GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

BAYI yang tinggal bersama PEROKOK adalah berisiko tinggi untuk terjadinya “Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut” dan teknologi tidak dapat mengelakkannya!

Kami melihat, setiap ibu bapa baru mempunyai ketakutan tentang Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome), yang lebih dikenali sebagai SIDS.
.
Ia adalah punca utama kematian bayi berumur satu bulan hingga satu tahun. Ianya membunuh bayi seramai 2,500 setiap tahun dalam tidur mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa memeriksa dan melihat jika bayi kita masih bernafas pada tengah malam.
.
Bolehkah kita menyalahkan ibu bapa bayi kerana menjadi paranoid mengenai sama ada anak-anak mereka masih hidup semasa tidur? Tidak sama sekali. Ini adalah normal.
.
Kami tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang mengapa SIDS berlaku, jadi sukar untuk mengetahui dengan tepat berapa banyak yang perlu dibimbangkan.
.
Risikonya adalah kurang, tetapi setiap ibu bapa diberitahu yang kita mesti sentiasa meletakkan bayi di belakang mereka untuk tidur dan mengekalkan persekitaran tidur yang selamat. Oleh itu, kita mengambil tindakan setiap hari dengan hanya meletakkan bayi kami untuk tidur dan pada masa yang sama mengelakkan berlakunya SIDS.
.
Teori terkini mengenai punca berlakunya SIDS adalah berdasarkan kepada “Tiga risiko:”

.

  1. Bayi tersebut mempunyai kecacatan otak atau masalah pernafasan.

  2. Mereka mencapai peringkat tumbesaran di mana pada ketika itu, fungsi badan mereka buat sementara waktu menjadi “kurang stabil”.

  3. Kemudian faktor dalam persekitaran bayi antaranya tinggal bersama perokok (bayi menjadi perokok pasif) atau tidur di atas perut (posisi meniarap) dan bukannya belakang mereka.

.


.
=====
Boleh Technologi membantu kita menghilangkan kebimbangangan itu?
=====
.
Kami faham kadangakala kita bimbang lebih daripada yang kita perlu;
.

“SIDS jarang berlaku sebenarnya”

.
Akan tetapi, mengetahui fakta tersebut, tidak akan dapat menghentikan kebimbangan ibubapa.
.
Suatu hari kami tertarik dengan iklan di Facebook, peranti yang berjanji untuk memantau anak anda semasa tidur dan mengelakkan berlakunya SIDS.
.
=====
Teknologi Tidak akan menyelamatkan Bayi Anda Dari SIDS
=====
.

A Gadget Won't Save Your Baby From SIDS.
Peranti, Owlet, adalah wireless dan sangat kecil sehingga boleh dimasukkan ke dalam sarung kaki mereka. Jika bayi anda berhenti bernafas, syarikat itu berkata, peranti akan mengeluarkan bunyi alarm. Anda boleh menyemak status bayi anda pada bila-bila masa telefon yang anda suka (dari bilik sebelah, ketika keluar atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja) untuk meyakinkan anda bahawa bayi anda masih hidup.
.
Iklannya kedengaran sangat menarik. Ia juga kedengaran seperti terlalu obsesis kepada penjagaan bayi anda: adakah anda benar-benar perlu untuk mengesan anak anda setiap kali bayi anda bernafas? Ia mungkin tidak perlu.
.
Ianya dijual pada harga USD 249, yang merupakan satu-satunya sebab kami tidak membelinya. Jika ianya berharga sekitar USD 20, kami yakin ia akan diletakkan sebaris sebagai alat standard penjagaan bayi seperti carseat, tempat tidur bayi, lampin dan lain-lain.
.
Owlet bukan satu-satunya alat untuk memantau bayi anda. Antara peranti lain adalah Sproutling (USD 299), Mimo (USD 199), dan Monbaby (USD 169) semuanya dengan tawaran untuk memberitahu anda bahawa bayi anda masih bernafas semasa tidur.
.
Peranti pesaing yang lain mempunya hanya sedikit perbezaan. Mimo dan Monbaby memantau pergerakan dada bayi anda; Sproutling membaca kadar jantung bayi; Owlet memantau oksigen di dalam darah dengan cara yang sama seperti alat yang dipakai di jari seperti di hospital.
.
Jadi adakah dengan mempunyai teknologi peranti ini akan membantu dalam kecemasan yang sebenar?
.
Owlet berkata ia akan memberi isyarat kepada ibubapa jika bayi mereka berhenti bernafas, tetapi ia tidak mengatakan apa yang perlu ibubapa tersebut lakukan apabila hal kecemasan itu berlaku.
.
Laman web Owlet tidak mengambil kira kemungkinan ini. Melalui senarai Soalan FAQ mereka hanya satu point mengatakan:
.

“Adakah Owlet menjamin keselamatan bayi saya? Tidak, … keselamatan bayi anda adalah tanggungjawab anda balas mereka.”

