10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Enggan vaksin, Denggi semakin Mengganas dan pengesanan HIV semakin mencabar antara Sepuluh ancaman kepada kesihatan global pada tahun 2019

Kita sedang menghadapi pelbagai cabaran kesihatan sekarang. Ini terdiri daripada peningkatan wabak penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin seperti campak dan difteri, peningkatan laporan mengenai kuman yang kalis antibiotik, peningkatan kadar obesiti, pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim dan pelbagai krisis kemanusiaan.

Untuk menangani ancaman-ancaman ini dan lain-lain, 2019 WHO telah merangka strategi 5 tahun “13th General Programme of Work“. Pelan ini memberi tumpuan kepada sasaran tiga bilion manusia iaitu:

  • Memastikan 1 bilion orang mendapat manfaat daripada akses kepada liputan kesihatan sejagat (Universal Health Coverage), 1 bilion lagi manusia dilindungi daripada kecemasan kesihatan (Health Emergencies),
  • 1 bilion lagi manusia menikmati kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Oleh itu, sebagai permulaan, pihak WHO dan semua organisasi kesihatan yang terlibat sama akan memberikan perhatian kepada 10 isu kesihatan ini.

Jom baca apakah isu kesihatan yang akan difokuskan untuk 2019.

=====
1. Pencemaran udara dan perubahan iklim semakin parah
=====

air pollution 1024x522 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019
Pencemaran Udara penyumbang masalah kesihatan manusia

9 daripada 10 orang menghirup udara yang tercemar setiap hari. Pada tahun 2019, pencemaran udara dianggap oleh WHO sebagai ancaman alam sekitar yang paling besar untuk kesihatan.

Bahan pencemar bersaiz halus di udara boleh menembusi sistem pernafasan dan peredaran darah, merosakkan paru-paru, jantung dan otak, membunuh 7 juta orang setiap tahun dari penyakit seperti kanser, strok, penyakit jantung dan paru-paru.

Sekitar 90% daripada kematian ini adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan jumlah pelepasan yang banyak dari industri, pengangkutan dan pertanian, serta dapur dan bahan api kotor di rumah.

Punca utama pencemaran udara iaitu pembakaran bahan api fosil merupakan penyumbang utama kepada perubahan iklim, yang memberi kesan kepada kesihatan rakyat dalam pelbagai cara. Antara tahun 2030 dan 2050, perubahan iklim dijangka menyebabkan 250 000 kematian tambahan setahun terdiri daripada malnutrisi, malaria, cirit-birit dan tekanan haba.

Pada bulan Oktober 2018, WHO mengadakan Persidangan “Global Conference on Air Pollution and Health” di Geneva. Negara dan organisasi membuat lebih daripada 70 komitmen untuk meningkatkan kualiti udara. Tahun ini, Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September akan bertujuan memperkuatkan aksi dan cita-cita iklim di seluruh dunia. Sekalipun semua komitmen yang dibuat oleh negara-negara melalui Perjanjian Paris tercapai, suhu dunia masih terus meningkat melebihi dari 3 ° C abad ini.

=====
2. Penyakit Tidak Berjangkit Semakin Meningkat
=====

NCD - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019
Makanan segera penyumbang peningkatan obesiti

Penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung, secara kolektif bertanggungjawab untuk lebih daripada 70% daripada semua kematian di seluruh dunia, atau 41 juta orang. Ini termasuk 15 juta orang mati awal, berusia antara 30 dan 69 tahun.

Lebih 85% daripada kematian awal ini adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kebangkitan penyakit ini didorong oleh lima faktor risiko utama:

  • 1. penggunaan tembakau,
  • 2. tidak aktif fizikal,
  • 3. pengambilan alkohol yang berbahaya,
  • 4. diet tidak sihat
  • 5. pencemaran udara.

