GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

ALhamduLillaH……

Alhamdulillah,

Selaut kesyukuran daku rafakkan kepada ilahi kerana telah mengurniakan nikmat kejayaan dan kebahagiaan buat diriku. Sesungguhnya tiada yang lebih indah selain nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan daku sentiasa tergolong di dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada-Mu ya Rabb.

1. Pentauliahan sebagai Doktor Perubatan

Alhamdulillah, daku bersama sahabat-sahabat di RCSI telah lulus di dalam peperiksaan tahun akhir kami dan kini bergelar doktor muda.

Sesungguhnya, kejayaan ini membawa satu lagi amanah buat rakyat dan ummah khususnya.Daku teringat kata-kata hikmah yang sentiasa menjadi nasihat buatku:

” Success is a Journey, not a final Destination ”

Maka bermulalah lembaran baru dalam diari kehidupan sebagai Doktor yang kami sedia maklum sangat mencabar dan berbeza daripada alam universiti.

Semoga kami tabah memikul amanah tersebut.

2. Mitsaqan Gholizo (Perjanjian yang Berat) antara 2 jiwa

Insyallah, daku akan mendirikan Baitul Muslim / rumahtangga Muslim bersama pasanganku:

Siti Nurul Shuhadak binti Shokri.

Maka dengan itu, setulus hati dan sejambak harapan, dengan izin Allah ke atas hamba-Nya yang merancang, dengan segala hormatnya kami berdua dan sekeluarga menjemput:

Saudara / Saudari seisi keluarga ke majlis perkahwinan kami berdua:

A. Majlis Pengantin Perempuan:

Tarikh: Sabtu, 25 Jun 2011.
Tempat: No. 291, Jalan Taman Jaya,
16700, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.
Masa: 12.00 – 5.00 petang.
Sila hubungi: Hj. Shokri (019-9825843)

B. Majlis Pengantin Lelaki:

Tarikh: Sabtu, 2 Julai 2011.
Tempat: No 34, Jalan Nabira 3,
Taman Nabira off Jalan Hutan Kampung, 05350, Alor Setar, Kedah.
Masa: 12.00 – 5.00 petang.
Sila hubungi: Hj. A. Rahim (017-4305246)

Semoga kehadiran dan iringan doa restu anda semua akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh yang Maha Esa pernikahan kami sehingga ke syurga.

“Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.”

~ Doa Rasulullah SAW pada hari pernikahan puterinya, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

Terima kasih di atas sokongan, ucapan dan doa yang dikirimkan kepada diriku dan bakal zaujahku. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan rahmat buat kita semua.

Ibd Abd Rahim

Dublin 8

Apa Komen Anda?

2 Comments