About DAR

10923626_10152696923746896_4034136984513860759_n

Nama diberi Afiq Izzudin Bin A Rahim tetapi daku lebih dikenali sebagai Dr Afiq Rahim @ DAR.

Insan ini adalah hasil daripada perkongsian hidup Tuan Haji Abdul Rahim Hamid dan Hajjah Cikgu Siti Arpah Binti Muhd Sabitah, kedua-duanya adalah pegawai kerajaan.

Diriku adalah anak jati Selangor tetapi dibesarkan di negeri Jelapang Padi. Kehidupanku terlalu banyak pengembaraan yang seronok dan juga penuh liku. Benar kata orang tua, orang yang mempunyai tahi lalat di tapak kaki akan banyak berjalan. Berjalan untuk melihat dan mengagungi ciptaan Ilahi.

Daku telah banyak mengembara mencari ilmu dan makna diri, oh dan tidak lupa mencari pasangan hidup, ehem..ehem…. Daripada Utara ke Selatan dan daripada Semenanjung ke Sabah, daku berpeluang melihat alam sekeliling dan mencari kebesaran tuhan. Paling penting, mengembara untuk mengenal diri.

Pada tahun 2006, daku terbang ke kota Dublin, menambah salah satu cabang ilmu dalam benak dadaku. Lima tahun permusafiran di Bumi Shamrock, benar-benar membuka mata dan mencelik mindaku di bumi asing. Di sana juga daku belajar erti dan nilai kepimpinan apabila pernah ditaklif menjadi Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland, antara sebuah persatuan Malaysia yang tertua dan dihormati di sana.

Daku juga pernah dianugerahkan Tokoh Mahasiswa Ireland 2010 setelah berjaya mengharungi misi kemanusiaan yang mencabar dan merbahaya anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bersama Kelab Putera 1 Malaysia. Itu adalah pengalaman sukarelawan paling manis pernah diriku lalui dan senantiasa segar di minda bayangan bumi Palestin bersama hembusan bayu Mediterraneannya.

Tamat sahaja pengajian di Kolej DiRaja Pembedahan Ireland (RCSI), daku kembali berbakti ke tanahair demi membantu anak bangsa dan agama.

Setelah dua tahun mengasah bakat dan skill dalam bidang tabib moden di Hospital Selayang,  daku kini bertugas di pusat negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai pegawai perubatan dan kesihatan di Klinik Kesihatan Badang.

Daku sangat bertuah kerana mengahwini seorang bidadari yang bernama Siti Nurul Shuhadak Shokri dan dikurniakan dua orang cahayamata bernama Asma Imaniyyah and Maryam Amanda.

Blog ini adalah catatan diari mayaku yang akan ku coretkan luahan, pengalaman dan pandangan hati yang tulus hanya semata-mata untuk mencapai keredhaan ilahi.

Terima Kasih Allah atas segala-galanya.

Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang ‘sedikit’ seperti firmannya dalam surah AL-A’RAAF AYAT 10.

“Hidup Penuh Manfaat”

#DAR

================

Dr Afiq Rahim di dalam Rancangan NONA TV3

16 thoughts on “About DAR

  • 14th May 2011 at 7:54 PM
    Permalink

    Sir, I think your article give some idea for planning of my new posting. Waiting further article in same niche. TY.

  • 2nd December 2010 at 9:55 PM
    Permalink

    Jzkk team Harakah. Moga Allah terus kurniakan saya kekuatan untuk berdakwah di dalam blog.

  • 26th October 2010 at 2:54 PM
    Permalink

    syoknyer baca blog kamu..

  • 5th January 2010 at 11:19 PM
    Permalink

    alayyubi.wordpress.com 🙂 slmt menjengah!

  • 5th January 2010 at 11:01 PM
    Permalink

    Salam,

    Alhamdulillah, sampai juga nta ke blog ana. Apa link blog nta ye?

  • 5th January 2010 at 10:07 PM
    Permalink

    salam.
    wa… akhirnya dpt juga buka blog anta. anyway, design blog kita sama la pulak.
    -humaizi-

  • 29th September 2009 at 12:31 PM
    Permalink

    salam bro,

    alhamdulillah Allah kurniakan aku kesempatan dan idea utk menulis.
    Aku baru balik dari Msia. Insyallah tahun depan pula jika panjang umur.

  • 29th September 2009 at 12:24 PM
    Permalink

    السّلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    Pergh…rajin kau tulis blog, xterbaca aku…
    Bila lg ko nk menjejak bumi M’sia ni bleh la kumpul bdk PKN..
    -imran tamrin-

  • 17th September 2009 at 7:16 AM
    Permalink

    enjoy reading ur blog. hopefully u anta akn teruskn perjuangan. gud luck.

  • 12th September 2009 at 2:44 PM
    Permalink

    salam janathan.

    Boleh saya tahu bila kamu akan ke Dublin dan di mana kamu berada sekarang? Boleh email saya segala details perjalanan dan sedikit info tentang saudara di afiqizzudin@ppimi.org. Insyallah saya akan cuba membantu di mana yang perlu.

  • 12th September 2009 at 11:52 AM
    Permalink

    nama saya janathan..saya nak datang dublin tapi tak tahu berapa tambang..
    serta ingin mengetahui tempat menarik di dublin..salamz

  • 12th August 2009 at 1:02 PM
    Permalink

    wes bro, aku ibn abdul rahim gaks..hahaha

  • 10th July 2009 at 4:16 AM
    Permalink

    Salam yunus. Bolahkah saudara hantar maklumat perjalanan dan plan anda ke afiqizzudin@ppimi.org. Insyallah saya akan cuba membantu mana-mana yang boleh. Buat masa ini ramai pelajar pulang tapi insyallah masih ada yang kekal di Dublin summer ini.

  • 9th July 2009 at 10:47 PM
    Permalink

    Assalamualaikum..

    Saya Mohd Yunus dari Newcastle, UK. Berhasrat untuk ke Dublin pada 23 July 2009 dan juga melawat beberapa tempat di Ireland.
    Berhasrat utk menetap bersama rakan2 melayu yang ada di Ireland terutamanya Dublin… Bolehlah berkenal-kenal dengan orang melayu disana disamping melihat suasana Dublin, Galway dan mungkin Belfast. Kerana saya akan berada di Ireland selama 5 hari.

Comments are closed.