(8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)

(8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR) 13582750 king cobra Ophiophagus hannah poisonous white background Stock Photo - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
.
Suhu akibat El-Nino di Malaysia semakin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti ular mula mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk.
.
Akan tetapi kehadiran mereka boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Kebiasaannya ular akan segera beredar jika ternampak kelibatan manusia atau haiwan pemangsa yang lain.
.
Namun jika kita mengganggu sarangnya atau merasakan dirinya terancam maka ular akan mempertahankan dirinya segera.
.
Jika terpatuk oleh ular, berikut adalah langkah-langkah penting untuk menyelamatkan nyawa:
.
=====
Tips Penting Jika Dipatuk Ular
=====

1) Bertenang jangan panik. Tenangkan sahabat anda sekiranya dia di patuk ular.
.
2) Beredar daripada kawasan bahaya pada kadar segera.
.
3) Hadkan pergerakan badan terutama kawasan yang dipatuk. Sebarang pergerakan otot meningkatkan penyerapan bisa ular ke dalam saluran darah dan limpa.
.
4) BIARKAN sahaja kawasan patukan ular. Jangan buat apa-apa pada kawasan luka seperti IKAT, SEDUT BISA ULAR, TOREH LUKA, GOSOK, PICIT LUKA, MENYAPU UBAT HERBA / BAHAN KIMIA DLL. Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada luka, bisa mudah masuk ke saluran darah dan pendarahan teruk pada kawasan luka.
.
5) Baringkan mangsa dalam keadaan yang selesa. Kurangkan pergerakan kawasan luka patukan dengan bantuan ‘sling’/’splint’ (alat keras yang akan mengurangkan pergerakan kawasan luka).
.
6) Sekiranya bisa ular masuk ke dalam biji mata, curahkan air ke kawasan mata yang terjejas dengan sebanyakknya.
.
7) Tanggalkan barang kemas / peribadi seperti jam tangan, rantai, gelang dan pakaian yang ketat HANYA SEMASA di dalam perjalanan ke hospital atau di hospital sahaja dan bukannya di tempat kejadian.
.
8) Hubungi pihak BOMBA / JPAM / Ambulans untuk bantuan pengangkutan. Segera ke HOSPITAL!

.
Tips lain adalah

.
1) Jangan minum kafein ataupun alkohol. Ini akan meningkatkan peredaran darah seterusnya mempercepatkan kesan bisa ular.
.
2) Jangan cuba-cuba untuk menangkap ular. Serahkan tugas tersebut kepada pihak penyelamat seperti JPAM / Bomba. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengingati warna badan, bentuk kepalanya (tiga segi / bulat), keadaan ular ( contohnya posisi menegak untuk mematuk bagi ular senduk).
.

=====
Tanda-tanda jika mangsa dipatuk ular
=====
.
Tanda-tanda akibat patukan ular adalah bergantung kepada kumpulan ular. Kumpulan Ular yang sering didapati di Malaysia adalah:
.
1) Elapidae (Ular Tedung Selar, Senduk, Katam Tebu etc), 13582750 king cobra Ophiophagus hannah poisonous white background Stock Photo - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
2) Viperidae (Ular Kapak), DCTM Penguin UK DK AL254292 zzcnvv - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
3) Phytonidae (Ular Sawa) dan 6564047 Royal Python or Ball Python Python regius in studio against a white background Stock Photo - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
4) Colubridae.gater%20serpent%20Colubridae%20common%20Thamnophis%20picture%20garden%20snake%20Western terrestrial garter snake juvie w250 h250 cw250 ch250 thumb - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
.
Tanda-tanda patukan ular daripada kumpulan Elapidae (Senduk, Tedung Selar, Katam Tebu etc) adalah berbisa kepada saraf (neurotoxin) dan berbisa kepada jantung (cardiotoxicity):
.
1) Mangsa kelihatan amat letih (drowsiness)
2) Masalah membuka kedua belah biji mata ( bilateral ptosis) manage2 - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
3) Masalah bercakap, membuka mulut, menggerakkan bibir atau menelan.
4) Masalah bernafas (respiratory failures).
5) Masalah pergerakan jantung (cardio failures).
6) Bisa ular senduk / tedung selar juga boleh menyebabkan luka patukan menjadi buruk, gangrene dan pembengkakan yang teruk. manage3 - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
.
Bisa ular daripada kumpulan ini boleh dikesan tanda-tandanya seawal 15 minit selepas patukan.
.
Bagi kumpulan ular Viperidae (Ular Kapak) ianya berbisa kepada sistem pendarahan manusia (hemato-toxicity). Tanda-tanda mangsa dipatuk oleh ular tersebut adalah:
.
1) Luka kawasan patukan mengalami pembengkakan yang teruk dan pendarahan yang tidak berhenti. manage4 - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
2) Kawasan sekeliling luka menjadi hitam, gangrene. manage5 - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
3) Berlaku pendarahan sistemik seperti pendarahan gusi, dalam usus / perut, mudah lebam jika kawasan badan terhentak dengan objek keras dan paling bahaya pendarahan dalam otak atau organ utama badan.
4) Blister atau Lepuh Berair pada kawasan sekitar luka patukan. manage8 - (8 TIPS PENTING SEKIRANYA ANDA/ORANG DI SEKELILING ANDA DIPATUK ULAR DAN BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA MANGSA DIPATUK ULAR)
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Kejadian patukan ular adalah amat kurang di Malaysia berbanding kemalangan jalanraya. Namun masyarakat perlulah berhati-hati dalam apa jua keadaan terutama ketika cuaca panas melampau ini.
.
Tips dan ilmu mengenai tanda-tanda patukan ular akan membantu kita menyelamatkan nyawa mangsa.
.
Jika anda tidak tahu hendak berbuat apa-apa, hubungi sahaja pihak penyelamat untuk bantuan segera. Jangan berlagak seperti HERO Hindustan dengan menghisap bisa di betis seorang gadis. Kelak, anda dahulu yang pergi menghadap ilahi.
.

[optin-cat id=”2106″]
Sumber:
1. Dr Suhazeli Abdullah​
2. Malaysian Society on Toxinology
3. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)​
4. Medtweetmy​

5. Management of Snake Bites in Malaysia
.
#DAR
#MedTweetMy
#tipsjikadipatukular
#tanda2dipatukular

 

Apa Komen Anda?