Bantuan #Smart Sihat Untuk Anak Selangor

bantuan smart sihat selangor
Dapatkan Bantuan Smart Sihat Selangor Sekarang!

Berita baik untuk anak Selangor! Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Bantuan #Smart Sihat untuk anak-anak Selangor.

Bantuan kesihatan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2009 untuk manfaat anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan membayar bil perubatan dan kesihatan.

Sehingga kini, bantuan ini telah diteruskan dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada golongan yang kurang berkemampuan di Selangor.

Apakah Jenis-Jenis Bantuan #Smart Sihat Yang Ditawarkan?

  • Bantuan untuk Dialisis Buah Pinggang
  • Bantuan untuk Katarak Mata
  • Bantuan untuk Pembedahan Kecil
  • Bantuan Kaki Palsu
  • Bantuan peralatan dan lain-lain rawatan yang dijalankan dihospital kerajaan
bantuan smart sihat selangor
Jenis-jenis bantuan yang ditawarkan.

Apakah Syarat-Syarat untuk Memohon Bantuan #Smart Sihat?

1.Pemohon mestilah LAHIR DI NEGERI SELANGOR atau BERMASTAUTIN MELEBIHI 10 TAHUN dengan pengesahan daripada Ahli Parlimen/ ADUN/ Penghulu/ Ketua Kampung/ JKKK Kampung/ Ketua Penduduk/ Ketua Komuniti.
2.Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000.00.
3.Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.
4.Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
5.Rawatan bagi KATARAK MATA, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA.
6.Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan.
7.TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.
8.Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.
9.Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan KAKITANGAN KERAJAAN / PENJAWAT AWAM tidak dipertimbangkan.
10.Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN.
11.TARIKH TUTUP PERMOHONAN bagi setiap tahun adalah sebelum 31 OKTOBER.

Cara Memohon Bantuan #Smart Sihat Selangor ini

  1. Layari laman web mereka di http://bantuansihat.selangor.gov.my/?
  2. Klik link Daftar Memohon di penjuru atas kanan di website tersebut.
  3. Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  4. Satu akaun baru akan dicipta jika permohonan anda lengkap.
  5. Log Masuk ke akaun baru anda menggunakan nombor kad pengenalan dan password yang anda berikan semasa pendaftaran secara online di atas.
  6. Kemudian, kemaskini data peribadi dan anda akan dibimbing di laman sesawang tersebut sehingga kepada permohonan bantuan yang anda perlukan.

Mudah sahaja bukan?

bantuan smart sihat selangor
Contoh Borang Pendaftaran

Siapa yang boleh saya hubungi untuk info lanjut tentang Bantuan #Smart Sihat Selangor?

  1. Boleh terus ke Pejabat mereka di :
    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN,
    UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI,
    TINGKAT 4, BANGUNAN SSAAS
    40503 SHAH ALAM
  2. Hubungi nombor telefon mereka: 03- 5544 7453 / 7099
  3. Atau emel mereka di -> sihatselangor@selangor.gov.my

Rebutlah peluang melalui bantuan kesihatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada anak-anak Selangor dan pemastautin tetap mereka.

Dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan.

DAR

bantuan smart sihat selangor

#bantuankesihatan
#tipskesihatan
#bantuansmartsihat
#bantuansmartsihatselangor
#smartsihatselangor

Apa Komen Anda?