GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

A journey to Southwest of Ireland. Part 1

Fuhhhh………. Dah berhabuk rupanya laman webku ini. Dibiarkan kesepian seorang diri di alam maya. Kesibukan kerja-kerja persatuan dan universiti sepatutnya bukanlah alasan buatku untuk meninggalkan blog ini sepi tak berpenghuni. Namun saya perlukan momentum untuk kembali menulis. Semoga Allah terus memberi keberkatan masa kepadaku.

Sepanjang 2 minggu berkelana bersendirian ke Tralee, Kerry, begitu banyak pengalaman yang berharga ingin ku kongsikan bersama. Pengalaman ini sungguh manis buatku. Pengalaman yang ingin ku kongsikan bukanlah pengalaman menjelajah kawasan peranginan di Selatan Ireland tetapi lebih kepada pengalaman menyampaikan keindahan Islam di sana.

Mist on Mountain by dmoon1.
Mountains view in Kerry

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku bahawa kefahamanku, keyakinanku dan kesungguhanku bersama Islam diuji. Alhamdulillah, saya bersyukur diberi kekuatan dan ilmu oleh Allah serta masih diberi hidayah untuk terus kekal bersama-Nya.

Segala-galanya bermula di hari pertama saya di sana.

Sewaktu sesi rehat di hari pertama saya membuat General Practice rotation, salah seorang rakan GPku Dr Joseph Arthur berbincang bersama kami tentang hukum penceraian di dalam Kristian.

Buat mereka yang tidak tahu, orang Kristian Katolik tidak dibenar menceraikan isteri mereka setelah berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang suci bagi mereka.

Ketika suasana sedang hangat membincangkan tentang kenapa mereka tidak boleh bercerai dan sebagainya, tiba-tiba Dr Jo bertanya kepadaku:

How’s your people or your culture deal with this issue ? I knew your people have different views in this topic

Lantas saya ukirkan senyuman kepada mereka dan dengan selamba berkata :

” First of all, I’m a Muslim. Indeed, divorce is allows in Islam but it is not the first option for us but it is the last solution for a couple”

Dan saya terus memberikan pandanganku tentang perkara ini. Saya jelaskan betapa pentingnya peranan famili dalam membentuk masyarakat seterusnya negara di dalam Islam walaupun penceraian dibenarkan.

Hasil daripada declaration “I’m a Muslimsemenjak itu saya terus ditanya tentang pandangan Islam dalam pelbagai perkara dan banyak pengalaman berguna dianugerahkan kepadaku.

Pengalaman 1:  Bertemu sahabat Irish yang baru.

Ketika  berada di sana, saya bersama dengan seorang lagi pelajar yang turut membuat GP rotation iaitu James Nolan, Pelajar tahun 4 perubatan di Trinity College Dublin.

James adalah pelajar Irish daripada Kildare, Ireland. Di hari pertama kami bertemu dia terus bertanya kepadaku adakah saya dari Malaysia dan saya menjawab “Ya”. Rupa-rupanya dia telah mengenali sahabat-sahabat senegara di universitinya dan dia sangat menyukai mereka.

Sehari sebelum saya pulang ke Dublin, saya mempelawanya makan malam bersama bagi meraikan sesi taaruf kami sebelum itu dan saya ingin pula melangkah kepada sesi tafahum bersamanya.

Sepetang bersama James Nolan
Sepetang bersama James Nolan

Namun, Tralee bukanlah tempatku. Saya bingung mencari restaurant yang menyediakan makanan halal walaupun di Tralee terdapat 30 keluarga Islam daripada Kosovo yang menetap di sana.

Lalu James mencadangkan agar kami ke Italian Restaurant dan saya bersetuju kerana tiada pilihan. Sewaktu makan malam, saya begitu berhati-hati dalam memilih menu demi mengelakkan perkara yang haram dan syubhah dalam makananku. Lalu saya hanya memilih makanan for vegetarian only.

Saya menyangkakan James akan memilih pasta atau lasagne with Ham tetapi jangkaanku meleset. Sebaliknya dia hanya memilih pizza bersama Mozarella Cheese sahaja. Begitu juga dengan minuman. Dia hanya memilih Coke dan bukannya minuman keras. Dia sangat menghormatiku sebagai seorang Muslim dan sedaya upaya menjaga sensitivitiku. Saya amat menghargainya.

Pada makan malam itu, kami bertukar-tukar cerita dan pandangan masing-masing tentang pelbagai isu. Daripada isu dunia, politik, agama sehinggalah isu ekonomi. Banyak pertukaran idea berlaku dan masing-masing teruja dalam diskusi ilmiah itu.

