Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Pihak kerajaan Malaysia melalui NADMA telah bersetuju untuk menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM100 kepada pesakit COVID-19 yang terjejas kerana wabak tersebut.

Jom kita baca maklumat tentang bantuan khas NADMA ini.

bantuan khas covid 19 nadma 680x350 1 - Bantuan Khas untuk Pesakit COVID-19
Bantuan Khas COVID19 dari NADMA

Syarat Kelayakan

Bantuan ini hanya khas untuk mereka yang:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19

Saudara/i tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan

Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.

Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  2. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

Cara Pembayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara pembayaran atas talian / elektronik (Electronic Fund Transfer (EFT)) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan Khas Covid19 1024x436 - Bantuan Khas untuk Pesakit COVID-19

*****

Mohon sampaikan kepada kenalan lain

#bantuankhasCOVID19
#lawanCOVID19

Next Post

Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP

Mon Nov 16 , 2020
Share on Facebook Tweet it Pin it Email Secara amnya, perintah kawalan pergerakan merupakan satu langkah kesihatan awam yang diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan pandemik COVID19 di negara kita. Ramai yang masih keliru dengan istilah dan maksud seperti PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) dan […]
BEZA PKP PKPB 1024x576 - Bantuan Khas untuk Pesakit COVID-19