GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali

[Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali] 11 - Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali
.
=====
Cemuhan Masyarakat Yang Menyangka Pihak Hospital/Klinik Tersilap Mengesahkan Kematian Adik Nuri
=====
.
Pertama sekali, marilah kita membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Adik Nuri Nadirah Ruslan yang pergi menghadap ilahi kerana dipatuk ular berbisa di perkarangan sekolah pagi semalam. Syurga pastinya buat arwah.
.
Menurut maklumat terdekat dan sahih daripada rakan sejawat, jenazah telah dibawa ke sebuah klinik kesihatan terdekat namun meninggal sebelum sampai ke klinik tersebut. Setelah petugas kesihatan bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa adik ini, maka arwah diisytiharkan meninggal dunia kerana tiada respons daripada arwah setelah semua intervensi dilakukan. woman dying heart failure - Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali
.
Arwah kemudian dibawa ke hospital Kota Bharu pula dan disahkan sekali lagi meninggal dunia di sana buat kali kedua.
.
Namun semasa pengurusan jenazah dilakukan di rumah pada sebelah malam, tetamu dan ahli keluarga gempar apabila melihat tubuh arwah bergerak sendiri seolah-olah tersedak semasa proses memandikan jenazah.
.
Sekali lagi pasukan Oncall Klinik Kesihatan Badang dipanggil segera untuk pengesahan kali ketiga. Ketika inilah desas desus mengatakan pihak klinik dan hospital sebelum ini melakukan kesilapan dalam mengesahkan kematian jenazah. Kemudian tersebar pula rakaman amatur tetamu yang menceritakan keadaan panik di rumah arwah beserta makian dan kata-kata kesat kepada petugas kesihatan kerana kesalahan mereka. CgckDIfUsAAT1Yc - Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali
.
Jelas sekali, orang awam amat mudah menuding jari dan menyalahkan pihak hospital / klinik tanpa membuat kajian atau menyiasat kesahihan berita terlebih dahulu.
.
Mari saya jelaskan bagaimana pihak petugas kesihatan mengesahkan kematian samada di rumah / premis kesihatan. Ilmu ini juga boleh membantu anda membuat pengesahan awal sebelum disahkan oleh pihak yang berautoriti.
.
======
Bagaimana Petugas Kesihatan Membuat Pengesahan Kematian?
=====
.
Sebelum itu, ingin saya maklumkan bahawa pengesahan kematian adalah perkara yang SERIUS. Ada banyak prosedur perlu dilakukan. Maka bukan mudah-mudah kami mengesahkan kematian seseorang. Implikasi perundangan boleh berlaku sekiranya petugas kesihatan memalsukan kematian atau tersilap pengesahan.
.
Baiklah, apabila pihak kami sampai ke rumah mangsa, kami akan melakukan beberapa pemeriksaan berikut untuk pengesahan:

1. Tiada Denyut Nadi Langsung.
2. Tiada Denyut Jantung.Sebaiknya memerlukan stetoskop untuk pengesahan.
3. Tiada Pergerakan Dada Turun Naik seperti dalam keadaan bernafas.
4. Tiada Bunyi Pernafasan di dalam paru-paru apabila auskultasi dilakukan.
5. Anak Mata (Pupil) yang berwarna hitam / coklat / biru atau apa sahaja warna dalam keadaan kembang/ membesar dan tidak respon kepada cahaya lampu. (Manusia yang hidup, anak mata akan respon kepada cahaya dengan mengecil serta merta).

Kesemua tanda-tanda ini diperhatikan dalam masa 5 minit. Jika tiada sebarang respon maka mangsa boleh disahkan mati. shutterstock 36734245 - Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali
.
Kami juga akan memeriksa keadaan di sekeliling mangsa jika perlu sekiranya wujud bahan-bahan / punca kematian mangsa. Contohnya dadah / racun / alatan tajam dan sebagainya.
.
Tanda-tanda lain kematian adalah:

1) Suhu badan menjadi sejuk bawah 35′ darjah celcius
2) Tiada respon kepada kesakitan
3) Kekejangan otot / terbujur kaku / sendi menjadi keras
4) Tanda-tanda lebam di bahagian badan yang bersentuh dengan lantai (hypostasis).
5) Kornea Mata (Cornea) menjadi kelabu.

Namun dalam sesetengah keadaan, mangsa boleh disalah anggap sebagai mati tetapi masih hidup sebenarnya dalam keadaan tertentu seperti:

1) Lemas
2) Pengambilan ubat atau alkohol berlebihan atau diracuni
3) Dalam keadaan gula terlalu rendah (hipogisemia) atau keadaan Koma.

Dalam keadaan seperti berikut, mangsa perlu dirawat dan dilakukan resusitasi berterusan sehinggalah selepas semua intervensi / prosedur menyelamat dilakukan tetapi masih tiada respon maka barulah kematian boleh disahkan.
.
=====
Kesimpulan
=====
.
Kematian Adik Nuri adalah sesuatu yang tragis buat ahli keluarga, guru dan rakan-rakannya. Kami bersimpati kepada keluarga arwah.
.
Pengesahan kematian adalah perkara yang serius dan petugas kesihatan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan sangat teliti sebelum kematian boleh disahkan.
.
Masyarakat juga digalakkan mengetahui teknik mengesahkan kematian agar dapat mengelakkan kekeliruan dan segera menghubungi pihak yang berautoriti untuk pengesahan selanjutnya.
.
Al-Fatihah ~27 523x634 - Bagaimana Pengesahan Kematian Dilakukan Oleh Petugas Perubatan? Menjawab Isu Mengapa Jenazah Adik Nuri Terpaksa Disahkan Kematiannya Lebih Daripada 2 kali

[optin-cat id=”2106″]

Sumber:

  1. Astro Awani
  2. Death Recognition

.
#DAR
#infomedikdar
#MedTweetMy

Apa Komen Anda?