Faktor risiko ini juga memburukkan lagi masalah kesihatan mental, yang mungkin bermula pada awal usia (separuh daripada semua penyakit mental bermula pada usia 14 tahun, tetapi kebanyakan kes tidak dapat dikesan dan tidak dirawat) dan kes bunuh diri adalah penyebab utama kematian kedua di antara mereka yang berusia 15-19 tahun.

Di antara banyak perkara, tahun ini WHO akan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu mereka memenuhi sasaran global mengurangkan ketidakaktifan fizikal sebanyak 15% menjelang 2030 – melalui tindakan seperti melaksanakan polisi dasar ACTIVE untuk membantu mendapatkan lebih banyak orang aktif setiap hari.

=====
3. Ancaman Wabak Influenza Peringkat Global
=====

FP PANDEMIC.0 1024x576 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019
Epidemik Influenza

Dunia akan menghadapi satu lagi wabak influenza peringkat global (pandemik Influenza). Masalahnya adalah kita tidak tahu bilakah ia akan melanda dan betapa teruknya penyakit itu.

WHO sentiasa mengawasi peredaran virus influenza untuk mengesan potensi pandemik: 153 institusi di 114 negara terlibat dalam pengawasan dan tindak balas global.

Selain itu, WHO turut telah menubuhkan perkongsian unik dengan semua pemain utama untuk memastikan akses yang berkesan dan saksama kepada diagnostik, vaksin dan antiviral (rawatan), terutama di negara-negara membangun.

=====
4. Persekitaran dan situasi yang mengancam kesihatan
=====

syrian refugees1 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Lebih daripada 1.6 bilion orang (22% daripada penduduk global) tinggal di tempat-tempat di mana krisis berlarutan seperti kemarau, kebuluran, konflik, perpindahan penduduk dan perkhidmatan kesihatan yang lemah menyebabkan mereka ini tanpa perhubungan kepada penjagaan asas kesihatan.

Perkara ini menyebabkan sasaran utama dalam “Sustainable Development Goals / SDG” termasuk sasaran kesihatan anak dan ibu tidak terpenuhi.

WHO akan terus bekerja di negara-negara ini untuk mengukuhkan sistem kesihatan supaya mereka lebih bersedia untuk mengesan dan bertindak balas terhadap wabak, serta mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, termasuk imunisasi.

=====
5. Kerintangan antibiotic dan Ubat-Ubatan lain
=====

kerintangan antibiotik 1024x1024 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Perkembangan antibiotik, antiviral dan antimalarial adalah beberapa kejayaan terbesar dalam perubatan moden. Namun, kini kerintangan terhadap ubat-ubatan ini  (keupayaan bakteria, parasit, virus dan kulat untuk menentang ubat-ubatan ini) telah mengancam manusia.

Kita akan kembali pada waktu ketika manusia tidak dapat mengawal dan merawat jangkitan seperti radang paru-paru, tuberkulosis, gonorrhea, dan salmonellosis. Ketidakupayaan untuk mencegah jangkitan boleh membahayakan pembedahan dan prosedur serius seperti kemoterapi.

Rintangan kepada ubat tuberkulosis adalah halangan yang besar untuk memerangi penyakit batuk kering yang menyebabkan kira-kira 10 juta orang jatuh sakit, dan 1.6 juta mati, setiap tahun. Pada tahun 2017, kira-kira 82% daripada mereka mempunyai penyakit batuk kering mempunyai kerintangan terhadap ubat-ubatan anti-TB.

Rintangan ubat-ubatan lain juga bukan sahaja didorong oleh terlalu banyak penggunaan antibiotic kepada manusia tetapi juga pada haiwan, terutamanya yang digunakan untuk penghasilan makanan. WHO bekerjasama dengan sektor ini untuk melaksanakan pelan tindakan global untuk menangani ketahanan antimikrobial dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan, mengurangkan jangkitan, dan menggalakkan penggunaan antimikrobial yang berhemat.

