GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

|BENARKAH DOKTOR DAN MISI LARI MENINGGALKAN PESAKIT SEHINGGA PESAKIT MATI DI DALAM KEBAKARAN. INI YANG SEBENARNYA BERLAKU|

Hujung tahun lepas, berlaku sebuah kebakaran ambulans di India [1].
 
2016-10-25_210709
Berita tersebut menjadi sensasi kerana doktor dan jururawat yang berada di dalam ambulans itu melarikan diri meninggalkan bayi.
 
Bayi itu rentung di dalam kebakaran tersebut. Memang tragis.
 
Para netizen seluruh dunia mengutuk tindakan doktor dan jururawat tersebut yang dikatakan mementingkan diri sendiri.
 
Hakikatnya, doktor dan jururawat itu sendiri telah mengalami kebakaran pada tubuh badan mereka atau dipanggil BURN sebanyak 21 % dan 7 % setiap seorang.
 
Dengan peratusan kecederaan yang agak tinggi, kebarangkalian letupan berlaku dalam sekelip mata juga adalah tinggi.
 
Pihak berkuasa masih menyiasat punca dan dakwaan tersebut pada ketika itu.
 
Namun, hakim-hakim tidak bertauliah di media sosial terus membuat konklusi bahawa doktor dan jururawat tersebut BERSALAH meninggalkan bayi berkenaan.
 
======
TRAGEDI KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BHARU 25 OKTOBER 2016
=====
image
Seluruh negara berkabung di atas malapetaka yang berlaku kepada mangsa kebakaran di hospital pada pagi ini.
 
Enam orang mangsa yang kesemuanya adalah pesakit di Wad Kritikal ICU Selatan telah terkorban.
 
Lantas, staff hospital dipersalahkan oleh netizen media sosial kerana meninggalkan pesakit mati di dalam kebakaran.
 
Pelbagai spekulasi dan tomahan dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab kepada pihak hospital dan pihak berkuasa.
 
Siap ada yang mengugut bahawa jadikan peristiwa malang ini sebagai kenangan untuk diceritakan kepada anak cucu mereka bahawa mereka telah meninggalkan medan perang mereka.
 
Tanpa mengetahui apa-apa, bergantung sepenuhnya berita sensasi di media sosial, para netizen mengeluarkan pandangan dan kenyataan yang negatif terhadap pihak hospital kerana tidak bertanggungjawab semasa berlakunya kejadian malapetaka tersebut.
 
=====
APA YANG SEBENARNYA BERLAKU SEMASA TRAGEDI DI HSAJB?
=====
Image result for hospital sultanah aminah
Apabila berlaku sebarang bencana atau malapetaka, perkara yang pertama perlu mangsa lakukan adalah memastikan diri kita dalam keadaan selamat dahulu.
 
Sebagai contoh, jika kita menaiki kapal terbang, attendan kapal terbang akan melakukan demonstrasi keselamatan sebelum berlepas. Semasa situasi cemas dan alat pernafasan dikeluarkan, para penumpang perlulah memakai alat tersebut untuk diri mereka terlebih dahulu sebelum memasangnya kepada orang lain.
 
Semasa saya menyertai kursus menyelamat di dalam air, anggota bomba telah mengajar kami akan memastikan diri sendiri selamat terlebih dahulu sebelum kita menyelamatkan orang lain.
 
Pegawai bomba tersebut berpesan ada garis halus antara menjadi HERO menyelamatkan orang lain atau menjadi mangsa kedua dalam sebarang tragedi.
 
Yang membezakan kedua-dua senario ini adalah PENGALAMAN dan LATIHAN.
 
Di dalam kes kebakaran hospital ini, simulasi kebakaran telah dilakukan hospital, pelan tindakan kebakaran setiap tahun dibincang dan dikemaskini.
 
Prosedur evakuasi pesakit bergantung kepada ENAM perkara iaitu [2]:
1. Lokasi Kebakaran.
2. Magnitud kebakaran dan kemerebakan api/asap.
3. Adanya bahan-bahan mudah terbakar di tempat seperti oksigen,
alkohol dan lain-lain.
4. Jenis-jenis pesakit di wad.
5. Keberkesanan tindakan memadam kebakaran kecil.
6 Jika dalam keraguan, mengeluarkan arahan evakuasi lebih selamat daripada mengambil risiko walaupun kecil.
 
Para pesakit tidak akan ditinggalkan begitu sahaja. Staff hospital akan berusaha sedaya upaya menyelamatkan semua pesakit dan sesiapa sahaja di dalam bangunan hospital selagi termampu.
 
Pastinya, kebakaran di wad ICU tersebut pada hari ini berlaku dengan sekelip mata.
Buktinya, pesakit yang berjaya diselamatkan daripada ICU tersebut mengalami 80% kebakaran pada tubuh badan mangsa!
 
Tidak boleh dibayangkan bagaimana keadaan pesakit tersebut.
 
Bagaimana dengan jururawat wad tersebut?
 
Dua jururawat dan seorang bakal fisioterapi yang berada di wad tersebut semasa tragedi berlaku kini kritikal akibat terhidu asap tebal dan terbakar teruk semasa cubaan menyelamatkan pesakit mereka.
 
Jenis pesakit semasa kebakaran ini juga perlu diambil kira. Pesakit di wad ICU adalah jauh berbeza berbanding wad tulang / perubatan.
Pesakit ICU memerlukan perlatan oksigen, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pelbagai masalah lagi. Ini menyebabkan operasi menyelamat pesakit tersebut sukar dan merbahaya.
Kredit: Utusan Online
=====
KONKLUSI
=====
 
Selepas bencana banjir 2014, semua pihak terutama KKM sedar bahawa kami perlu bersedia menghadapi apa jua bencana dan malapetaka pada setiap masa dan keadaan.
 
Setiap tahun, garis panduan, pelan tindakan bencana akan dibincang dan dikemaskini setiap pihak yang terlibat.
 
Tuduhan yang dilemparkan kepada pihak hospital kerana mengabaikan pesakit sehingga terkorban di dalam tragedi buruk ini juga adalah SALAH sama sekali dan berbentuk FITNAH.
 
Netizen sekali lagi diseru untuk bertabayun dan bersangka baik terlebih dahulu apabila menerima berita. Lebih-lebih lagi jika berita tersebut datang daripada sumber yang FASIK.
 
Marilah kita berdoa agar Allah menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran yang kini kritikal dan mempermudahkan urusan pihak di sana.
 
Juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran yang terkorban di dalam tragedi pilu ini.
 
Jauhi spekulasi dan kontroversi,
banyakkan amal dan menghisab diri,
Insyallah tiada siapa yang rugi.
 
Sila SHARE kepada orang lain.
 
DAR
Mangsa Bencana Banjir 2014
drafiqrahim.com
 
#prayforhsajb
#OurHeroes
[optin-cat id=”2106″]
Rujukan:
1. http://www.sinarharian.com.my/global/bayi-baru-lahir-rentung-doktor-selamatkan-diri-1.461841
2. http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/pelantindakankebakaran2.pdf

Apa Komen Anda?