GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

BAHAYA GAME ‘MATI LIMA SAAT’

Sekarang banyak diperkatakan tentang satu permainan yang dinamakan pass-out challenge atau Game Mati 5 saat atau Skip Challenge. Permainan ini mula menular di media sosial khususnya di FB dan juga di Whatsapp.

Permainan cabaran bahaya ini bukan perkara baru. Pernah direkodkan sejak tahun 1900 lagi. Semasa saya di bangku sekolah pun ada rakan-rakan pernah main.

Difahamkan, ia sangat popular di kalangan remaja Indonesia. Negara mereka juga dengan keras membanteras permainan ini. Nama-nama lain untuk permainan ini adalah seperti skip challenge, choking game, tap out, purple dragon, space monkey, god boys, rising sun, total recall dan sebagainya.

Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan.

Beberapa penjelasan dari permainan ini.

Kenapa boleh pengsan bermain game Mati 5 saat ?

1. Semasa menekan di bahagian dada dilakukan, ini akan mengakibatkan tekanan tinggi di bahagian thorax (rongga dada) dan jantung secara langsung. Ini akan menyebabkan ‘venous return’ (aliran darah dari badan ke jantung kanan) menjadi kurang. Maka jantung gagal untuk mengepam menyebabkan kurang atau tiada langsung darah mengalir keluar dari jantung ke badan (No cardiac output).

Keadaan ini akan menyebabkan organ-organ vital termasuk otak tidak menerima bekalan darah. Maka mendorong seseorang itu jatuh pengsan kerana tiada atau kurang darah yang membawa oksigen untuk sel-sel otak.

2. Satu lagi keadaan berlaku semasa dada ditekan kuat adalah vagal stimulasi. Vagal stimulasi akan menyebabkan ‘neurocardiogenic syncope’. Keadaan ini berlaku seperti berikut:

No automatic alt text available.

Kurang venous return (aliran darah dari badan ke jantung kanan) akibat dada ditekan ➡️ kurang preload (kemasukan darah dalam jantung) ➡️kurang darah mengisi ventricular jantung ➡️ bertambah sympathetic tone ➡️ kontraksi ventricle jantung berlebihan (hypercontractility of ventricle) dengan kurang pengisian darah (under filled chamber) ➡️ ventricular mechanoreceptor activation ➡️ maklum balas ke medulla melalui saraf vagus ➡️ mengurangkan sympathetic tone dan meningkatkan parasympathetic ➡️ kadar denyutan jantung menurun (bradycardia) dan tekanan darah juga menjadi rendah (hypotensive) ➡️ sel otak kekurangan oksigen ➡️ hypoxia ➡️ pengsan.

Kedua-dua keadaan atau situasi ini akan menyebabkan seseorang itu jatuh pengsan dan akan sedar semula setelah bekalan oksigen pulih kembali disalurkan semula ke otak.

Apakah bahaya Game Mati 5 Saat?

Jika tempoh kekurangan bekalan oksigen berlanjutan dan cukup lama, seseorang itu boleh mengalami ‘Hypoxic Ischaemic Encephalopathy‘ iaitu keadaan dimana sel-sel otak cedera, rosak teruk dan mati akibat dari terputus bekalan oksigen. Jika bernasib baik, seseorang itu hanya lumpuh. Lagi malang boleh menyebabkan kematian.

Ingat! Kita tak sentiasa bernasib baik.

Bahaya permainan ini selain apa yang saya terangkan diatas adalah juga boleh mengalami kepatahan tulang rusuk, cedera anggota badan akibat terjatuh, gegaran otak (cerebral concussion), sawan dan sebagainya.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people

1000 kematian di rekodkan sejak 1934 akibat dari permainan pass-out challenge ini. 82 kematian di Amerika Syarikat dari tahun 1995-2007 (data dikeluarkan 2008 US CDC), 8 kematian di England dari tahun 2010-2016 dan 672 kematian lain-lain negara.

Pass-out challenge hanya satu permainan untuk berseronok tetapi bahaya yang akan mengundang. Kepuasan apapun saya sendiri tak pasti. Katanya hanya untuk menunjukan kehebatan dan keberanian. Ada yang kata boleh khayal (euphoric effect).

Hentikanlah!

Mohon ibubapa memantau anak-anak anda kerana Malang Tidak Pernah Berbau.

Sumber: FB Dr Zakimi

Apa Komen Anda?

One Comment