=====
6. Ancaman Ebola dan lain-lain kuman merbahaya (Patogen)
=====

ebola 1024x576 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Pada tahun 2018, Republik Demokratik Kongo melihat dua wabak Ebola berasingan, yang kedua-duanya merebak ke bandar-bandar yang mempunyai lebih daripada 1 juta orang. Salah satu wilayah yang terlibat adalah wilayah yang sedang bergolak. Mereka menyedari bahawa strategi menangani wabak di luar bandar tidak semestinya berjaya di bandar.

Pada persidangan Kesediaan Kecemasan Kesihatan Awam yang diadakan pada Disember lalu, para peserta dari sektor kesihatan awam, kesihatan haiwan, pengangkutan dan pelancongan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran yang semakin meningkat untuk menangani wabak dan kecemasan kesihatan di kawasan bandar. Mereka memanggil WHO dan rakan kongsi untuk menetapkan 2019 sebagai “Tahun tindakan kesediaan untuk kecemasan kesihatan”.

Rangka Tindakan R & D WHO mengenal pasti penyakit dan patogen yang berpotensi menyebabkan kecemasan kesihatan awam tetapi kurang berkesan untuk rawatan dan vaksin. Senarai pantauan untuk penyelidikan dan pembangunan keutamaan termasuk Ebola, Demam berdarah (haemorrhagic fevers), Zika, Nipah, Coronavirus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan penyakit X, yang mewakili keperluan untuk mempersiapkan sesuatu yang tidak diketahui patogen yang boleh menyebabkan wabak yang serius.

=====
7. Penjagaan Kesihatan Primer yang Lemah
=====

klinik kesihatan kuala lumpur 600 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Penjagaan kesihatan primer merupakan titik pertama hubungan orang awam dengan sistem penjagaan kesihatan mereka, dan idealnya perkhidmatan kesihatan primer perlu menyediakan penjagaan yang komprehensif, berpatutan dan berasaskan komuniti sepanjang hayat.

Penjagaan kesihatan primer boleh memenuhi sebahagian besar keperluan kesihatan seseorang dalam menjalani kehidupan mereka. Sistem kesihatan dengan penjagaan kesihatan primer yang kuat diperlukan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat.

Namun banyak negara tidak mempunyai kemudahan penjagaan kesihatan primer yang mencukupi. Pengabaian ini mungkin akibat kekurangan sumber di negara berpendapatan rendah atau sederhana, atau mungkin juga tumpuan dalam beberapa dekad yang lalu dalam program penyakit tunggal.

Pada Oktober 2018, WHO menganjurkan satu persidangan global utama di Astana, Kazakhstan di mana semua negara komited untuk memperbaharui komitmen untuk penjagaan kesihatan primer yang dibuat dalam pengisytiharan Alma-Ata pada tahun 1978.

Pada tahun 2019, WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memulihkan dan memperkuat penjagaan kesihatan asas di negara-negara, dan melanjutkan komitmen mereka yang dibuat dalam Pengisytiharan Astana.

=====
8. Keengganan vaksin
=====

AntivaccineFear - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Keraguan dan keengganan untuk mengambil vaksin walaupun vaksin penyakit wujud atau boleh didapati kini telah menjadi ancaman baru kesihatan terutama pencegahan penyakit berjangkit yang merbahaya. Vaksinasi adalah salah satu cara yang paling kos efektif untuk mengelakkan penyakit – ia sekarang menghalang 2-3 juta kematian setahun, dan 1.5 juta lagi boleh dielakkan jika perlindungan vaksin global meningkat.

Sebagai contoh, campak (Measles) telah menyaksikan peningkatan sebanyak 30% dalam kes di seluruh dunia. Sebab-sebab peningkatan ini adalah rumit, dan tidak semua kes ini disebabkan oleh kebimbangan vaksin. Walau bagaimanapun, sesetengah negara yang sebelum ini hampir berjaya membanteras penyakit ini telah kembali menghantui mereka akibat masalah keengganan vaksin.

