APA ITU TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI AKA NUCHAL CORD?

APA ITU TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI AKA NUCHAL CORD?

12th July 2018 Off By Dr Afiq Rahim

TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI (NUCHAL CORD)

Retweeted 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙 (@muhammadeizat):

Mengikut kajian, kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kehamilan telah cukup bulan ialah lebih kurang 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.

Bunyinya memang menakutkan kepada semua ibu yang sedang hamil, tetapi benarkah keadan ini berbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada bayi?

Kita biasa dengar kebanyakkan ibu melahirkan bayinya secara pembedahan caesar kerana dikhabarkan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.

Persoalannya, perlu ke tak sebenarnya si ibu yang ada bayi terbelit tali pusat ini menjalani pembedahan caesarean ataupun mereka boleh jer bersalin normal?

saya kongsikan fakta serta bukti perubatan dari jurnal antarabangsa mengenai tali pusat dileher, bukan sahaja memanfaatkan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka juga mungkin bermanfaat untuk doktor-doktor yang merawat mereka.

47f6fc042dd0c5da7fb2d5996838cfba - APA ITU TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI AKA NUCHAL CORD?Selagi mana bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayi TIDAK BERBAHAYA dan ia adalah satu perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi jika tali pusat itu panjang.

47f6fc042dd0c5da7fb2d5996838cfba - APA ITU TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI AKA NUCHAL CORD?Tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab musabab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang mengalami keadaan ini bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.

Doktor atau penyambut kelahiran akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh jadi biru jap tetapi akan pulih segera

47f6fc042dd0c5da7fb2d5996838cfba - APA ITU TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI AKA NUCHAL CORD?terdapat peratusan kecil di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah

belitan ini menyukarkan pergerakan bayi ke bawah dan bekalan oksigen kepada bayi melalui tali pusat boleh terganggu. selalunya keadaan ini berlaku ketika si ibu dah sakit untuk bersalin. dalam keadaan ini, Dr akan sarankan ibu untuk caesar.

tali pusat terbelit di leher / nuchal cord

Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?

1. Bertenang. jangan panik ! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi anda berkebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.

2. Boleh bersalin normal ke tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung anak ( CTG) semasa dalam proses bersalin itu

BUKAN SEMUA ibu yang ada tali pusat dileher bayi ini memerlukan caesar. Jangan Takut !

3. Tiada kaitan antara makan maggi mee dgn ibu pakai tudung atau selendang belit-belit kat leher dengan tali pusat berlingkar kat leher bayi. JANGAN MENGARUT !

=====

Sangat bermanfaat bukan? Apa kata kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda.

Sumber: Klik di sini

DAR
#MedTweetMy

Apa Komen Anda?