GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

|ANDA TIDAK HISAP ROKOK, ANDA RASA ANDA TIDAK AKAN KENA KANSER PARU-PARU? ANDA SILAP SELEPAS MEMBACA KISAH INI|

Pagi ini, kami mempunyai program INISIATIF KELANTAN BEBAS ASAP ROKOK atau IKBAR.
.
Dr Azza, pakar perunding paru-paru berkongsi dengan audiens, ‘testimoni-testimoni’ para perokok di klinik pakar beliau.

Ada dua kisah.

Yang pertama, kisah pesakit beliau yang berumur 18 tahun.

Remaja ini bekerja di tempat cuci bot nelayan. Dia bukan perokok.

Namun akibat dikelilingi perokok-perokok nelayan dan juga selalu menghidu asap daripada enjin bot, dia disahkan menghidap KANSER PARU-PARU pada usia muda.

Jangka hayatnya tidak panjang, selepas beberapa bulan, dia meninggal dunia.
.
====
Kisah kedua
=====


Seorang pesakit beliau hamil. Semasa mengandung, pesakit sering batuk-batuk.

Apabila keadaan semakin teruk, pesakit dirujuk ke pakar paru-paru.

Kamera terpaksa dimasukkan ke dalam paru-paru untuk mengenalpasti masalah pesakit tersebut.

Memeranjatkan apabila doktor pakar menjumpai sel tisu kanser di dalam paru-paru wanita tersebut.

Punca terjadinya kanser adalah kesan ASAP ROKOK BASI yang dihembus oleh suaminya.

Suaminya bukanlah menghembus asap rokok ke muka isterinya. Namun asap rokok yang berlegar di dalam rumah atau kereta turut mengandungi racun di dalamnya.

Kini kedua-dua pasangan amat menyesal dan suami serta merta berhenti merokok walaupun sebelum ini dia adalah perokok tegar.

=====
Kesimpulan
=====

Kajian mendapati menghidu asap rokok mempunyai kesan yang sama seperti menghisap rokok.

Kini, bukan sahaja perokok yang menghidapi masalah paru-paru, individu yang duduk di sekitar perokok juga akan terdedah kepada risiko penyakit.

Apa yang anda boleh lakukan?

1. Jika ada perokok yang merokok berdekatan anda/tempat awam/larangan merokok, sapa dengan berhikmah dan maklumkan kawasan ini bukan kawasan merokok. Anda wajib nyatakan hak anda sebagai bukan perokok.

2. Bagi suami/bapa yang merokok, sebaiknya berhentilah menghisap rokok sebelum keluarga anda yang menanggung derita. Jika tak tahan sangat, hisaplah jauh-jauh di kawasan terbuka supaya asap rokok tidak wujud di persekitaran keluarga masing-masing.

Dengan itu, silalah SHARE post ini kepada keluarga anda. Semoga lebih ramai dapat diselamatkan daripada bahaya asap rokok.

Jangan sudah terhantuk, baru terngadah.

Sila SHARE agar lebih ramai orang menerima manfaat daripada artikel ini.

“HIDUP PENUH MANFAAT”
DAR
drafiqrahim.com

Apa Komen Anda?