GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Kisah Madu Laki Bini

(Kisah Madu Laki Bini)

Isteri: Abang, esok tolong sayang carikan madu.

Suami (Mata terbeliak dan bingkas bangun daripada sofa empuknya): Madu? Sekarang juga abang pergi cari.

Isteri: Ish…bukan hari ini, esokla. Abang kan keje malam ni.

Suami: Oh ye, abang terlupa pula..(sambil menepuk dahi)

Keesokan harinya, suaminya segera bergegas ke pasaraya mencari madu yang diidamkan isterinya.

Suami: Pure Honey, harga RM30 je. Produk tempatan. Packaging pun cantik menawan. Boleh cuba ni.

Lalu dibawa pulang dengan gembira untuk dipersembahkan kepada isteri.

Isteri: Abang beli madu jalanan ke? Rasa pun tak serupa madu asli. Packaging je lawa. Sayang dah pesan, jangan beli madu sebarangan. Kena pilih elok-elok dan betul-betul berkualiti tinggi. Salah pilih, kita sekeluarga yang merana.

Suami: Baiklah….(dalam nada kecewa).

——————————

Suaminya tidak berputus asa. Demi memenuhi hajat isteri maka dicarinya madu kedua.

Kali ini, si suami terjumoa madu asli daripada New Zealand. Fikirnya, pasti isterinya akan suka produk luar negara itu. Al maklumlah, mentaliti kebanyakkan rakyat malaysia, produk luar negara adalah lebih bagus dan bermutu tinggi.

Suami; Sayang, abang pasti kali ini kamu akan menyukainya.

Isteri (selepas merasai kenikmatan madu tersebut, menghela nafas panjang): Maaf abang, ini bukan madu asli. Rasa kandungan gulanya tinggi.

Suami (bisikan hati nurani): Dahsyat penilaian isteri aku ni. Bila pula dia belajar ilmu-ilmu madu ni? Standard ISO kriteria madu dia, padahal nak buat makan je pun.

Suami: Macam mana sayang tahu itu bukan madu asli?

Isteri: Dekat bahagian labeling kalori ada tunjuk kandungan gula berapa peratus.

Suami: Eh abang tak perasan pula. Biasalah orang lelaki, nak cepat aje. Rugi dekat RM50 dah madu ni.

Isteri: Orang perempuan ni teliti abang. Dia perhati satu persatu walaupun tangan dan kaki mereka sedang bergerak-gerak. Tak apalah, semua madu yang abang beli tu, kita buat masakan ayam bermadu nanti.

Suami: Oh pastinya enak gitu…

————————-

Keesokan harinya, suaminya pulang ke rumah dan terkejut.

Ada sekotak hadiah untuk suaminya.

Suami: Eh hadiah apa ni?

Isteri: Madu untuk awak.

Balas si isteri.

Suami senyum panjang namun mendengar jawapan isterinya. Namun, belum sempat si suami berangan dicubit manja isterinya.

Isteri: Awak jangan nak berangan yang lain pula. Ini madu yang saya tempah daripada kawan saya.

Suami: Adoi, kita baru berangan nak merasai madu aslila….bukannya ‘madu’ satu lagi.

Isteri: Ini madu Yaman Sidr. Madu asli yang pekat dan berkualiti tinggi. Rasanya pasti berbeza. Sayang tahu sebab sayang dah cuba sebelum ini. Benda berkualiti tinggi maka harganya juga mahal sedikit. Juga benda berkualiti tinggi biasanya dijaga rapi dan susah nak dapat.

Suami: Boleh abang rasa madu ini?

Lalu isterinya mengambilkan sudu dan diberikan kepada suaminya gaya seorang Geisha menyediakan teh kepada tetamunya.

Selepas sesuap sudu, suaminya bangun terkejut daripada meja makan mereka lalu berkata:

“Subhanallah. Inilah madu yang paling sedap abang pernah rasa. Sekali rasa, pasti nak lagi”.

Isteri: Jadi? (Sedikit kebingungan).

Suami: Awak jelah pilih madu untuk keluarga kita selepas ini. Semua jenis madu (sambil tersenyum lebar).

Isteri: Maksud abang tu memang DEEPPP…………

Lantas pasangan suami isteri itu ketawa dengan bahagia……

p/s: Dapatkan madu yang asli sahaja kerana madu tiruan mengandungi gula yang sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan anda kencing manis atau Diabetes pada usia muda lagi.

p/p/s: Semua makhluk sukakan madu. Lebah, serangga mahupun manusia. Oleh itu, pilihlah madu dengan berhati-hati.

#DAR
#kisahsuamisteri
#maduasli

Apa Komen Anda?