Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Forza Azzuri!

210711 euro 2020 italy ew 637p - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Forza Azzuri !

Itali berjaya menjadi juara eropah edisi 2020. Pastinya, itu satu pencapaian yang hebat.

Namun 3 tahun lepas, moral kem bolasepak Itali adalah di tahap terendah.

Mengapa?

Mereka gagal layak ke Piala Dunia 2018 dengan statistik yang teruk.

Untuk gergasi bolasepak yang pernah menjuarai Piala Dunia, gagal layak ke kejohanan paling ulung adalah kegagalan terbesar.

118848539 gettyimages 873968740 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Media Itali mengecam kegagalan pasukan mereka layak ke Piala Dunia 2018

Jadi bagaimana Itali mengubah nasib mereka? Bagaimana mereka bangkit berjaya dari kegagalan sebelum ini?

Mungkin kita boleh belajar dari strategi mereka untuk digunakan dalam hidup kita.

1. Big Why Yang Jelas

Pasukan Itali ada big why yang jelas. Sama seperti di Britain, bolasepak adalah nadi kehidupan bagi rakyat Itali. Jadi, kegagalan ke Piala Dunia 2018 amat pedih dirasai.

Dan untuk berjaya di pentas dunia, bukan kerja yang mudah.

Jadi untuk menebus keaiban gagal ke Piala Dunia, mereka mahu kembali menang kejohanan besar.

Dan itu memerlukan jurulatih yang sesuai untuk membimbing skuad mereka.

Projek ini pastinya mengambil masa.

“Rome is not build in a day”.

Tambahan pada tahun 2020, pandemik COVID19 melumpuhkan sistem kesihatan dan ekonomi Itali.

001 1024x667 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Penganalisa menjangka ekonomi Itali menyusut pada 2020 angkara COVID9
Kredit: Rabo-research

Semua rakyat termasuk pemain dan ahli keluarga mereka amat terkesan akibat pandemik tersebut.

Maka kejohanan besar seperti EURO adalah platform untuk mereka suntik semangat dan moral kepada rakyat Itali.

41467 2020 18050 Fig1 HTML - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Geografi wabak COVID 19

Sehingga muncul Tagline di Itali:

“When there is LIFE, there is HOPE”.

Jika mereka berjaya lawan pandemik COVID19, mereka yakin mereka mampu melawan apa sahaja.

Big Why mereka adalah menebus kegagalan layak ke Piala Dunia 2018 dan demi memberi semangat kebangkitan kepada rakyat Itali pasca pandemik COVID19 dengan cara Menang Kejohanan EURO 2020.

2. Lantik Pemimpin yang Karismatic dengan Visi yang Jelas

Jadi untuk pastikan matlamat mereka itu berjaya dicapai, mereka lantik Roberto Mancini.

Mancini ini, ketika dilantik, bukanlah jurulatih terbaik Itali pada ketika itu.

Walaupun dia berjaya menjuarai EPL dengan Manchester City sebelum ini, karier jurulatihnya tidaklah secemerlang selepas dia meninggalkan The Citizen.

Tidak banyak kejayaan berjaya dicapai bersama Galatasaray, Zenit dan Inter Milan.

mancini best italian manager 1024x576 2 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Kemenangan pasukan Itali di bawah Mancini

Tapi seperti media Itali kata:

“Mancini needs Italy and Italy needs him”

Kedua-duanyaa saling memerlukan untuk membuktikan sesuatu kepada peminat dan pengkritik bolasepak.

Di Itali, Mancini adalah seorang lagenda. Masih dihormati.

Apa berlaku selepas Mancini dilantik sebagai jurulatih Itali?

Dia memastikan semua pemain dan staff memahami bahawa visi dia adalah jelas untuk kebangkitan Itali iaitu: Memenangi Kejohanan Eropah 2020.

Pada ketika itu, Itali baru gagal layak Piala Dunia. Ramai pemain dan staf dalam moral yang rendah, meragui kemampuannya.

Tetapi Mancini mahu pasukannya capai apa yang mereka mampu dan percaya kebolehan dia.

3. Kenalpasti Kekuatan Pasukan

Dalam bisnes atau organisasi, penting kita kenalpasti apa produk atau servis yang berjaya beri keuntungan atau pulangan berlipat kali ganda.

Saat kegawatan ekonomi dan kemerosotan prestasi, penting kita nilai kembali di mana kekuatan kita pada awalnya.

Fokus kekuatan tersebut dan bina sistem untuk menyokong kekuatan atau tunjang syarikat atau pasukan.

Ini yang berlaku di Itali.

Semasa Mancini ambil alih, pemain utama iaitu Chiellini atau Bonucci mungkin sudah di penghujung karier. Pemain pertahanan Itali sejak zaman berzaman adalah tunjang utama selain penyerang prolifik mereka.

Baresi, Maldini, Cannavaro adalah contoh kekuatan utama pasukan Itali.