.
Selebihnya adalah soalan-soalan tentang perkara berkaitan alat peranti mereka.
.
Ini adalah pelik kerana untuk sesuatu yang dijual sebagai alat menyelamatkan nyawa: tidak ada arahan mengenai cara untuk menggunakannya demi menyelamatkan nyawa. Samada Owlet tidak pernah terfikir hal ini (hello, SIDS jarang berlaku ok), atau mereka yang keras kepala tentang hakikat bahawa produk mereka tidak dikawal selia atau tidak menepati piawaian untuk diluluskan sebagai alat perubatan.
.
Hanya kerana anda tahu bayi anda berhenti bernafas tidak bermakna anda boleh berbuat apa-apa. Kami bertanya Dr David King, pensyarah klinikal pediatrik di Universiti Sheffield, mengapa beliau tidak berfikir bahawa Owlet dan peranti yang lebih kurang dengannya adalah berguna untuk ibu bapa. Beliau menulis kajiannya di dalam kertas kerja jurnal perubatan The BMJ.
.
“Alat ini tidak pernah diuji dalam apa-apa cara yang bermakna,” kata Dr King.
Dalam erti kata lain, kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar dapat menyelamatkan nyawa bayi semasa tidur.
.
Pada 1970-an dan 1980-an, kajian menunjukkan bahawa alat pemantauan tidak dapat menghalang kematian SIDS, dan berkemungkinan tidak boleh.
.
Kajian pada tahun 1988 yang disiarkan dalam Annals of New York Academy of Sciences menyebut bahawa beberapa kematian berlaku semasa kajian pemantauan di mana bayi tidak dapat diselamatkan. Hanya kerana anda tahu bayi anda berhenti bernafas melalui gajet tidak bermakna anda boleh berbuat apa-apa.
.
=====
Jika alat peranti tidak membantu, adakah kita lebih baik tidak menggunakannya?
=====
.
Menggunakan alat peranti boleh membuatkan para ibubapa mengalami kebimbangan yang berlebihan, terutamanya jika ianya memberi amaran yang salah.
.
Para penulis kertas 1988 menyatakan bahawa alat peranti itu menyebabkan kebimbangan bayi mereka lemas semasa tidur meningkat di kalangan ibu bapa. Pada masa yang sama, alat tersebut adalah mahal dan rumit, dengan wayar yang berselirat dan boleh ter’disconnect’ pada bila-bila masa sahaja. Namun pada hari ini, alat peranti ini menjadi lebih mudah dan ringkas.
.
Pengasas Owlet menolak kebimbangan Dr. King dengan menyatakan bahawa dia bukannya seorang ibu bapa, dan dengan itu tidak boleh dikaitkan dengan kebimbangan yang berterusan seperti yang dinyatakan oleh Dr King.
.
“Saya tidak mengatakan ia perlu diharamkan atau apa-apa,” kata Dr King.
.
Beliau hanya mahu ibu bapa perlu tahu bahawa alat peranti seperti ini tidak “mempunyai peranan dalam hal perubatan,” dan bahawa pembuat peranti ini perlu mengelak daripada membayangkan apa yang mereka RASAKAN atau TAHU tanpa bertanya kepada pihak yang pakar.
.
Kami merasakan jika ibubapa itu bimbang dan membeli alat peranti ini maka adalah lebih baik baginya mempelajari cara-cara menyelamatkan nyawa bayi anda jika berlaku hal kecemasan. Bagaimana caranya?
.

  1. Daftar untuk kelas Infant First Aid dan CPR. Hospital dan jabatan bomba atau NGO sering menawarkan kelas ini.

  2. Mewujudkan persekitaran tidur yang selamat untuk anak anda, yang bermaksud meletakkan mereka di belakang mereka dengan tiada patung/bantal haiwan yang disumbat atau diletak sekitar mereka.

  3. Membaca tentang keselamatan kanak-kanak, selain semasa mereka tidur. Contohnya mereka boleh mencari sesuatu yang toksik/merbahaya untuk dimakan, jatuh basikal, dan membahayakan diri mereka dalam semua jenis cara yang menakutkan.

.
Selamat datang ke alam keibubapaan.
.
Kami tidak akan memberitahu anda untuk berehat dan terus berasa bimbang. SIDS adalah risiko yang benar, dan Kebimbangan keterlaluan mungkin juga adalah normal dalam fasa awal universal keibubapaan.
.
Yang terbaik boleh anda lakukan adalah dengan meminimakan risiko tersebut.

.
Kemalangan kereta juga adalah antara penyebab biasa kematian kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi kita tidak dapat mengelak daripada menaiki kereta. Apa yang kita perlu lakukan adalah memakai tali pinggang keledar dan memandu dengan selamat.
.
Jadi, jika anda berasa lega memeriksa bayi anda semasa tidur melalui teknologi/aplikasi peranti maka tidak mengapa. Teruskan.
.
Dan jika anda lebih gemar melihat dengan mata kepala anda sendiri keadaan bayi anda semasa tidur, itu juga adalah tidak mengapa.
.
Yang penting, kita perlu meminimakan risiko kemalangan nyawa dan tahu cara menyelamatkan nyawa bayi kita jika berlaku kecemasan.

 

.

Risiko Terjadinya SIDS

.

Sila kongsikan dan manfaatkan artikel ini kepada pihak lain ye. Syukran.

.

#DAR

Sumber: LifeHacker 

====

[optin-cat id=”2106″]

Apa Komen Anda?