GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

A journey to Southwest of Ireland part 2

Breakfast with a Missionary

Minggu keduaku di Kerry,

Killarney National Park, Kerry

Aku ditemani oleh Bobby (bukan nama sebenar) seorang Missionary di Bed & Breakfast yang sama. Bobby berasal daripada Northen Ireland dan turun ke Kerry untuk program social anjuran gerejanya selama seminggu. Kami bersarapan dan berborak-borak bersama di ruang makan BnB pada setiap pagi.

Tapis berita yang kamu dengari

Dia memaklumkan kepadaku bahawa ada 3 orang Iranian yang baru berpindah ke sini semenjak 3 tahun lalu dan sering bersama persatuan yang disertai Bobby. Mereka adalah asylum seeker yang hidup dalam serba kedaifan.  Mereka datang ke Ireland mencari perlindungan dan menagih simpati daripada kerajaan Ireland.

Aku tidak pasti adakah 3 orang itu yang selalu mengikuti program-program anjuran gereja atau pihak gereja memang dah lama target mereka kerana mereka golongan yang vulnerable di mata pendakwah mereka.  Aku hanya mampu berdoa agar mereka thabat di dalam Islam dan tidak mahu berburuk sangka tentang mereka.

Selain itu berdasarkan penerangan oleh Bobby, ketiga-tiga itu melarikan diri daripada kerajaan Iran pimpinan Ahmadinejad kerana tidak tahan dengan tekanan kerajaan di sana. Mereka juga mengadu yang hak-hak dan kebebasan bersuara mereka telah diragut.

Aku hanya mampu berdiamkan diri mendengar dengan teliti cerita yang disampaikan Bobby. Tidak ku ketahui motif sebenarnya. Gambaran yang kuterima tentang Iran berlainan sekali. Apa yang ku dengari daripadanya adalah gambaran yang dimainkan oleh media Barat atau media yang anti-Islam di dada akhbar. Aku perlu berhati-hati menerima berita ini terutama kerana dia bukan seorang Muslim dan daku teringat firman Allah SWT

” Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu” [Hujarat: 6]

Syariah Law

Kemudian dia bertanya kepadaku tentang undang-undang Syariah.

Dia menyatakan undang-undang Islam kejam dan sangat tidak relevant pada zaman kini. Jawapanku di dalam prinsip asas dalam undang-undang Islam adalah seseorang itu tidak bersalah sehingga terbukti didapati bersalah. Untuk menjatuhkan hukuman pula, perlu ada saksi dan bukannya seorang saksi tetapi empat orang.

Aku cuba mengajaknya berfikir, kerajaan Amerika boleh menangkap dan menghukum sesorang Muslim jika dituduh seorang pengganas tanpa bukti. Kemudian mereka dihumban ke Guantanamo Camp. Contohnya sudah banyak diketengahkan di dada akhbar bahkan Amnesty International juga turut mengecam tindakan kejam kerajaan itu.

Oleh itu, daku katakan kepadanya bahawa undang-undang  yang dipakai kerajaan Amerika di bawah pemerintahan George W Bush lebih kejam daripada Syaria’ Law. Lalu dia berdiam diri.

Amnesty calling for the closure of Guantanamo Camp

Human Right

Kemudian, dia bertanya lagi tentang human right dalam Islam. Agama mereka membenarkan penganut mereka menukar kepada Islam tanpa halangan dan hukuman. Namun, mengapa Islam tidak membenarkan penganutnya menukar ke agama mereka. Jika mereka murtad maka Islam akan menghukum mereka sambil membuat gaya sembelih di leher sewaktu bercerita bersamaku.

Kali ini lama juga aku berfikir. Dia menggunakan hujah kebebasan dan hak-hak individu sama seperti yang diperjuangkan oleh Sister In Islam, SIS di Malaysia. Aku cuba mencari titik kekuatan Islam dari sudut itu. Tetapi gagal. Otakku beku ketika itu. Mungkin cuaca dingin telah merencatkan pengaliran darah ke sel-sel otakku untuk berfikir dengan kritis.

Tiba-tiba aku teringat tentang hukum penceraian di dalam agama Kristian.

Lantas aku bertanya balik perkara itu sama juga kepada mereka dalam bab penceraian. Mereka tidak membenarkan penceraian sedangkan itu hak pasangan tersebut. Setiap hukuman yang ditetapkan pasti ada hikmah dan sebab diturunkan.

Begitu juga dalam hal murtad. Sebab hukuman itu dibuat oleh Allah yang menciptakan kita. Sudah pasti Allah mengetahui yang baik dan buruk untuk makhluk ciptaannya yang kadangkala kita tidak tahu kerana keterbatasan akal.

Dia tergamam mendengar jawapanku lalu berkata “You’re a wise man”

Thanks to Allah” aku membalas.

Aku tahu jawapan aku bukan yang terbaik dan tidak ku ketahui apakah hujah yang aku gunakan tadi adalah solid. Insyallah akan ku cari jawapannya nanti.

Setelah itu, dia memberi leaflet tentang program social anjuran gerejanya dan bersungguh mengajakku ke program mereka. Dia berkata program itu untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Malah CD tentang fahaman mereka juga diberikan kepadaku yang mana aku tak berminat nak tengok sebab banyak benda lain yang perlu dibuat.

Dia berkata kepadaku jika aku ada masalah atau perlukan bantuan, hubungi dia atau gerejanya. Aku katakan pula kepadanya, jika aku ada masalah, tempat rujukanku yang pertama adalah tuhan dan aku berdoa mohon petunjuk daripada-Nya terlebih dahulu. Kemudian barulah aku mencari penyelesaian yang lain untuk masalah itu.

Dia kelihatan teruja mendengar statement itu lalu berkata “God bless you. Ameen“.

Kemudian aku terpaksa meninggalkan Bobby untuk ke klinik meneruskan GP rotation di sana.

Ibrah daripada pengalaman ini

Yakinlah dengan Islam. Islam itu adalah rahmat buat kita. Jika Islam dirasakan telah menyusahkan hidup kita maka cuba berfikir kembali bagaimana pula kehidupan kita tanpa Islam.

Setiap manusia mempunyai pandangan dan pengalaman berbeza dengan Islam baik muslim atau non-muslim. Alhamdulillah, keadaan di sekelilingku di sini telah membuka mata hati untuk melihat kesan jika Islam bukan sebagai pegangan hidup.

Kehidupan ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal abadi. Teringat pesanan ini:

“ Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam, apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita” ~ Saidina Umar al Khattab R.A

Islam is my CHOICE

Sang Kelana,

Tralee, Co Kerry

Apa Komen Anda?

2 Comments