GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Beat Your Sunday/Monday Blues!

7 Tips Memulakan Hari Pertama Bekerja Anda pada setiap Minggu:

✔1. Bangun awal sebelum Subuh untuk mendapatkan mood kerja yang baik. Suasana dingin dan segar membangkitkan mood ceria di pagi hari. (Jangan tidur balik selepas Solat Subuh pula)

✔2. Buat Things To Do, TTD setiap hari terutama hari Ahad/Isnin. Jika ada yang tidak sempat disiapkan maka bawa ke depan tetapi jangan suka menangguh!

✔3. Letakkan matlamat yang ingin dicapai pada minggu itu. Cth jika buat sales, berapa banyak yang boleh kita tingkatkan. Jika servis berapa ramai manusia yang dapat kita bantu.

✔4. Lakukan sedikit senaman ringan sebelum ke tempat kerja. Degupan jantung yang kuat selepas bersenam akan  melancarkan pengaliran darah ke otak dan memberikan anda kesegaran.

✔5. Ambil sedikit sarapan ringan sebelum memulakan kerja. Jangan bersarapan pada jam 9/10 pagi. Itu akan melambatkan produktiviti kerja anda seterusnya membuatkan semua orang stress dan anda menjadi MALAS.

✔6. Mulakan hari anda dengan senyuman ceria. Jangan biarkan logistik negatif menguasai senyuman anda.

✔7.  Biarkan cahaya matahari masuk dan menyinari ruang pejabat anda. Jangan biarkan diri anda menjadi kelawar jadian di siang hari.

Tahniah ! Jika anda amalkannya, Insyallah minggu anda akan berubah menjadi minggu yang menakjubkan.

DAR

Apa Komen Anda?