Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?

Kanser Pangkal Hidung @ Nasopharyngeal Carcinoma (NPC)

kanser pangkal hidung.default - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?
Datuk Lee Chong Wei Disahkan Menghidap Kanser Pangkal Hidung

Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan perkhabaran kesihatan Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara yang disahkan menghidap penyakit Kanser Pangkal Hidung (NPC).

Kanser Pangkal Hidung @ NPC merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak.

Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina.

Mengikut Data Kanser Malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser Payu Dara, Usus, Paru-paru & Kanser Serviks.

Faktor Risiko Kanser Pangkal Hidung

5dac0e2315f14fc8b8e7f6c1586443b6 22 - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?

Faktor risiko adalah disebabkan oleh:

  1. Keturunan (kaum cina dan Bidayuh)
  2. Jangkitan Virus Epstein Barr.
  3. Merokok
  4. Pengambilan Makanan yang Diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering.

Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung

e9ed421b4443e07b480ed9ef340bfab9 20 - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?
Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung

Gejala utama NPC adalah:

  1. Bengkak di lehar (tidak sakit,~ 60%).
  2. Pendarahan hidung.
  3. Hidung tersumbat.
  4. Masalah pendengaran.

Jika anda mempunyai bengkak leher lebih pada 3 minggu maka segeralah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Bagaimana diagnosis Kanser Pangkal Hidung?

ecc189e401af9b8705ead245b5571ffc 13 - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?
Pemeriksaan Hidung dan Tekak perlu dilakukan oleh Doktor

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu maka doktor perlu melakukan pemeriksaan hidung dan tekak serta biopsi tisu di bahagian nasofarinks.

Biasanya prosedur ini dilakukan di Klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Bagaimana pula Rawatan Kanser Pangkal Hidung?

08014e9ae5c96785f098658bade50cc3 7 - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?
Doktor akan menentukan rawatan terbaik kepada pesakit

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai.

Secara umumnya, rawatan utama adalah Radioterapi & Kemoterapi.

Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Apa pula Jangka Hayat bagi Pesakit Kanser Pangkal Hidung?

a795cdf41fc000a130ddec35a39ecabe 6 - Apa itu Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Cancer (NPC)?
Jangka hayat pesakit adalah amat bagus jika dikesan awal

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal.

Untuk kanser tahap 1, 80-90%.

Untuk kanser tahap 2, sekitar 70-80%.

Untuk tahap 3, 40-60% dan

Untuk tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawansan lain).

Tontoni video ini untuk info lanjut:

Belajar sesuatu? 

Kongsikan artikel ini kepada orang terdekat anda.

#MedTweetMy

DAR

Dr Afiq Rahim

A public health trainee, health content creator, sophisticated investor and father of a beautiful family. I love sharing ideas and my thoughts in this personal blog. Feel free to share your ideas and thought too in this blog.