GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

SCAM KESIHATAN SIRI 6: SUNTIKAN VITAMIN C DEMI KECANTIKAN? BERKESAN KE?

[Adakah Suntikan Vitamin C Dapat Memberikan Kecantikan Yang DiIdamkan Para Wanita?]
.
=====
Mengapa Vitamin C Untuk Kecantikan?
=====
.
Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik (AA) banyak digunakan di dalam penyediaan produk farmasi dan kosmetik. Ianya dipercayai dapat memutihkan kulit, mengekalkan keremajaan kulit, sebagai anti-penuaan dan sangat berkesan jika digabungkan dengan kolagen dan gluthatione.
.


Antara faktor kekuatan Vitamin C adalah kerana:
.
1. Formulasinya dikatakan dapat melindungi organisma daripada masalah proses oxidation-reduction potential[1].
2. Ianya mempunyai sifat anti-oksida semulajadi yang kuat secara asasnya.
3. Dipercayai dapat memutihkan kulit melalui interaksi dengan ion tembaga (copper ions) dan mengurangkan pengoksidaan dopaquinone (sejenis substrak daripada melanin sythetic pathway)[2].
4. Ianya juga dipercayai berfungsi untuk menyahaktifkan radikal bebas, bekerja sebagai pembantu enzim, menghalang formasi nitrosamins,
5. Selain itu, ianya dipercayai membantu penghasilan kolagen (salah satu struktur kompenen di dalam lapisan kulit yang membantu menguat dan menyokong kulit manusia)[4] dan terlibat dalam proses metabolisme besi dan histamine.
6. Ianya juga dikatakan dapat mengurangkan pigmentasi pada kulit and berkesan semasa masalah alahan [1].
7. Fungsi antioksidanya dan fungsi sebagai faktor sampingan (cofactor) dalam proses mengekalkan keremajaan kulit antara sebab ianya diangkat sebagai bahan anti-penuaan [3].
.
=====
Apakah itu Gluthatione?
=====
.
Ianya adalah sejenis kombinasi 3 peptide – glutamic acid, cysteine dan glycine dan dipercayai dapat memusnahkan radikal bebas dan bahan peroksida selain sebagai faktor sampingan pemangkin/enzim serta berkebolehan mendetoks bahan-bahan merbahaya di dalam badan.
.
=====
Bagaiman dengan Kolagen pula?
=====
.
Adalah kumpulan protein semulajadi yang boleh didapati pada tisu badan mamalia. Ianya paling banyak dijumpai pada anggota badan seperti tendon, ligamen, kulit, kornea mata, tulang, salur darah dan usus.
.
Ianya dipercayai berperanan membantu proses penyembuhan kulit terutama kepada pesakit melecur/Burn melalui proses pembaikian semula tulang dan sering digunakan di dalam pembedahan kosmetik, gigi, tulang dan lain-lain pembedahan.
.

  • Dapatkan Buku "I Need A Helicopter. My Patient is Dying" di pasaran sekarang.

=====
Benarkah Suntikan Vitamin C, Kolagen dan Glutathione Berkesan Untuk Mencantikkan Kulit?
=====
.
Park HJ et al. (2010) telah menjalankan kajian makmal di Korea Selatan untuk mengkaji proses dan kesan vitamin C dan LL-37 kepada penghasilan kolagen. Kajian tersebut turut mengkaji hubungan sel antara Vitamin C dan LL-37 pada kulit manusia. LL-37 adalah sejenis anti-mikrob peptida yang memainkan peranan penting di dalam pelbagai proses penyembuhan luka.
.
Kajian tersebut mendapati bahawa, vitamin C secara bebas meningkatkan penghasilan kolagen dan mengimbangi kekurangan penghasilan kolagen oleh LL-37. Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam kesan penyembuhan oleh vitamin C ke atas kedua-dua bahan uji kaji mereka[3].
.
Namun, kajian oleh Park HJ et al. hanya dijalankan di dalam makmal dan tanpa ujian klinikal ke atas manusia.
.
Secara mudahnya, tiada lagi data klinikal yang menunjukkan kesan suntikan vitamin C sebagai bahan anti-penuaan, pemutihan, anti-kedut samada melalui suntikan Vitamin C sahaja atau campurannya dengan kolagen dan glutathione.
.
=====
Adakah Suntikan Vitamin C Selamat?
=====

