GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Apakah masih ada harapan di sana?

Assalamualaikum wbt,

Pengembaraan saya bersama rakan seperjuangan ke negara semi-finalist Euro 2008, Turki sewaktu cuti musim panas yang lalu memberi pelbagai kenangan yang menakjubkan buat saya. Sememangnya Turki menjanjikan kedamaian dan keceriaan yang saya cari selama merantau di benua Eropah. 

Pelbagai cerita tentang perkembangan Islam dan masyarakat Turki yang sering saya dengari dan lihat samada di blog-blog atau di media elektronik. Tidak dinafikan Turki sememangnya kaya dengan pelbagai khazanah ketamadunan dunia seperti peninggalan empayar Byzantine, Rom mahupun Turki Uthmaniyah. Saya sememangnya telah lama berhajat untuk ke Turki melihat tamadun mereka dan pada masa yang sama mengkaji sejauh mana kesan sekularisme dan liberalisasi yang digembar-gemburkan sesetengah pihak telah memusnahkan nilai-nilai Islam di dalam masyarakat Turki.  

Pengembaraan saya di bumi Eurasia bermula di Istanbul – Ankara – Cappadocia – Izmir – Selcuk – Cannakale – Bursa dan berakhir di Istanbul kembali. Pelbagai pengalaman dan cerita yang saya perolehi sepanjang berada di sana. Namun saya tidak berminat untuk menceritakan secara terperinci pengembaraan saya tetapi lebih berminat menghayati peristiwa-peristiwa bermakna yang mana kita semua boleh berkongsi hikmahnya. 

Peta Turki
Peta Turki Moden

Bursa, keramahan dan keindahanmu mendamaikan 

Di antara kesemua kota yang saya lawati, saya benar-benar telah jatuh cinta pada ibu negara pertama Empayar Turki Uthmaniyah ini. Keramahan penduduknya dan keindahan panoramanya mendamaikan saya. Dengan jumlah penduduk dianggarkan 2,413,971, sesungguhnya bandar ini pada pandangan pertama tidak ubah seperti sebuah bandar lain di Turki yang terkenal dengan ‘urban life’ serta kurang nilai kemasyarakatan di kalangan wargakota. Namun sepanjang perjalanan kami di sekitar bandar itu, kami tidak putus-putus menerima sapaan daripada warga tempatan. “Konichiwa” merupakan ungkapan yang sering diucapkan kepada kami di sana. Mungkin kebanjiran pelancong daripada negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea ke Turki telah mengaburi rupa paras kemelayuan kami di kaca mata penduduk setempat. 

 

Panorama Bursa daripada Uludaq National Park
Panorama Bursa daripada Kereta Kabel di Uludaq National Park

 

Walaubagaimanapun, yang benar-benar menyejukkan mata saya adalah penghayatan Islam di kalangan penduduk setempat. Daripada pemilik hostel tempat kami menginap yang tidak jemu membaca al-quran sehingga pemilik restaurant di terminal bus Bursa yang ‘ketagih’ mendengar alunan al-quran, kesemuanya menghayati Islam itu sebaik mungkin. Peristiwa bertemu pemilik restaurant itu yang juga usahawan tekstil di Bursa merupakan memori manis sewaktu berada di sana. 

Salam’alaik, where are you from ? ” tegur pemilik kedai makan itu.

Walaikum salam. We’re all from Malaysia but we studying in Ireland” 

Masyallah. Sorry to bother all of you early morning. I just realized when one of your friends was reading a book about Khalid Al-Waleed” sambil tersenyum lebar kepada kami.

Perbualan semakin rancak. Dia berkongsi pelbagai cerita dan kisah kehidupan masyarakat Turki di bawah payung sekularisme. Dia juga begitu teruja dan seronok mendengar alunan ayat-ayat al-quran malahan menghantar 1 alunan ayat al-quran ke dalam telefon bimbit saya pada ketika itu. Subhanallah. Kemudian kami bertanya kepadanya,

I just want to ask you a question. Why you put Mustapha Kamal Attartuk picture in your restaurant? We always see his picture in many shops or restaurants here.

That is a criteria to open a shop. You must have his picture in your shop” balasnya.

Oh really. Then, what do you think about him? ” Kami mencari pendapatnya tentang MKA.

Shhh….I don’t want to talk about him here.”

Jawapan yang diberikan menimbulkan misteri di kalangan kami. Raut wajahnya seolah-olah dia amat bencikan wira kebangsaan mereka itu. Cubaan kami mengorek rahsia daripadanya gagal kerana dia tidak mahu langsung berbicara tentang MKA. Mungkin risau ada mata-mata yang sedang berada berhampiran dengan kami. 

Setelah hampir 30 minit kami berbual, dia mengajak kami ke kereta mewahnya, BMW 5 Series. Kami pada mulanya sangsi untuk ke parking lot di luar terminal terutamanya apabila jam menunjukkan jam 2.30 pagi! Namun dia memujuk kami ke keretanya kerana ada sesuatu yang ingin ditunjukkan. Saya berpesan agar seorang tinggal di dalam terminal bus jika sesuatu tidak diingini berlaku. 

Apabila sampai di keretanya, saya sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Jika dia mahu menculik kami, maka saya sudah bersiap dengan Langkah Seribu warisan zaman berzaman. Setelah masuk ke dalam keretanya, dia menghidupkan enjin keretanya kemudian……

Brothers, what are you doing out there?

Come in and have a seat in my car ” Sambil menepuk seat hadapan kereta mewahnya itu. 

Shamil hang tunggu di luar kereta. Sat gi apa-apa berlaku hang dengan Hamas tolong aku. Hangpa jangan tinggai aku no” Saya berpesan kepada sahabat-sahabat saya.

Apabila saya masuk, saya terperanjat !!!

 

Bersambung…….

Apa Komen Anda?

3 Comments