10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

29th July 2018 Off By Dr Afiq Rahim

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak-anak Anda.

Semalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama.

Penyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain.

Berikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini.

 =====
1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
=====

 

cuci-tangan-untuk-elak-HFMD

Sentiasa mencuci tangan untuk mengelakkan jangkitan HFMD

Para ibubapa, pengusaha taska dan semua pihan secara umumnya disarankan mengamalkan tabiat membasuh tangan pada setiap masa terutama selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

Penyakit HFMD kebiasaannya merebak melalui jangkitan cecair (air liur / cecari pada lepuh) atau najis pesakit ke atas permukaan badan dan persekitaraan kita. Oleh itu, tabiat membasuh tangan menggunakan air bersih pada setiap masa dapat mengelakkan jangkitan virus HFMD kepada anak-anak kita.

basuh-tangan-HFMD

=====
2)Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
=====

tutup-mulut-semasa-bersin-HFMD

Tutup mulut semasa bersin

Galakkan anak-anak dan pesakit HFMD untuk menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin. Ini memastikan cecair air liur yang tercemar dengan virus tidak merebak kepada orang di sekeliling kita.

=====
3) Elakkan berkongsi barangan peribadi dengan pesakit HFMD
=====

jangan-berkongsi-barang-peribadi-HFMD

Elakkan berkongsi barang-barang peribadi semasa wabak HFMD

Elakkan anak-anak anda daripada berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu samada di rumah mahupun di taska bagi mengelakkan terjadinya jangkitan virus HFMD. Asingkan barang-barang peribadi milik pesakit HFMD dengan kanak-kanak yang sihat untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

=====
4) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
=====

amalkan-kebersihan-HFMD

Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kita

Pastikan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya sentiasa terjaga dan dikemas rapi. Kawasan yang sentiasa bersih akan mengurangkan risiko jangkitan HFMD.

=====
5) Bersihkan peralatan yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.
=====

bersihkan-alat-mainan-HFMD

Bersihkan peralatan mainan

Sekiranya jangkitan virus HFMD telah berlaku kepada anak anda, ibubapa dan pengurusan pusat asuhan dinasihatkan agar membasuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan apa sahaja ruang permukaan yang telah atau boleh disentuh oleh kanak-kanak dengan bahan pencuci. Ini memastikan virus yang berada di permukaan dapat dikawal segera.

=====
6) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
=====

Tanda-tanda-HFMD

Tanda-tanda Penyakit HFMD

Sekirannya anak anda mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti ulser di tekak dan mulut, ruam dan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin, demam serta hilang selera makan, segera bawa berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

=====
7) Elakkan anak-anak yang dijangkiti dengan HFMD ke tempat awam
=====

asingkan-anak-daripada-tempat-awam-HFMD

Jauhi anak anda daripada tempat awam

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain untuk mengelakkan terjadinya penyebaran virus HFMD kepada orang awam lain terutama kanak-kanak kecil.

=====
8) Ibubapa digalakkan mengambil Cuti untuk menjaga anak-anak mereka yang dijangkiti penyakit HFMD
=====

ibubapa-ambil-cuti-jaga-anak-sakit-HFMD

Ibubapa disarankan mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, disaran untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Ini bagi memastikan tiada berlakunya jangkitan virus kepada kanak-kanak lain di pusat asuhan mereka sekaligun mengelakkan berlakunya wabak HFMD di taska tersebut. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

=====
9. Berikan Diet Yang Seimbang Kepada Anak Anda
=====

daya-ketahanan-badan-anak-HFMD

Tingkatkan daya ketahanan anak anda dengan pengambilan diet yang seimbang

Berikan diet pemakanan seimbang dengan diutamakan sayur dan buah-buahan untuk tumbesaran mereka dan ketahanan daya antibodi mereka. Kekuatan daya ketahanan badan anak-anak anda amat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan kuman / virus. Berikan anak-anak anda, supplemen vitamin yang dapat meningkatkan daya ketahanan badan seperti Vitamin C.

=====
10. Dapatkan Tidur atau Rehat Secukupnya
=====

rehat-secukupnya-untuk-anak-anda-HFMD

Berikan anak anda rehat secukupnya

Pastikan anak-anak anda mendapat rehat dan tidur secukupnya terutama jika mereka jatuh sakit. Rehat yang mencukupi dan berkualiti amat membantu dalam proses penyembuhan atau dalam proses membina daya ketahanan badan mereka untuk melawan jangkitan kuman.

 

Poster HFMD

 

Jangan lupa kongsikannya kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat.

DAR

Rujukan: Klik di sini 

Apa Komen Anda?