GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

9 Tips Menjadikan Kehidupan Seharian Anda Super Luar Biasa!

9 Tips Menjadikan Kehidupan Seharian Anda Super Luar Biasa!

 

✔1. Bangun di awal pagi (3 jam sebelum memulakan tugasan anda)
44% manusia yang kaya dan berjaya bangun awal pagi untuk memulakan hari baru bagi mereka. Suasana yang segar dan tenang dapat merangsang minda, emosi dan pengaliran hormon sebaiknya.

✔2. Mandi garam bukit
Garam bukit adalah amalan penyucian sejak zaman berzaman untuk memberi kesegaran badan dan membuka liang-liang roma di badan kita. Garam juga dapat membetulkan pengaliran cas kita seterusnya memberikan AURA yang mantop dan positif pada manusia di sekeliling kita nanti.

✔3. Qiyamulail / Solat Malam
Semua individu muslim yang berjaya menjadikan solat tahjud, taubah, hajat dan istikharah sebagai rutin harian di pagi hari mereka sebelum menunaikan solat subuh. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin mudah Allah memakbulkan doa hamba-hambanya.

✔4. Membaca Al Quran dan Berzikir / Meditasi
Tenangkan hati dan minda dengan memuji kebesaran Tuhan dan menghayati bait perbicaraan tuhan bersama makhluknya menerusi Kalamullah. Jangan sampai tertidur kerana khyusuk berzikir sudahlah sampai terlepas Subuh!

✔5. Solat Subuh Berjemaah (Di masjid lebih afdal kepada lelaki).
Nak lebih masyuk, berjalan kaki ke masjid dan rasai nikmat kedinginan dan ketenangan pada hening pagi. Ahh…sunguh nikmat perasaan itu.

✔6. Visualization
Kebiasaanyan manusia memfokuskan kepada keperluan jasmani dan emosi pada waktu pagi tetapi tidak pada mindanya. Apa yang anda perlu lakukan adalah ambil seminit dua dan fokuskan tugasan dan kejayaan yang bakal anda kecapi pada hari itu. Jadikan kejayaan yang anda gambarkan itu sebagai kunci kekuatan emosi anda.

✔7. Senaman
Saya tidak cukup masa untuk melakukan senaman? Anda sebenarnya PEMALAS. Senaman ringan seperti lompat bintang atau tekan tubi atau yang sewaktu dengannya sudah memadai. Lagi bagus jika anda dapat berjogging sambil menghirup udara segar. Senaman pagi melancarkan peraliran darah dan membantu jantung anda mengepam darah semaksimanya ke otak anda.

✔8. Sarapan pagi yang Berkhasiat
Alamak, sudah penat bersenam maka anda nak pekena Nasi Berlauk dan Teh Tarik? Alamatnya salur darah anda akan tersumbat balik oleh kandungan kolesterol dan gula yang tinggi. Dapatkan khidmat nasihat pegawai pemakanan untuk diet pagi anda.

✔9. Mulakan kehidupan anda dengan MEMBERI
Anda boleh memulakan hari baru anda dengan bersedekah. Secara FREE pon boleh iaitu melalui SENYUMAN. Beri apa sahaja kepada orang lain atau ringankan beban mereka. Nescaya anda lebih bahagia.

Selamat Beramal

DAR

Apa Komen Anda?