GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

6 Fakta MADU DALAM PERUBATAN YANG Mungkin ANDA Tidak Tahu

Madu, terutamanya dalam bentuk mentah/raw, menawarkan manfaat kesihatan yang unik yang anda mungkin tidak sedari. Di antara kegunaan madu dalam perubatan:

1. Madu Sebagai Ubat Batuk Organik Yang Bagus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan madu sebagai yg bahan yang membantu mengurangkan rasa sakit dan melegakan keperitan di dalam mulut atau tekak.

Kajian menunjukkan madu bekerja dengan baik sebagai ‘dextromethorphan’, bahan yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan batuk, untuk melegakan batuk dan membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah tidur akibat kesukaran bernafas kerana jangkitan saluran pernafasan.

2. Madu Sebagai Bahan Merawat Luka

Madu adalah satu terapi konvensional dalam melawan jangkitan kuman sehingga abad ke-20 awal. Namun penggunaannya secara perlahan-lahan semakin berkurangan dengan kewujudan penicilin (ubat antibiotik).

Kini penggunaan madu dalam penjagaan luka mendapatkan semula populariti. Para penyelidik sedang gigih menentukan dengan jelas bagaimana madu boleh membantu melawan jangkitan kulit yang serius.

Madu mempunyai bahan anti-bakteria, anti-kulat, dan antioksidan yang menjadikan ia sesuai untuk merawat luka. Di kebanyakkan negara terutama di Amerika Syarikat, mereka menggunakan ‘MANUKA HONEY’ untuk rawatan luka terbakar / BURN.

MANUKA HONEY dibuat daripada debunga yang dikumpul dari bunga belukar Manuka (tumbuhan perubatan), dan ujian klinikal mendapati jenis madu ini berkesan menghapuskan lebih daripada 250 strain klinikal bakteria, termasuk jenis bakteria kuat yang kalis antibiotik seperti:

  1.  MRSA (Methicillin Resistant Staphylococcus aureus)
  2. MSSA (Methicillin Sensitive Staphylococcus aureus)
  3. VRE (Vancomycin Resistant Enterococci)

Berbanding dengan lain-lain jenis madu, Manuka mempunyai bahan tambahan dengan kualiti antimikrob, yang dipanggil Unique Manuka Factor (UMF).

Madu mengeluarkan Hidrogen Peroksida melalui proses enzim, yang menjelaskan kekuatan kualiti antiseptiknya, tetapi bahan aktif Manuka Honey mengandungi “sesuatu yang lain” yang menjadikan ia jauh lebih tinggi daripada jenis-jenis madu yang lain ketika proses membunuh bacteria.

Kajian juga mendapati bahawa apa-apa jenis madu yang belum diproses dapat membantu penyembuhan luka dan ulser. Dalam satu kajian, 58 daripada 59 luka menunjukkan

“peningkatan yang memberangsangkan setelah penggunaan madu.”

3. Madu Untuk Memperbaiki Kulit Kepala Anda

Madu yang dibancuh dengan sedikit air suam dapat membantu menyembuhkan penyakit dermatitis seborrheic, sejenis penyakit kulit di mana keadaan kulit kepala yang menyebabkan kelemumur dan kegatalan kepala.

4. Madu Sebagai Bahan Meningkatkan Tenaga Anda

Bagi Diet secara keseluruhannya iaitu makanan yang sihat dan tidur yang betul adalah resipi terbaik untuk tenaga maksimum.

Akan tetapi jika anda sedang mencari bahan makanan untuk memberikan tenaga segera, terutama sebelum atau selepas bersenam, mengambil madu sudah memadai.

5. Mengurangkan Gejala Alahan / Allergic Symptoms

Madu yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan kebiasaannya mengandungi spora pollen yang diambil oleh lebah dari tumbuh-tumbuhan tempatan. Madu jenis ini dapat memperkenalkan sejumlah kecil alergen (bahan peransang) organik ke dalam sistem anda. Secara teorinya, ini boleh mengaktifkan sistem imun anda dan dari masa ke masa boleh membina imuniti semula jadi anda terhadapnya.

Namun, cara ini hanya berfungsi jika anda mengalami alahan kepada tumbuhan tempatan tersebut. Madu dari tumbuhan lain samada dalam atau luar negara tidak akan berfungsi untuk mencegah alahan kepada tumbuhan itu.

