20 FACEBOOK PAGE PERUBATAN YANG WAJIB ANDA FOLLOW. RUGI TAK FOLLOW.
SENARAI FACEBOOK PAGE PERUBATAN YANG TELUS & SAHIH
Hairan bin ajaib bin pelik bila ramai netizen menjadikan Facebook sebagai tempat mencari maklumat termasuklah bila bab perubatan. Kalau dulu ada graduan Google, sekarang ni ada pula yang lahir dari Universiti Facebook.
Maka wujudlah laman-laman yang tidak bertauliah dan terpesong lagi songsang dakyahnya semata-mata untuk meraih populariti dan seterusnya menjana pendapatan.
Namun kini, sudah ramai aktivitis media sosial dari pengamal perubatan dan para saintis yang bertauliah dan beretika yang tidak henti-henti memperbetulkan ajaran sesat sesetengah pihak berkepentingan.
Berikut adalah senarai 20 Facebook Page yang kalian boleh ikuti untuk mendapatkan informasi tentang perubatan, kesihatan dan ubat-ubatan.
Diingatkan di sini, kami tidak akan memberikan konsultasi dalam talian kerana ia salah dan bertentangan dengan etika amalan perubatan.
Juga tolonglah tinggalkan laman FB bertaraf sampah itu semua. Sedih benar saya melihat kalian terus menerus ditemberang dan diselubungi mitos dan petua merapu.
1. Medical Mythbusters Malaysia
https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/ – Ini adalah FB Page Perubatan paling sohor. Dianggotai hampir 50 anggota perubatan dari pakar perubatan sehingga jururawat dan sewaktu dengannya. Banyak aktiviti yang dilakukan mereka demi memberi pendidikan kesihatan kepada netizens di media sosial terutama Facebook.
2. Roof of Science
https://www.facebook.com/Rootofscience1/ Page mereka adalah lengkap dengan setiap cabang sains yang dijelaskan dengan mudah untuk difahami netizen.
3. MedTweetMy
https://www.facebook.com/MedTweetMy/ – Platform utama mereka adalah di Twitter. MedTweetMy dianggotai oleh hampir 50 anggota kesihatan daripada pelbagai cabang perubatan. Ada masalah kesihatan? Hubungi mereka di Twitter.
4. The Malaysian Medical Gazette:
https://www.facebook.com/mmgazette/ Ada banyak info kesihatan yang dikongsikan oleh kolumnis mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan majoritinya adalah PAKAR PERUBATAN.
5. Dr. Suhazeli Abdullah
https://www.facebook.com/drsuhazeli/: Seorang pakar perubatan keluarga yang juga sukarelawan luar biasa dan juga arif dalam perihal perubatan dan Islam. Rugi tak follow pakar ini. Kemah keming!
6. The Diagnosa
https://www.facebook.com/thediagnosa/ banyak mengupas masalah kesihatan dan berkongsi informasi perubatan di Facebook.
7. MO Frust
https://www.facebook.com/mofrust/ MO Frust sering memuatnaik status-status yang menjentik minda dan jiwa menerusi kehidupannya sebagai seorang pegawai perubatan yang sentiasa ‘FRUST’. Follow jangan tak follow.
8. Public Health Malaysia
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/ Ini memang antara page yang WAJIB anda follow. Mereka mengupas isu-isu kesihatan awam yang sering timbul di media sosial. Juga berkongsi ilmu-ilmu perubatan penting untuk orang awam.
9. Delegation of Nurses
https://www.facebook.com/DelegationOfNurses/ Ini adalah page yang ditubuhkan oleh para misi kita. Mereka berkongsi kisah dan pandangan mereka daripada perspektif seorang jururawat.
10. The Dressar and Co.
https://www.facebook.com/thedressar/ Ini pula adalah page yang ditubuhkan oleh para HA kita. Mereka berkongsi kisah dan pandangan mereka daripada perspektif seorang pembantu pegawai perubatan aka Assistant Medical Officer.
11. Med Gags
https://www.facebook.com/medgags/ – Bagi yang suka dengan ‘trolls’ boleh follow page ‘trolls’ perubatan.
12. PQ Community
https://www.facebook.com/PQCommunity1/ Mereka membongkar penipuan produk-produk kesihatan. Mereka berkongsi ilmu, informasi dan maklumat tentang produk kesihatan dan kosmetik yang selamat bersama masyarakat.
13. Cakna Ubat Anda
https://www.facebook.com/caknaubatanda/ Mereka berkongsi informasi tentang ubat-ubatan anda. Adakah anda ambil tahu tentang ubat anda?
14. Jom Kenal Ubat
https://www.facebook.com/Jomkenalubat/ Juga hampir sama dengan FB page Cakna Ubat Anda namun diuruskan oleh Penguatkuasaan Farmasi Selangor. The more, the merrier!
15. Caw. Penguattkuasaan Farmasi Negeri Kelantan
https://www.facebook.com/CPFKelantan/ FB Page antara page yang aktif dengan memberikan informasi ubat-ubatan serta mereka selalu terjah produk-produk kesihatan tidak berdaftar. Mereka juga mempunyai akaun Twitter dan Instagram Gu Cakna Ubat. Hati-hati, mungkin produk anda akan diterjah mereka jika tidak berdaftar dan dakwa macam-macam oleh pihak farmasi Negeri Kelantan ! Set dio level Pok Ya Cong Codei boh! Geng gedebe ni boh.
16. Penghulu Ubat
https://www.facebook.com/fiestafarmasi/ Ini juga antara FB Page yang sering berkongsi informasi berkenaan ubat-ubatan yang pesakit sering guna. Banyak manfaatnya.
17. Laman Minda
https://www.facebook.com/lamanmindaecp/ Ini adalah page yang memfokuskan kepada informasi tentang kesihatan mental.
18. Immunise4Life
https://www.facebook.com/Immunise4Life/ Page ini berkongsi kepentingan dan kebaikan vaksin kepada masyarakat.
19. Dr. Ezairy M. Sallih
https://www.facebook.com/DrEzairyM.Sallih/ Adalah seorang doktor telinga, hidung & tekak (ENT), juga penulis buku 55 soal jawab kesihatan dan buku travelog Aku Budak Setinggan. Banyak informasi menarik tentang kesihatan dikongsikan oleh beliau.
20. Dr. Afiq Rahim DAR
https://www.facebook.com/drafiqrahimdar/ Akhir sekali FB Page yang bagus anda follow adalah FB Page saya sendiri. Ehem..ehem…. Saya suka berkongsi kisah-kisah kehidupan doktor kampung, kisah scam kesihatan dan informasi kesihatan yang penting buat para netizens. Insyallah bermanfaat.
Terima kasih di atas sokongan kalian. Dan tolong sebarkan kepada seramai mungkin kenalan kalian.
Kredit asal saya kurniakan kepada Dr Rusyainie Ramli atas perkongsian beliau yang bermanfaat ini.
DAR
Kubang Kerian.