Namun di era Mancini, kekuatan yang dimiliki Itali adalah pemain berkelas dunia di bahagian tengah iaitu Jorginho, Veratti dan Barella.

most used players for italy under mancini 1024x576 1 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Jorginho dan Barella adalah tunjang utama pasukan Itali

Oleh itu Mancini, membina pasukan baru berpaksikan kekuatan pemain berkelas dunianya.

Ramai pemain dipanggil dan diberi peluang untuk menjadi sokongan kepada kekuatan terkini pasukannya.

Dia juga mempunyai kekuatan di bahagian sayap dengan pemain seperti Chiesa dan Insigne.

4. Berani Berubah!

Itali amat terkenal dengan corak permainan Catenaccio.

Ianya sejenis corak dengan sistem pertahanan yang berstruktur dengan mengagalkan serangan pihak lawan dan disusuli serang balas (counter-attack).

Bagaimanapun, corak ini tidak sesuai dengan kretiviti dan kekuatan pemain Itali pada era Mancini.

Jadi Mancini tukar corak konservatif dan formasi lama bertahan 3-5-2 Itali kepada formasi 4-3-3 dengan corak menyerang.

most used formation for italy under mancini 1024x576 1 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Formasi 4-3-3 Itali di bawah Mancini

Pada awalnya, taktikalnya dikritik kerana tiada hasil.

Bertemu Arab Saudi dalam perlawanan pertamanya, hanya berjaya menang dengan jaringan 2-1.

Kemudian, 5 permainan seterusnya tanpa kemenangan di awal eranya.

Media Itali dan peminat mereka sudah resah.

Adakah Mancini adalah orang yang sesuai?

Bila kita berani mengubah sistem atau kebiasaan, kita kena sabar dan percaya akan hasilnya.

Selepas itu, pemain dah mula faham corak dan taktikalnya.

Dan hasilnya 53 gol dalam 17 perlawanan.

Dengan hebatnya, mereka memulakan kempen Kejohanan Eropah dengan 27 kemenangan tanpa kalah!

roberto mancini unbeaten run with italy 1024x1024 2 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Sehingga perlawanan suku akhir EURO 2020, pasukan Itali kekal tanpa tewas

5. Yang senior dihargai, yang muda dipercayai.

Kunci keharmonian dalam organisasi adalah keseimbangan antara staf yang senior dan yang muda. Setiap orang saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam menampilkan corak permainan menyerang yang Mancini mahukan, dia menyeimbangkan pasukannya dengan pengalaman pemain senior dan kreativiti pemain muda.

Kreativiti dan corak menyerang pemain seperti Chiesa, Insigne, Veratti dan Barella perlu diseimbangkan dengan pengalaman pemain senior seperti Bonucci, Chiellini dan Jorginho untuk bertahan.

Malah Mancini berani memberi peluang kepada pemain muda seperti Raspadori untuk bermain.

Dalam 67 pemain yang digunakan oleh Mancini sepanjang eranya, seramai 35 pemain telah diberi peluang beraksi melakukan debut.

Pendekatan ini bukan baru tetapi perlukan kesungguhan pemimpin, keyakinan pada strategi baru dan kemahuan untuk berubah.

Cara Mancini memastikan setiap pemain rasa diperlukan dan dihargai adalah dengan memastikan setiap pemain dalam skuadnya merasai minit permainan walaupun seminit.

Ini kerana Mancini ada penyesalan terbesarnya iaitu tidak beraksi walaupun seminit di pentas piala dunia 1990 di tanahair sendiri.

Jadi, dia tidak mahu pemainnya merasai kekecewaan yang dia alami dan mahu setiap pemain tahu mereka semua ada peranan dalam setiap perlawanan.

mancini improvement for italy 1024x576 1 - Bagaimana kita boleh Bangkit Berjaya selepas Gagal dengan Gaya Itali?
Hasil pembaharuan Mancini berbanding jurulatih sebelumnya

Hari ini adalah Hari Hartal Doktor Kontrak.

Sistem kesihatan kita adalah berteraskan sistem berpasukan.

Tiada pakar bedah boleh melakukan pembedahan seorang diri. Sekurang-kurangnya, masih perlu bantuan doktor bius dan seorang pembantu.

Oleh itu, doktor muda perlu diberi kepercayaan dan dijaga kebajikan mereka. Doktor senior pula dihormati dan dihargai selayaknya.

Dalam setiap organisasi, semua ada tugas dan saling melengkapi.

Kesimpulan

Kegagalan boleh menjadi batu loncatan untuk berjaya.

Yang penting, bagaimana kita menilai kegagalan kita dan mencari cara untuk mengubahnya.

Gagal adalah lumrah manusia. Namun, kekal gagal adalah atas pilihan kita

Dr Afiq Rahim

Tukar mentaliti kita. Ayuh bangkit dari kegagalan !

DAR

Kredit gambar dari laman bolasepak “The Analyst”