Walaupun penyelidikan mengenai ini telah membuahkan hasil yang berbeza-beza, satu kajian mendapati semasa musim Birch Pollen, berbanding kumpulan terkawal / control group, pesakit yang menggunakan madu birch pollen didapati:

  1. Mengurangkan 60 peratus dalam gejala alahan.
  2. Dua kali ganda hari asimptomatik.
  3. 70 peratus sedikit hari dengan gejala yang teruk
  4. 50 peratus penurunan dalam penggunaan antihistamin

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua kumpulan madu (mereka yang mengambil madu biasa, berbanding mereka yang mengambil madu yang mengandungi birch pollen.) Walau bagaimanapun, kumpulan madu birch pollen menggunakan kurang ubat anti-histamin daripada mereka yang menggunakan madu biasa. Penyelidik membuat kesimpulan:

“Pesakit yang pra-musim menggunakan madu Birch Pollen mempunyai lebih baik kawalan gejala alahan berbanding dengan mereka yang mengambil ubat konvensional sahaja, dan mereka mempunyai kawalan lebih baik sedikit berbanding dengan mereka pada madu biasa. Keputusan harus dianggap sebagai awal, tetapi mereka menunjukkan bahawa madu birch pollen boleh berfungsi sebagai terapi pelengkap / complementary therapy untuk pesakit alahan birch pollen (Birch Pollen Allergies). “

6. Madu untuk Herpes (Kayap/kudis)

Madu yang berkualiti tinggi dapat digunakan sebagai topical wound care atau ubat sapuan untuk kudis herpes kerana:

  • Ia menarik lebihan cecair dari luka anda.
  • Kandungan gula yang tinggi menyekat pertumbuhan mikroorganisma.
  • Lebah pekerja (Workers Bees) merembeskan enzim (oxidase glukosa) ke dalam madu, yang kemudiannya mengeluarkan kandungan hidrogen peroksida tahap rendah apabila madu membuat hubungan dengan luka anda.

Dalam satu kajian, 16 orang pesakit yang mempunyai sejarah serangan herpes berulang kali pada kemaluan menggunakan madu untuk merawat serangan herpes, dan ubat krim antiviral (Acyclovir cream), pada waktu yang lain sebagai perbandingan. (Adalah penting untuk kita sedari bahawa tidak ada dadah atau madu untuk menyembuhkan penyakit herpes genital. Ubat dan Madu hanyalah merawat gejala herpes sahaja.)

Hasil kajian tersebut mendapati, madu memberikan hasil rawatan jauh lebih baik berbanding krim ubat. Untuk herpes genital/kemaluan, 59 peratus lebih baik daripada acyclovir.

Sakit dan pembentukan kerak juga telah dikurangkan dengan ketara dengan madu, berbanding dengan ubat konvensional. Seorang pesakit herpes telah berjaya menghilangkan masalah herpes sepenuhnya dengan rawatan madu.

============

Bersederhanalah ketika menggunakan MADU.

============

Madu mempunyai banyak sifat-sifat yang sihat, tetapi ia juga kaya dengan fruktosa, dengan purata sekitar 53 peratus.

Setiap sudu teh madu mempunyai hampir empat gram fruktosa, yang bermakna ia boleh memburukkan lagi masalah insulin resistance sedia ada dan mendatangkan malapetaka pada badan anda jika diambil secara berlebihan.

Oleh itu, apabila anda memakan madu, berhati-hati menambah jumlah gram fruktosa (termasuk buah-buahan) yang anda makan setiap hari, dan kekal di bawah 25 gram daripada jumlah fruktosa sehari.

Perlu diingatkan kepada para pesakit terutama jika anda mempunyai insulin resistance (iaitu jika pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, atau jika anda berlebihan berat badan) adalah lebih baik anda mengelakkan semua jenis pemanis, termasuk madu, kerana apa-apa pemanis boleh mengurangkan sensitiviti insulin anda dan memburukkan insulin resistance anda.

Namun, jika anda sihat, makan madu secara sederhana boleh memberi banyak manfaat yang disenaraikan di atas.

#DAR

Sumber Rujukan:

1 LiveScience June 20, 2013

2 National Honey Board, Learn About Honey

3 LiveScience June 20, 2013

4 National Honey Board, How Honey is Made

5 TIME October 4, 2014

6 Arch Pediatr Adolesc Med. 2007;161(12):1140-1146.

7 Microbiology January 31, 2012

8 Br J Surg. 1988 Jul;75(7):679-81.

9 Eur J Med Res. 2001 Jul 30;6(7):306-8.

10 TIME October 4, 2014

11 Int Arch Allergy Immunol 2011;155:160–166

12 Medical Science Monitor 10(8):MT94-98; August 2004

13 The National Honey Board Skin Care Recipes

14 Organic Consumers Association December 12, 2007

15 Food Safety News November 7, 2011

Apa Komen Anda?