Sebab-sebab keengganan vaksin adalah kompleks. Antaranya: 

1. Individu mengambil mudah terhadap penjagaan kesihatan mereka.

2. Kesulitan dalam mengakses vaksin.

3. Kurang keyakinan terhadap vaksin.

Pekerja kesihatan terutama yang berada di komuniti seperti klinik kesihatan perlu menjadi penasihat yang paling dipercayai dan berpengaruh untuk menyakinkan program vaksinasi. Mereka mesti disokong dengan maklumat yang dipercayai dan mereka boleh dipercayai dalam perihal vaksin.

Pada tahun 2019, WHO akan meningkatkan kerja untuk menghapuskan kanser serviks di seluruh dunia dengan meningkatkan liputan vaksin HPV. 2019 juga mungkin tahun terakhir penularan poliovirus liar di Afghanistan dan Pakistan kerna kejayaan vaksin HPV. Tahun lepas, kurang daripada 30 kes dilaporkan di kedua-dua negara.

=====
9. Denggi Semakin Berani
=====

150731181755 dengue insecticide spraying super 169 1024x576 - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Denggi, penyakit bawaan nyamuk yang menyebabkan gejala seperti demam, sakit sendi dan boleh membunuh telah menjadi ancaman yang semakin meningkat selama beberapa dekad.

Sejumlah besar kes berlaku pada musim hujan di negara-negara seperti Bangladesh dan India. Pada tahun 2018, Bangladesh menyaksikan jumlah kematian paling tinggi dalam hampir dua dekad mereka dan penyakit ini mula tersebar ke negara-negara yang bukan beriklim tropika seperti Nepal, yang tidak secara hakikatnya jarang mempunyai penyakit itu .

Dianggarkan 40% daripada populasi dunia berisiko demam denggi, dan terdapat sekitar 390 juta jangkitan setahun. Strategi kawalan Denggi WHO bertujuan mengurangkan kematian sebanyak 50% menjelang tahun 2020.

=====
10. HIV Semakin Mencabar
=====

hiv test - 10 Ancaman Kesihatan Awam 2019

Kemajuan dalam usaha memerangi HIV adalah sangat besar. Antaranya adalah jumlah mereka yang disaring semakin bertambah, menyediakan pesakit dengan antiretroviral (22 juta sedang menjalani rawatan), dan menyediakan akses kepada langkah-langkah pencegahan seperti profilaksis pra-pendedahan (PrEP, iaitu ketika orang berisiko HIV mengambil antiretroviral untuk mencegah jangkitan).

Walau bagaimanapun, wabak ini terus mengganas dengan hampir sejuta orang setiap tahun dijangkiti HIV / AIDS. Sejak awal wabak itu, lebih daripada 70 juta orang telah memperoleh jangkitan itu, dan kira-kira 35 juta orang telah meninggal dunia. Hari ini, sekitar 37 juta di seluruh dunia hidup dengan HIV. Cabaran utama adalah menjejaki dan mendekati kumpulan berisiko seperti pekerja seks, penjenayah di penjara, lelaki yang mempunyai hubungan seks songsang, atau kumpulan transgender. Selalunya kumpulan ini dikecualikan daripada perkhidmatan kesihatan. Kumpulan yang semakin berisiko dijangkiti oleh HIV adalah remaja perempuan (berusia 15-24 tahun) dan menyumbang 1 daripada 4 jangkitan HIV di sub-Sahara Afrika walaupun populasi mereka hanyalah 10% daripada jumlah penduduknya.

Tahun ini, WHO akan bekerjasama dengan negara untuk menyokong ujian sendiri saringan HIV supaya lebih banyak orang yang hidup dengan HIV dapat mengetahui status mereka dan dapat menerima rawatan awal (atau tindakan pencegahan dalam hal hasil uji negatif).

Apa Komen Anda?