GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

|7 PERKARA YANG ANDA PERLU FAHAMI TENTANG ROTAVIRUS YANG MENGGANAS DI RESORT BUKIT MERAH|

Terbaru, kita digemparkan dengan berita kejadian gejala acute gastroenteritis (AGE) yang mempunyai sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah.
.
Menurut laporan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, sebanyak 11 kes telah dilaporkan; iaitu enam (6) dari Kedah, tiga (3) Perak dan dua (2) dari Pulau Pinang.
.
Kesemua kes baru ini berumur dalam lingkungan umur 1 ke 30 tahun.
.
Hanya dua (2) kes sahaja yang dirawat sebagai pesakit luar, bakinya sembilan (9) orang telah dimasukkan ke wad. Kesemua mereka berada di dalam keadaan stabil.
.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dengan gejala AGE yang mempunyai sejarah pendedahan di resort tersebut pada 24 September 2016 yang dilaporkan adalah sebanyak 46 kes.
.
Dari jumlah 46 kes gejala AGE tersebut, 19 kes telah disahkan positif Rotavirus.
.
Jom tambah ilmu tentang Rotavirus, tanda-tanda penyakitnya, kontroversi vaksin rotavirus dan banyak lagi.
.
Pastikan para ibubapa mendapat ilmu yang bermanfaat ini untuk melindungi anak-anak kita daripada bahaya virus ini.

=====
APA ITU ROTAVIRUS?
=====

Rotavirus mempunyai karakter seperti roda apabila dilihat di bawah mikroskop elektron. Nama rotavirus berasal dari perkataan Latin ‘rota’ yang bermaksud “roda”. Virus ini stabil di dalam alam sekitar kita.

slide2

=====
SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN ROTAVIRUS
=====

Kanak-kanak adalah paling berisiko untuk mendapat penyakit rotavirus. Paling mudah berlaku adalah kepada mereka yang berada di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Penyakit rotavirus yang paling teruk boleh berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak yang tidak divaksinasi berusia 3 hingga 35 bulan.

Golongan yang berusia lanjut atau 70 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit rotavirus.

Kanak-kanak lain yang berisiko adalah mereka yang mengalami masalah sistem imun seperti kanak-kanak yang menghidap HIV.

Melancong ke negara dunia ketiga juga mendedahkan kanak-kanak kepada risiko jangkitan virus ini.

=====
BAGAIMANA VIRUS INI BOLEH MEREBAK ATAU BERJANGKIT?
=====

Virus ini berjangkit melalui perantaraan najis ke mulut dan dibawa oleh manusia. Oleh kerana virus ini adalah stabil di dalam persekitaran kita, jangkitan juga boleh berlaku melalui permukaan air yang tercemar atau memakan makanan yang telah tercemar atau menyentuh permukaan atau objek yang tercemar.

Kadar tertinggi penyakit biasanya berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti adalah berusia 5 tahun.

Orang Dewasa juga boleh dijangkiti virus ini tetapi simptomnya adalah lebih ringan berbanding kanak-kanak.

Masa pengeraman bagi penyakit rotavirus adalah lebih kurang 2 hari sahaja.

slide4

=====
TANDA-TANDA JANGKITAN ROTAVIRUS
=====
Pesakit kebiasaannya akan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit cair selama 3 hingga 8 hari. Kadangkala Demam dan sakit perut juga sering berlaku.

Gejala tambahan termasuklah hilang selera makan dan dehidrasi.

slide5

=====
TANDA-TANDA DEHIDRASI
=====

Tanda-tanda dehidrasi termasuk kencing berkurangan, mulut dan tekak menjadi kering, rasa pening apabila berdiri.

Seorang kanak-kanak yang mengalami dehidrasi teruk mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
1. Menangis tetapi tidak mengalirkan air mata
2. Acap mengamuk dan amat cerewat
3. Lembik

slide6

=====
BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN ROTAVIRUS
=====

Rotavirus merebak dengan mudah. Kebersihan yang baik adalah kunci penting dalam aspek pencegahan seperti membasuh tangan dan membersihkan kawasan yang tercemar. Akan tetapi, apabila berlaku wabak, kaedah ini tidak cukup untuk mengawal penularan penyakit itu.

Selain itu, penyusuan susu ibu juga dapat membantu mencegah jangkitan virus ini.

Vaksin Rotavirus adalah salah satu cara untuk melindungi anak anda daripada penyakit rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak (kira-kira 9 daripada 10) yang mendapat vaksin akan dilindungi daripada penyakit rotavirus bergejala teruk.

Akan tetapi vaksin ini tidak dapat menghalang cirit-birit atau muntah-muntah disebabkan oleh virus atau patogen lain.

Vaksin dan kanak-kanak yang tidak divaksinasi mungkin akan mendapat penyakit rotavirus lebih daripada sekali dalam hidup mereka. Ini kerana vaksin atau jangkitan semula jadi tidak dapat memberi jaminan kekebalan penuh (perlindungan) daripada jangkitan yang sama di masa depan.

Namun jangkitan pertama rotavirus bagi seorang kanak-kanak kebiasaannya mengalami gejala yang paling teruk.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang divaksinisasi akan mendapat lebih banyak perlindungan daripada jangkitan Rotavirus berulang kali. Dan jika kanak-kanak itu masih mendapat jangkitan kuman, mereka hanya mengalami gejala yang ringan sahaja.

Namun begitu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah TIDAK DIBENARKAN kerana:

1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Walaubagaimanapun, Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain dan ketika wabak penyakit sedang menular serta membahayakan nyawa.

slide7

======
RAWATAN JANGKITAN ROTAVIRUS
======

Tiada ubat khusus untuk merawat jangkitan rotavirus. Tidak ada ubat antiviral atau antibiotik untuk merawatnya. Antibiotik pastinya tidak akan membantu kerana antibiotik melawan bakteria bukan virus.

Jangkitan Rotavirus boleh menyebabkan muntah-muntah yang teruk dan cirit-birit. Ini boleh membawa kepada dehidrasi (kehilangan cecair badan). Bayi dan kanak-kanak, orang dewasa yang lebih tua, dan orang-orang dengan penyakit-penyakit lain yang paling berisiko mengalami dehidrasi yang teruk.

Cara terbaik untuk mengelakkan dehidrasi adalah dengan minum banyak cecair. Garam Rehidrasi Oral atau ORS boleh digunakan untuk rawatan dehidrasi ringan.

Bagi dehidrasi yang teruk memerlukan rawatan lanjut di dalam hospital dengan intravena (IV) cecair, yang diberi kepada pesakit melalui urat darah mereka.

slide8

Jangan lupa SHARE ye =)

slide9

[optin-cat id=”2106″]

=====
Sumber Rujukan:
1. https://www.cdc.gov/rotavirus/index.html
2. https://kpkesihatan.com/2016/10/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-oktober-2016-status-terkini-kluster-jangkitan-rotavirus-berkaitan-resort-bukit-merah-perak/
3. http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/338-30

Apa Komen Anda?