GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Apakah kita IKHLAS bekerja? Part 2

Assalamualaikum wbt,

succes

Sambungan Petanda Ikhlas Seorang Pekerja :

Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari aktiviti persatuan.

Sebaliknya gigih berikhtiar untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam apa jua keadaan sekalipun .

” Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya

At-Taubah ayat 44-45

5. Bersedia menerima arahan

Ini termasuk dalam apa jua keadaan sungguhpun arahan itu tidak bersesuaian dengan keinginan diri . Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi bukti sebuah keikhlasan dalam berkhidmat untuk masyarakat dan persatuan .

6. Prihatin terhadap keperluan persatuan .

Memberi penumpuan penuh dan serius terhadap jadual aktiviti dan keperluan semasa dengan rasa tanggungjawab, tidak hanya menanti surat jemputan atau arahan . Rasa terpanggil untuk menunaikan keperluan persatuan adalah sikap yang mempamerkan keikhlasan seorang pekerja.

7. Tolak ansur dalam mengendali gerakkerja.

Ini menjadi cermin diri ke arah melahirkan jiwa yang ikhlas. Tabiat mementingkan diri sendiri dan sukar mengalah adalah jelas bertentangan dengan prinsip keikhlasan , malah gerak kerja sering tergendala dan masalah kian kusut dengan wujudnya individu seperti ini .

8· Menghormati generasi terdahulu

Sekalipun mereka serba kekurangan, kerana mereka sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan suci ini . Memburuk – burukkan mereka terdahulu dengan pelbagai anggapan melulu tidaklah mendatangkan apa – apa manafaat buat persatuan kita.

Bukankah Allah telah mengajar kita dengan satu disiplin yang sangat mulia iaitu mendoakan mereka dan memohon agar tidak tumbuh sifat hasad dan dengki dalam diri kita terhadap mereka yang terlebih dahulu membuka langkah dalam hal ini ?

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau  Maha Penyantun dan Maha Penyayang”.

Al-Hasyr ayat 10

Post mortem atau muhasabah aktiviti.

Pekerja yang ikhlas tidak sambil lewa dan bersahaja dalam aktiviti / program yang dianjur semata – mata untuk memenuhi jadual dan tidak juga mempunyai sikap lepas tangan sejurus selesai program dilaksanakan . Sebaliknya ia mengadakan post mortem yang berdedikasi untuk menilai dan menggarap masa depan yang baik dan berkesan .

muhasabah

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan ( muhasabah ) apa yang ia telah berlalu (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Al-Hasyr ayat 18

nantikan bahagian terakhir siri “Apakah kita IKHLAS Bekerja?“…..

**artikel ini diolah daripada sebuah artikel Ustaz Nasrudin Tantawi untuk disesuaikan dalam konteks persatuan seperti PPIMI.

Presiden PPIMI,

41200, Klang

Apa Komen Anda?