GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

APA YANG PARA IBU DAN BAPA PERLU TAHU TENTANG BAYI KUNING/JAUNDIS ?

Bayi kuning adalah perkara biasa yang sering berlaku kepada bayi yang baru lahir.
.
Ianya berpunca daripada pelbagai faktor.
.
Kondisi ini umumnya tidak berbahaya dan biasanya dapat pulih dengan sendirinya.
.
Namun, kekuningan pada bayi yang melebihi paras normal boleh membawa stress kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata.
.
Sudahlah baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kemudian diuji pula dengan anak kuning. Terpaksa si ayah dan kadang kala si ibu berulang alik ke klinik kesihatan memeriksa tahap kuning.
.
Lebih parah, bila si kecil terpaksa pula masuk ke hospital untuk rawatan lanjut bersama ibunya.
.
Mungkin dengan memahami penyakit kuning ini dapat membantu pasangan bersedia mental dan fizikal menghadapi ujian tersebut.
.


=====
APA ITU BAYI KUNING DAN ADAKAH SEMUA BAYI AKAN MENDAPAT KUNING SELEPAS LAHIR?
=====
slide2
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin di dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
.
50-60% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ianya akan hilang selepas seminggu.
.
Manakala, 80 peratus bayi yang tidak cukup bulan atau bayi pra-matang akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.
.
=====
BAGAIMANA JAUNDIS BOLEH BERLAKU?
=====

Jaundis berlaku apabila Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi. slide3

Ini kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan untuk mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memproses bilirubin yang berlebihan itu.

Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.

Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi. Ianya tidak menyebabkan kemudaratan kepada bayi yang sihat.

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi yang menghidapi jaundis boleh mengalami kerosakan sistem saraf pabila tahap bilirubin mereka berada pada tahap yang terlalu tinggi / sangat merbahaya. Ianya dipanggil ‘KERNICTERUS’.

=====
RISIKO UNTUK BERLAKUNYA JAUNDIS TAHAP BAHAYA
=====

1. BAYI PRAMATANG ATAU BERAT BADAN YANG RENDAH slide5

Jaundis paling biasa berlaku bagi bayi yang lahir sebelum 37 minggu kehamilan.

Manakala bagi bayi yang lahir pada 38-39 minggu mempunyai risiko kuning lebih tinggi daripada bayi yang lahir lebih 40 minggu.

Bagi bayi yang berat badan yang sangat rendah (kurang daripada 2kg), risiko kuning juga amat-amat tinggi.

2. IBU BERDARAH JENIS ‘O’ ATAU RHESUS NEGATIF slide6

Bayi yang rhesusnya positif dengan ibunya yang berdarah rhesus negatif serta si ibu berdarah ‘O’ manakala anaknya berdarah A atau B mempunyai risiko kuning yang tinggi.

Perbezaan jenis darah ini menyebabkan sistem pertahanan badan bertindak balas apabila darah ibu dan anak bercampur.

Percampuran darah kedua-duanya boleh berlaku semasa kelahiran atau keguguran. Antibodi ibu kemudian merentas tali pusat ke dalam salur darah bayi lalu merosakkan sel darah merah bayi. Kerosakan sel darah merah ini meningkatkan tahap bilirubin lalu menyebab jaundis.

3. BAYI YANG KEKURANGAN ENZIM G6PD slide7

G6PD deficiency atau nama panjannya kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase adalah penyakit genetik darah yang boleh diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Pesakit akan mendapat jaundis apabila terdedah kepada beberapa faktor perangsan seperti kacang parang, sebahagian ubat dan tumbuhan

4. JANGKITAN KUMAN slide8

Jangkitan kuman pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan berlakunya jaundis.

Rawatan terbaik adalah dengan antibiotik pada kadar segera.

5. KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS BERSALIN slide9

Sokongan kepada penyusuan ibu amat penting agar susu ibu dapat diberi dengan secukupnya.

6. CEPHALOHEMATOMA ATAU BENGKAK DI KEPALA slide10

Bengkak di kepala mungkin berpunca jika si ibu meneran terlalu awal atau akibat proses vacum semasa melahirkan bayi.

7. BAYI KEPADA IBU YANG MENGHIDAP KENCING MANIS slide11

Bayi kepada ibu yang menghidap kencing manis kebiasaannya berat badannya boleh mencecah lebih 4kg dan berisiko tinggi mendapat pelbagai komplikasi akibat kencing manis ibunya.

=====
BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA BAYI ANDA MENGHIDAP JAUNDIS
=====

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, maka silalah hubungi jururawat masyarakat atau ke klinik kesihatan berhampiran. slide12

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah sahaja.

Jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya.

Anda juga boleh memeriksa najis bayi anda. Jika ianya berwarna pucat maka bayi anda mengalami kekuningan.

=====
RAWATAN JAUNDIS
=====

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu: slide13

1. Rawatan ‘Phototherapy’
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu supaya darah bilirubin akan ditukarkan kepada komponen darah yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah (Blood Exchange)
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

=====
PENYUSUAN IBU
=====

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. slide14

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Ibu juga perlu diberikan sokongan moral, mendapat air, rehat dan makanan tambahan secukupnya agar susu yang dihasilkan mencukupi dan berkualiti. slide15

=====
ADAKAH RAWATAN TRADISIONAL ATAU ALTERNATIF BERKESAN MERAWAT JAUNDIS?
=====

Menurut Panduan Bayi Kuning yang dikeluarkan oleh pihak KKM, tiada bukti kajian yang berkualiti dapat menyokong penggunaan rawatan alternatif / tradisional di dalam merawat penyakit bayi kuning ini.

Amalan tersebut dibolehkan namun perlu berbincang dengan pihak doktor terlebih dahulu.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. slide16

Jangan lupa kongsikan ilmu ini.

Semoga bermanfaat.

DAR

Apa Komen Anda?