GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

“AWAK BAWA ANAK KITA KE KLINIK, JATUH TALAK!”

Ini adalah sebahagian drama yang dikongsi oleh kami kepada para audiens semasa program Celik Vaksinisasi di Tendong, Pasir Mas.

Ada suami yang berkuasa Veto meletakkan hukum talak jika isteri tidak menuruti perintahnya.

Kebencian si suami terhadap rawatan moden boleh mengundang bala kepada isteri dan anak-anaknya.

Saya sendiri pernah berkongsi kisah satu keluarga yang menolak vaksin, suami keluar berdakwah meninggalkan isteri dan anak-anak. Suami berpesan, jangan bawa anak ke klinik/hospital.

Namun hati ibu mana yang sanggup lihat anak derita. Ditakdirkan anak tersebut demam dan batuk-batuk.

Kemuncaknya anak tersebut mendapat sawan. Isteri dalam keadaan serba salah membawa anaknya ke hospital.

Anak tersebut disahkan Pertusis atau batuk kokol.

Keluar daripada hospital terpaksa menyambung rawatan di klinik. Si isteri bersetuju untuk menyambung semula vaksin tetapi langkah terhalang dek keangkuhan suami.

Hanya dengan kebenaran si suami maka anak boleh divaksin. Suami gagal dihubungi dan akhirnya si anak tidak dapat divaksin jua.

Kami bertanya kepads ahli panel, Ustaz Shuhaimi daripada Jabatan Agama Hal Ehwal Keluarga Islam Kelantan.

Ustaz menerangkan ini adalah KETAATAN PADA PERKARA YANG SALAH.

Sudah jelas, dalam Islam mencegah lebih baik daripada mengubati.

Pihak autoriti agama telah berbahas dan berbincang hal ini. Mengelak daripada vaksinisasi boleh menjerumus kepada bahana wabak penyakit. Maka umat Islam diseru untuk mendapatkannya.

Dalam hal ketaatan kepada suami, isteri boleh merujuk kepada jabatan agama sekiranya ada kemusykilan atas arahan suami.

Dapatkan pandangan daripada ahlinya. Jika hal perubatan, rujuk pihak doktor. Hal hukum hakam agama, rujuk para asatizah yang mursyid.

Dalam hal talak seperti suami jatuhkan talak jika isteri bawa anak ke hospital, jatuh talak jika doktor lelaki merawat isterinya dan lain-lain, maka pihak isteri juga kena rujuk balik pihak jabatan agama.

Si suami pula, jangan semborono menjatuhkan talak kepada isteri. Ustaz berkata ramai yang menyesal selepas itu. Api kemarahan memang membinasakan.

Moga bermanfaat.
DAR
dradiqrahim.com

Apa Komen Anda?