dipercayai dapat menyembuhkan bisa ular, penyakit batuk kering, menyembuhkan tulang, penyakit asma dan demam selesema [2]
.
Satu kajian makmal telah dilakukan oleh Nguyen et al dalam menkaji kesan farmakologi tumbuhan ini ke atas aktiviti plasmodial di dalam Plasmodim Falciparum sejenis parasit yang boleh membawa penyakit Malaria. [3]
.
Keputusannya amat memberangsangkan namun memerlukan kajian peringkat klinikal pula bagi membuktikan tumbuhan ini adalah alternatif berkesan merawat penyakit Malaria.
.
Bagaimanapun, kesemua kajian yang dilakukan masih memerlukan kajian lanjut ke atas manusia sebelum boleh disahkan keselamatan, kesesuaian, kesan sampingan dan sejauh mana effektifnya daun ini dalam merawat penyakit yang dicanangkan.
.
=====
Daun Rerama Penyembuh Kanser?
=====
daun-rama-rama-merawat-kanser-ii
Kajian sainfitik daun rerama sebagai alternatif kepada rawatan kanser adalah masih terhad sehingga hari ini walaupun potensinya amat memberangsangkan.
.
Kajian preliminari oleh sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan.
.
Kajian in vitro/makmal yang dijalankan ke atas enam sel kanser iaitu sel kanser payudara, paru-paru, usus, pangkal rahim dan ovari mendapati, sel kanser payudara amat sensitif terhadap daun tersebut. [4]
.
Bagaimanapun, kajian fasa kedua akan dijalankan melalui ujian klinikal ke atas haiwan untuk melihat keberkesanannya dan kesan sampingan yang lain. Dan pihak penyelidik menegaskan masih jauh lagi boleh dikatakan berkesan sebagai alternatif kepada rawatan kanser sehingga kajian klinikal ke atas manusia dapat dilaksanakan.
.
Tambahan lagi, walaupun daun Rerama mempunyai pelbagai jenis warna tetapi hanya daun Rerama yang berwarna HIJAU sahaja yang berkesan dalam bidang perubatan [4] 90f52d
.
Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Hofer et al ke atas sel kanser neuroendokrin seperti sel kanser tiroid dan endokrine usus mendapati ekstrak ethyl acetate daripada tumbuhan ini mampu menghentikan proses pembesaran sel kanser pada kadar yang tinggi dan pada masa yang sama mengubah genetik sel-sel kanser yang membantutkan pertumbuhan sel bahaya tersebut.[5]
.
=====
Kesimpulan
=====
11915762_435354513338277_7318091800966041207_n
Sehingga kini, tiada satu pun bukti konkrit atau komprehensif dalam phytochemistry, farmakologi dan tosikologi tentang tumbuhan ini.
.
Hampir semua kajian menyatakan bahawa kajian lanjut dan fasa klinikal diperlukan untuk menilai keberkesanannya sebelum boleh disenaraikan sebagai rawatan alternatif yang berkesan terhadap penyakit kanser dan lain-lain penyakit yang didakwa dapat diubati oleh daun RERAMA.
.
Apa yang berlaku pada hari ini sebagaimana menurut penyelidik UPM adalah, ada segelintir pihak yang cuba mengeksplotasi hasil kajian universiti untuk mendapatkan keuntungan segera.
.
Kajian peringkat awal ini dicanang-canang oleh mereka sebagai penyembuh kanser baru walaupun pada hakikatnya, ianya adalah masih belum terbukti berkesan ke atas manusia.
.
Seperti biasa, testimoni digunakan sebagai pelaris produk masing-masing bersama beberapa tipu helah lain untuk mengaburi mata mangsa. Testimoni power7 .
Walau bagaimanapun, kajian awal ini tidak menghalang seseorang untuk mengamalkannya sebagai supplemen. Namun, rawatan berkala konvensional dan nasihat para doktor tetap perlu diutamakan.
.
Para pesakit dan relatif masing-masing dinasihatkan mendapatkan penjelasan para doktor sebelum mengambil sebarang supplemen atau rawatan alternatif bagi mengelak sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
.
=====
.
Anda belajar sesuatu daripada artikel ini? Apa kata KONGSIKAN kepada kawan-kawan dan ahli group anda.
.
Dan jangan lupa, –> Klik LIKE FB PAGE : DR AFIQ RAHIM untuk mengikuti siri-siri pembongkaran scam-scam kesihatan atau layari drafiqrahim.com untuk mengikuti perkembangan terkini.
.
Anda mempunyai kemusykilan tentang sesuatu rawatan atau produk kesihatan? Hubungi atau pm saya untuk saya bantu.
.
DAR
“Sihat Dengan ILMU”

[optin-cat id=”2106″]

=====
Rujukan
=====
1. Hamid RA, Sediadana RM, 20 juta. Available from: http://www.hmetro.com.my/node/28746 [Last Accessed on 7 August 2016].
2. HAMIDUN BUNAWAN1*, SITI NORAINI BUNAWAN2, SYARUL NATAQAIN BAHARUM1, THE RED BUTTERFLY WING (CHRISTIA VESPERTILIONIS): A PROMISING CANCER CURE IN MALAYSIA, International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences, ISSN- 0975-1491, Vol 7, Issue 8, 2015.
3. Nguyen-Pouplin J, Tran H, Tran H, Phan TA, Dolecek C, Farrar J, et al. Antimalarial and cytotoxic activities of ethnopharmacologically selected medicinal plants from south vietnam. J Ethnopharmacol 2007;109(3):417-27.
4. Universiti Putra Malaysia (2014) Available at: http://www.upm.edu.my/berita/details/daunreramabi?LANG=en (Accessed: 8 August 2016).
5. Hofer D, Schwach G, Tabrizi-Wizsy NG, Sadjak A, Sturm S, Stuppner H, et al. Christia vespertilionis plant extracts as novel antiproliferative agent against human neuroendocrine tumor cells. Oncol Rep 2013;29(6):2219-26.

Apa Komen Anda?