GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

7 Kesan Bersyukur Secara Saintifik. Yang Ke-2 dan Ke-3 Memang Bagus untuk Kesihatan

7 Kesan Bersyukur Secara Saintifik dan bukan Metafizik

*****

Pernahkah tuan puan mendengar perkataan ini:

“Attitude of Gratitude”

Atau bahasa Kelate disebut “Sikap Bersyukur”.

Gratitude berasal daripada perkataan latin iaitu gratia yang memberi makna grace, gratefulness.

Bersyukur adalah kita menghargai setiap nikmat yang diperolehi samada secara sedar atau tidak.

Tahukah anda, pengkaji terkemuka telah mengkaji kesan sikap bersyukur dan berikut adalah 7 sebab anda perlu lebih banyak bersyukur selepas ini.

1. Bersyukur Membuka Pintu Perhubungan.

Dengan menunjukkan penghargaan kepada orang lain, menurut kajian Emotion pada 2014, individu yang banyak bersyukur akan membuka lebih banyak peluang persahabatan yang baru.

2. Bersyukur Meningkatkan Kesihatan Fizikal.

Pada tahun 2012 satu kajian yang diterbitkan di dalam Personality and Individual Differences menunjukkan bahawa manusia yang lebih banyak bersyukur mengalami sedikit gejala sakit dan melaporkan rasa lebih sihat berbanding orang lain. Malahan mereka lebih menjaga kesihatan diri berbanding orang lain.

3. Bersyukur Meningkatkan Kesihatan Mental.

Menurut Profesor Dr Robert A. Emmons, bersyukur mengurangkan emosi negatif, kemarahan, keluhan dan penyesalan. Kajian beliau mengesahkan bahawa bersyukur secara efektif meningkatkan kebahagiaan dan menjauhkan depresi.

4. Bersyukur meningkatkan perasaan empati (menyelami dan memahami masalah orang lain).

Kajian University of Kentucky pada 2012 menunjukkan subjek yang mempunyai skor tinggi dalam skala bersyukur kurang reaktif apabila di provokasi. Malahan mereka lebih mengasihani orang lain dan kurang perasaan dendam.

5. Bersyukur Membantu Tidur Lebih Lena.

Kajian yang diterbitkan di dalam Applied Psychology:Health and Well-being pada 2011 menunjukkan, apabila kita menulis perkara yang disyukuri selama 15 minit sebelum tidur akan memberikan tidur yang lebih lena.

6. Bersyukur Meningkatkan Keyakinan Diri.

Pada tahun 2014, satu kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Applied Sport Psychology telah menjumpai bahawa bersyukut meningkatkan keyakinan diri di kalangan atlet sukan.

Kajian lain membuktikan dengan bersyukur akan mengurangkan kita asyik membandingkan dengan orang lain.

Berbanding merungut dan dengki dengan pencapaian orang lain seperti dari sudut wang dan status, orang yang bersyukur lebih menghargai pencapaian orang lain dan memberi keyakinan kepada diri mereka.

7. Bersyukur Memberi Kekuatan Mental Yang Luar Biasa.

Pada tahun 2006 satu kajian di dalam Behavior Research and Therapy mendapati bekas tentera perang Vietnam dengan skala bersyukur yang tinggi mengalami kadar stress akibat trauma jauh lebih rendah berbanding orang lain.

Kajian 2003 di dalam jurnal The Journal of Personality and Social Psychology mendapati bersyukur adalah faktor utama mengurangkan trauma pasca serangan pengganas 9/11 di USA.

Oleh itu, kajian saintifik tersebut adalah selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan ku tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Ibrahim:7).

Kita semua wajib bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang.

Pilihlah waktu untuk kita bertenang dan hayati nikmat apakah yang perlu kita syukuri.

Masa tersebut boleh jadi selepas solat, sebelum tidur atau pada bila-bila masa yang sesuai.

Membina Sikap Bersyukur adalah langkah pantas mengubah takdir diri, dan mencapai kebahagiaan hakiki.

Bahagia adalah aset penting yang kita semua cari di dunia dan akhirat.

Anda tidak perlu kongsikan artikel ini kecuali anda merasakan artikel ini amat bermanfaat buat dikongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Dr Afiq Rahim
Syukur Ramadhan semakin hampir. Moga kita dipertemukan bulan yang mulia ini. Amin.

Apa Komen Anda?