GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Apakah masih ada harapan di sana? Vol. 2

Salam persaudaraan,

Sambungan kisah kembara di Empayar Turki Uthmaniyah.

Apabila saya masuk, saya terperanjat !!!

Saya terkesima mendengar kesyahduan alunan ayat-ayat Al-Quran melalui VCD player di dalam keretanya. Kemudian dia memperagakan koleksi DVD dan VCD tilawah AL-Quran kepunyaannya. Masyallah, saya tidak menyangka akan bertemu seseorang sepertinya yang begitu cintakan Al-Quran. Saya menenangkan diri di seat empuk kereta BMW 5 series itu sambil menghayati bacaan tilawah Al-Quran yang dimainkan di dalam kereta itu. Ekspresi wajahnya sewaktu menghayati alunan syahdu itu sudah cukup menggambarkan kecintaanya kepada Al-Quran dan bagaimana dia menghayati setiap bait-bait kalamullah yang saya yakin menjadi halwa telinganya sepanjang masa. 

Penulis di dalam Ulu Cami, Bursa
Penulis di dalam Ulu Cami, Bursa

Selepas itu, kami dijemput kembali ke restaurantnya di dalam terminal bus. Sewaktu kembali meneruskan perbualan dia meminta alamat rumah saya di Ireland. Katanya mahu menghantar VCD Tilawah Al-Quran dan memohon kerjasama saya mengedarkan VCD itu kepada sesiapa yang berminat. Kesemua kos penghantaran akan ditanggung olehnya.

“I would like you to distribute the VCD to anyone at your home. If not enough, you can contact me.”

“This is a part of my da’wah at your place.”  

Subhanallah. Saya benar-benar kagum akan semangatnya menyebarkan dakwah kepada sesiapa sahaja. Baginya, hampir kesemua nikmat dunia telah dirasai. Harta, keluarga, perniagaan dan lain-lain yang diimpikan manusia zaman ini, hampir semua telah dinikmatinya. Namun, beliau tidak mudah lupa diri. Setiap kejayaan yang dikurniakan Allah dipulangkan atau dikongsi bersama orang-orang di sekelilingnya. 

Walaubagaimana pun, sehingga kini saya masih menanti postage daripadanya. Mungkin kekangan masa sebagai saudagar tekstil dan pengusaha restaurant membantutkan misi dakwahnya itu di sini. Namun saya masih menanti satu hari nanti saya akan  menerima peralatatan dakwahnya di sini. 

Kereta Kabel di Uludaq National Park

Setelah itu saya bertanya kepadanya

“What do you think about young Turkish generation currently?”

Sambil memandang sedih kepada kami, beliau berkata

“I’m dissappointed with them. However we still have few young generation who really practising Islam here”

“The current goverment (AK Party) is trying their best to implement Islam in many aspect of Turkish life”

“For example, to preserve Koran for next generation, children below 9 years old were sent to school which they will learn, understand and memorize it.”

Jawapan yang melegakan saya. Sememangnya sepanjang berkelana di sana, pemuda-pemudi mereka telah dilonggokkan dengan hiburan dan keindahan dunia yang melalaikan. Kehebatan hedonisasi di kelompok muda begitu meresap ke dalam kehidupan mereka. Insyallah saya akan kupas pengalaman saya bersama pemuda-pemudi mereka jika berkesempatan. 

Jam menunjukkan hampir pukul 3.30 pagi. Beliau mohon beransur dahulu. Yang bertambah bestnya beliau sudi menanggung bayaran minuman dan makanan kami di restaurannya. Kami bersyukur kerana pada malam itu kami berkongsi pengalaman yang menarik bersamanya dan pada masa yang sama dimurahkan rezeki menikmati hidangan di restaurantnya.

Wahai Ulu Hakan (Great Khan), sesugguhnya misi pan-Islamic mu masih diteruskan oleh rakyatmu di sini. Semoga misi dakwah seperti ini masih berterusan di seluruh pelusuk dunia demi menegakkan kembali kehebatan syiar Islam. Saya melihat sinar Islam itu masih terang di Turki. Semoga sinar itu tidak malap dan terus menyinari generasi mereka dan kita seterusnya. 

The last Caliph with absolute power
The last Caliph with his Pan-Islamic mission

Kepada yang bakal melancong ke Turki, pastikan anda melawat bekas ibu negara pertama Empayar Turki Uthmaniyah ini. Anda pasti akan memperolehi sesuatu di sana nanti. Percayalah. 

Sekian, 

Wassalam

Aku yang bergelar Sang Kelana,

Dublin 8, Ireland

Apa Komen Anda?

2 Comments