Adakah Bersenam atau Bersukan Pada Waktu Malam Bahaya?

Bersenam atau Bersukan pada waktu malam tidak bagus untuk kesihatan?

bersukan pada waktu malam

Dr Md Rahmani telah berkongsi bahawa setiap kali beliau menyampaikan ceramah kesihatan & senaman, soalan yang paling popular ditanya adalah ;

Boleh ke bersukan waktu malam? 🏃🏻‍♂🌒🕙

Soalan peserta

Bersenam Waktu Malam Bahaya untuk Kesihatan? Mitos atau Fakta?

Sejak 2014, isu ini hangat diperbincangkan.

Antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan bersenam pada waktu malam adalah:

  • Masalah sukar tidur,
  • Masalah suhu badan naik,
  • Risiko paru-paru berair,
  • Risiko darah tinggi & serangan jantung,
  • Kes meninggal semasa tidur selepas bersenam,
  • Kelesuan di siang hari
70310721 2507070386050111 5905455138645999616 n.jpg? nc cat=108& nc oc=AQn3W1kUw7Y esYOgpdK hASyhlPP8IqF0DnEcGlislG8XXQllodqgEdYMxGjTvRcLM& nc ht=scontent.fszb1 1 - Adakah Bersenam atau Bersukan Pada Waktu Malam Bahaya?
Risiko bersenam pada waktu malam

Dan pelbagai lagi kesan negatif pada tubuh badan kita yang dikaitkan dengan bersenam pada waktu malam.

Menurut beliau lagi, bagi menjawab persoalan ini, kita kena faham beberapa fakta & perkara ⏳🚴‍♂

RITMA JANTUNG & JAM BIOLOGI

Kalau kebiasaan kita tidur pada jam 9 malam setiap hari konsisten selama beberapa minggu, maka selepas itu pada setiap jam 9 malam, mata kita akan menjadi berat dan kita mula menguap.

Itu tandanya kita mengantuk dan perlu disorongkan bantal.

Begitu juga dengan waktu bangun tidur ⏰😴

Ini dipanggil jam biologi bagi tubuh badan kita.

ANTARA PERSEPSI & REALITI

Di Malaysia, perlawanan bola sepak Liga Malaysia dianjurkan pada waktu malam sejak 1970-an lagi.

Acara-acara sukan lain juga sama seperti larian marathon pada waktu malam, aktiviti futsal dan badminton malahan sekarang ini wujudnya fasiliti gym yang dibuka 24 jam (Anytime Fitness) untuk kemudahan pelanggan mereka ⚽🥅🏆🏸

APA KATA KAJIAN SAINTIFIK TENTANG KAITAN BERSENAM PADA WAKTU MALAM DAN KESANNYA PADA KESIHATAN?

Harvard Medical School dalam sebuah publikasi terhadap 23 kajian (Oktober 2018) menyarankan senaman waktu malam boleh dilakukan pada intensiti rendah & sederhana.

Syaratnya adalah kita tidak melakukan senaman berintensiti tinggi 1 jam sebelum kita tidur.

Menurut kajian meta-analisa tersebut, senaman bukan saja tidak mempengaruhi waktu tidur malah dapat membantu untuk kita mendapatkan tidur lebih cepat dan berkualiti.

Bersukan pada waktu malam

Tambahannya lagi, aktiviti intensiti tinggi akan menyebabkan kita memerlukan masa yang lebih lama untuk dapat tidur dan kualiti tidur pula akan berkurangan.

Bersukan pada waktu malam

Sementara tiada bukti yang kukuh yang mengaitkan bersukan atau bersenam pada waktu malam dengan penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi & serangan jantung.

Hakikatnya adalah, gaya hidup yang tidak sihat seprti kurang aktiviti fizikal masih menjadi faktor utama berlakunya penyakit kronik tersebut.

FAKTOR RISIKO LUARAN YANG LAIN

Faktor luaran lain yang mempengaruhi waktu & kualiti tidur kita selepas bersukan adalah

  • Pengambilan minuman berkafein seperti kopi, Nescafe, Coca Cola.
  • Melepak di kedai makan.
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol.
  • Bermain gajet sebelum tidur.
  • Tidak berehat selepas aktiviti sukan.
  • 🍔🍺☕📱💻
makanan perlu dielakkan sebelum tidur

KEBAIKAN BERSUKAN WAKTU MALAM. ADA KE ?

Ya ada !

Suhu yang lebih sejuk pada sebelah malam berbanding siang mengurangkan risiko strok haba dan dehidrasi semasa kita bersenam atau bersukan di luar rumah.

Malah, kekangan waktu di siang hari mungkin menyebabkan kita tidak bersenam langsung. Jadi, hanya waktu malam yang sesuai untuk kita bersenam.

Tambahan lagi, minda kita lebih tenang pada waktu malam 🌘🌠

APA YANG ISLAM AJAR DALAM ISU INI?

Imam Syafie Rahimahullah mengajarkan malam dibahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Beribadah,
  • Menuntut Ilmu
  • Beristirahat.

Dalam Surah Al-Mukmin ayat 61 Allah telah berfirman:

“Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha)….”

KESIMPULAN

Tiada Masa?

Tiada Masalah! Boleh bersenam pada waktu malam tetapi bersederhanalah.

Yang penting, kita lakukan perkara ini:

  1. Mengatur jam biologi kita sendiri dan berdisiplin menepatinya.
  2. Beristirahat & tidur yg cukup & berkualiti.
  3. Elak minuman berkafein sebelum tidur.
  4. Kurangkan bermain gajet sebelum tidur.
  5. Kurangkan tidur berlebihan di siang hari.

Terpulanglah kepada individu untuk mengatur displin hidupnya. ⌚⏱🌞🌛

Tips keselamatan jika bersenam pada waktu malam:

  1. Lakukan aktiviti beramai-ramai atau berkumpulan.
  2. Elak berada di tempat gelap.
  3. Elakkan melakukan aktiviti fizikal ketika cuaca yg tidak mengizinkan.

Semoga bermanfaat.

#bersukanpadawaktumalam
#

Penulis asal: Dr. Md Rahmani
Sports Medicine Specialist
PPUM
Penulis Jemputan Medical Mythbusters Malaysia
Artikel dipetik daripada FB Page Medical Mythbusters Malaysia

Apa Komen Anda?