Seek to understand then to be understood

Dalam diskusi pada malam itu, saya tertarik dengan beberapa soalannya tentang Islam. Antara soalannya:

Why a man can beat his wife in Islam?  I’ve watched they beat their wives rigorously in many videos

Saya sedar yang saya bukan seorang agamawan. Namun dengan sekelumit ilmu yang dianugerahkan Allah, tidak akan saya persiakan peluang yang ada untuk berdakwah. Saya berhati-hati dalam menyusun ayat dan memberi pemahaman kerana saya tidak mahu memberi gambaran yang salah tentang keindahan Islam.

Melihat bentuk soalan itu, saya tidak terus melompat kepada jawapan tetapi lebih suka memberi general understanding terlebih dahulu dalam hal-hal begini.

scent by brownbearphotography.

Saya bermula dengan menerangkan bahawa semua agama menolak atau menegah pengikutnya menzalimi manusia lain. Hatta, agama yahudi yang tulen turut mencegah pengikutya beramal sebegitu walaupun hakikatnya kini berbeza.

Kemudian, saya maklumkan bahawa agama Islam yang ada kini telah diberi gambaran yang salah samada daripada pihak media mahupun umat Islam sendiri. Dia mengakui bahawa kebanyakan media barat selalu bersikap prejudis terhadap Islam tetapi tidak memahami bagaimana umat Islam memberi gambaran yang salah tentang Islam.

Jawapannya kerana kebanyakan perkara atau hukum yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini adalah daripada budaya dan tradisi mereka bukan di atas perintah agama.

Sebagai contoh: di India dan sebahagian kawasan pedalaman tanah Arab, wanita masih dipandang enteng oleh masyarakat setempat dan tidak menerima hak-hak mereka seadilnya seperti yang dituntut dalam Islam. Malahan di bandar-bandar besar umat Islam, masih terdapat wanita yang diberikan layanan kelas kedua dan dipinggirkan hak-hak mereka.

Kemudian barulah saya menjelaskan tentang hukum merotan isteri kepadanya. Saya tegaskan kepadanya merotan isteri memang dibenarkan di dalam Islam tetapi dalam keadaan tidak mencederakan pasangan itu dan terdapat kaedah perlaksanaan merotan isteri yang telah digariskan dalam Islam.

Dia tertarik dengan penjelasanku dan terus bertanya tentang bagaimana pula hukum meminum arak dan merokok.

Sekali lagi, saya mulakan dengan memberikan general understanding and the foundation of the Islamic Law.

Saya nyatakan bahawa di dalam Qoran, Islam menegah atau mengharamkan perkara-perkara yang memudaratkan umatnya. Setiap hukum yang diputuskan mempunyai dalil dan sebab musabab diturunkan.

Dalam bab arak. Islam mengakui terdapat kebaikan di dalam meminum arak. Namun arak hanya dibenarkan dalam situasi yang mengancam nyawa kerana di dalam Islam, nyawa adalah penting. Sebagai contoh arak dibenarkan minum sekadar perlu selagi tidak memabukkan demi meningkatkan suhu badan dalam cuaca sejuk yang ekstrim seperti di kutub utara atau selatan.

Walau bagaimanapun, keburukan daripada Arak begitu banyak. Saya katakan kepada James, bukti keburukan arak ada di tempat dia. Lihat sahaja kesan keburukan arak kepada sistem sosial mereka. Kerajaan Ireland juga sedang berusaha keras menangani masalah sosial dan ketagihan arak yang teruk di kalangan penduduknya. Dan dia mengakui keburukan tersebut.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=LmDy9oUhrrc]

Alhamdulillah, saya tidak perlu menjelaskan tentang isu rokok kepadanya kerana konsep asas pengharaman rokok telah dapat difahami dengan baik  melalui penjelasan tentang isu arak.

Kemudian kami beralih topik tentang masakan Malaysia kerana dia sangat menyukai Coconut Rice aka Nasi Lemak. Saya mengatakan Nasi Lemak sangat lazat tetapi tidak elok untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan diabetes dan hypertension jika diambil berlebihan.

Sunday Cafe nasi lemak by kiteion.

Kemudian dia berkata:

Then, your cleric should ban the coconut rice because it is harmful to human !!

Oh it is not easy because it will create chaos at my place if they ban our traditional cuisine

dan kami tertawa bersama……

Sebenarnya banyak lagi yang kami diskus bersama terutama dalam hal ehwal Islam tetapi saya kesuntukan masa menulis. Saya sangat menghargai masa sepetang bersama dengan sahabat baru saya.

Benarlah kata seorang sheikh kepada saya

“Everything will be easy for you if you say to them that you’re a MUSLIM

Pengalaman 2: Breakfast with a Christian Missionary

Bersambung…..

Sang Kelana,

Tralee, Co Kerry

Apa Komen Anda?

3 Comments