GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Apakah kita IKHLAS bekerja? Final Part

Assalamualaikum wbt,

Islam is my CHOICE

Sambungan daripada episod lalu

10· Mengakui dan menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.

Pekerja yang ikhlas tidak akan teragak – agak atau malu untuk mengakui kesilapan yang dilakukan malah segera insaf dan bertaubat . Mengakui dan menginsafi kesilapan bukan suatu yang menjatuhkan maruah diri malah ia membuktikan keluhuran budi dan keikhlasan hati .

11· Menjaga rahsia persatuan.

Justeru ia suatu amanah yang mesti dipelihara oleh setiap anggota dan pemimpin . Perbuatan membocorkan rahsia persatuan seperti mendedahkan minit mesyuarat kepada mereka yang bukan ahli mesyuarat atau mempersoalkan keputusan mesyuarat di khalayak ramai ( seperti di dalam Yahoo Group ) adalah merupakan satu pengkhianatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh anggota atau pemimpin , yang mana mereka adalah pemegang amanah persatuan .

12· Menepati keputusan dan ketetapan persatuan.

Tindakan yang bercanggah dengan keputusan atau ketetapan persatuan merupakan satu kesalahan akhlak dalam Amal jamaei . Selama mana keputusan dan ketetapan itu tidak bercanggah dengan syariat Ilahi , maka ia menjadi satu kewajipan bagi setiap ahli di pelbagai peringkat untuk mematuhinya.

Lain persetujuan dalam mesyuarat , lain pula tindakan diluar mesyuarat hanya menzahirkan sikap tidak ikhlas terhadap tanggungjawab yang didokongnya.

13· Tidak mengklasifikasikan ketaatan pada pimpinan.

Jawatan apa sekalipun pimpinan itu mengeluarkan arahan , tanggungjawab ahli persatuan ialah memberi kepatuhan dan ketaatan. ( selama mana ia tidak bercanggah dengan syariat .) Tidak ada beza pada suara arahan yang datang dari Presiden atau Ketua Lajnah. ( Yang mana semua arahan mesti ditaati jika itu adalah tanggungjawab kita )

14· Aktif tidak bermusim.

Jangan hanya aktif di musim – musim tertentu mengikut mood peribadi. Menampilkan diri di majlis-majlis berprofil tinggi atau program-program besar hanya menonjolkan sikap mementingkan diri sendiri.

Akhir kata,

Demikianlah antara petanda ikhlas yang mesti dimiliki oleh setiap ahli dan pemimpin persatuan. Keikhlasan di dalam pekerjaan adalah kunci kecemerlangan sesebuah persatuan. Justeru itu, penglibatan dengan persatuan perlulah berasaskan semangat untuk menegakkan keadilan dan menjaga kebajikan rakan seperjuangan serta mendaulatkan agama Allah di muka bumi.

“Hadis Abi Asy-a’ri Rha. bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw. lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berperang ( berjuang ) supaya namanya disebut – sebut , ada yang berperang ( berjuang ) supaya dilihat kedudukannya , maka siapakah yang benar – benar berjuang di jalan Allah ( fi Sabilillah ) Maka Nabi saw. menjawab: Barangsiapa yang berperang ( berjuang ) untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dia lah pejuang di jalan Allah swt.”

Iklan bersempena bulan Sya’aban

Iklan sebentar. Jom hayati bulan Sya'ban

Sekian,

Presiden PPIMI,

05350, Alor Setar

Apa Komen Anda?