Satu survey dijalankan oleh Padayatty SJ et al untuk mengkaji trend suntikan Vitamin C dan kesannya oleh pengamal perubatan alternatif dan komplimentari (CAM) pada tahun 2010.
.
Kajian daripada survey itu mendapati, hanya 172 daripada 199 pengamal perubatan (CAM) yang memberikan suntikan Vitamin C manakala bakinya tidak menggunakan suntikan tersebut[6].
.
Kesan sampingan selepas menerima suntikan Vitamin C yang dilaporkan melalui survey antaranya letih, pedih pada saluran darah yang disuntik, loya dan muntah. Manakala laporan yang agak jarang tetapi masih boleh berlaku adalah gangguan mental dan kerosakan buah pinggang.
.
Pengambilan Tablet Vitamin C melebihi 250 grams sehari boleh menyebabkan cirit birit dan kembung perut. Bagaimanapun, melalui suntikan pula, risiko Vitamin C overdose pula adalah amat tinggi yang boleh menyebabkan kandungan oxalate di dalam darah menjadi tinggi dan berisiko merosakkan sistem salur darah manusia[5].
.
Di Malaysia, sebarang suntikan Vitamin C untuk tujuan kosmetik tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia[7].
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Tiada bukti kukuh secara klinikal yang boleh membuktikan bahawa Suntikan Vitamin C samada secara sendirian atau dengan campuran Gluthatione dan kolagen dapat membantu memberi keanjalan pada kulit, memutihkan kulit, meremajakan kulit dan sebagai anti-penuaan .
.
Ianya juga tidak digalakkan atas faktor keselamatan seperti risiko Vitamin C Overdose yang tinggi terutama jika disuntik tanpa selian atau kawalan pihak yang bertauliah dan isu kebersihan prosedur suntikan.
.

Sila kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang beroleh manfaatnya.

“HIDUP PENUH MANFAAT”

DAR
=====
Rujukan
=====
.
1. Maia AM, Baby AR, Yasaka WJ et al. Validation of HPLC Stability Indicating
Method for Vitamin C in Semisolid Pharmaceutical/Cosmetic Preparations with Glutathione and Sodium Metabisulfate, as Antioxidants. Science Direst. 2006; Talanta71: 639-643.
2. Davis EC, and Callender V. Post inflammaroty Hyperpigmentation: A Review of the Epidemiology, Clinical Features, and Treatment Options in Skin of Color. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology. 2010; 3(7): 20-31.
3. Park HJ, Ock SM, Kim HJ et al. Vitamin C Attenuates ERK Signalling to Inhibit the Regulation of Collagen Production by LL-37 in Human Dermal Fibroblasts. Experimental Dermatology. 2009; 19: e258-e264.
4. Baumann L. Skin Ageing and Its Treatment. Journal Pathology. 2007; 211: 24 -251.
5. Padayatty SJ, Sun H, Wang Y et al. Vitamin C Pharmacokinetics: Implications for Oral and Intravenous Use.Annals of Internal Medicine. 2004; 140: 533-537.
6. Padayatty SJ, Sun AY, Chen Q et al. Vitamin C: Intravenous Use by Complementary and Alternative Medicine Practitioners and Adverse Effects. PLoS ONE. 2010; 5(7): e11414.
7. AB Rahman M. Vitamin C Injection for Cosmetic, Health Technology Assessment, MOH. 2012.

Apa Komen Anda?