GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

SCAM KESIHATAN SIRI 4: KAD AJAIB ION NEGATIF+INFRARED DIDAKWA MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT

[BENARKAH KAD LA GENIUS SAVER DAN SEANGKATAN DENGANNYA BOLEH MEMBANTU PESAKIT DARI SUDUT KESIHATAN?]

Kebelakangan ini muncul pelbagai produk yang menjangkau bukti-bukti sains tepat atau dipanggil pseudo sains. Kebanyakkan produk-produk ini ditawarkan kepada pengguna sebagai alternatif kesihatan dan ada di antaranya menawarkan jaminan kesembuhan setelah digunakan.

Kad La Genius tidak terkecuali dalam hal ini.

 

Selain dikatakan mampu memberi penjimatan petrol dan elektrik, ianya juga dapat berfungsi untuk memberi manfaat kesihatan seperti merawat dan mencegah penyakit Kanser, Insomnia, Stress, Darah Tinggi, Lemah Jantung dan banyak lagi.[1]

Penjimatan Elektrik seperti yang didakwa telah dibuktikan pembohongannya oleh pihak Suruhanjaya Tenaga sendiri.[2]

Kad ajaib ini dikatakan mampu memberikan manfaat kesihatan kerana didakwa mempunyai gelombang Far-Infrared (FIR) dan Ion negatif (sehingga 3000 ion) yang dikhabarkan mempunyai peranan dalam bidang perubatan.

Persoalannya, bolehkah kad La Genius ini memberikan manfaat kesihatan melalui sekeping kad?

=====
Far Infrared (FIR) Dan Negative Ions (Ion Negatif) Dalam Perubatan
=====

Far Infrared merupakan salah satu gelombang elektromagnet. Di dalam gelombang Infrared Radiation (IR), hanya gelombang FIR yang menyalurkan tenaga dalam bentuk sinaran haba yang diterima oleh sel-sel penerima di dalam kulit manusia [3]

Aplikasi gelombang FIR di dalam bidang perubatan memerlukan pemahaman dan pengetahuan mendalam tentang interaksi antara Sinaran Elektromagnetik pada kadar FIR range dan struktur biologi (termasuk, sel, sel membran, sel cecair, DNA/protein) dan fungsi sistem kehidupan secara amnya.

Terdapat dua jenis terapi FIR dalam perubatan.

Yang pertama adalah FIR Sauna dan alat FIR yang dijana oleh kuasa elektrik. Jenis yang pertama dapat menghasilkan sinaran haba yang secukupnya (tens of mW/cm2) untuk pemanasan sel-sel tisu kulit.

An external file that holds a picture, illustration, etc.Object name is nihms426504f3.jpg
Alat Sinaran FIR Menggunakan Tenaga Elektrik

Jenis yang kedua pula adalah dalam bentuk ceramic disc, dan fabriks (ianya tidak menggunakan penjanaan tenaga daripada luar sebaliknya bergantung kepada tenaga badan). Jenis ini mempunyai sinaran haba yang rendah (0.1–5 mW/cm2) dan tidak dapat memanaskan sel-sel tisu.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya mempunyai kesan kesihatan yang hampir sama iaitu membantu kelancaran perjalanan darah[4]. Namun begitu, masih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keberkesanan kedua-dua elemen ini dan hipotesis di sebaliknya.

Tidak dapat dinafikan wujudnya kajian yang mengaitkan Ion Negatif serta kesannya kepada kesihatan seperti kesannya kepada emosi, fungsi otak dan pelbagai kesan lagi [5].

Akan tetapi masalahnya adalah kad ini tidak diketahui samada menghasilkan ion negatif atau positif. Untuk mendapatkan ion, anda perlu mendapatkannya daripada punca tenaga. Alat yang dapat menghasilkan ion negatif pula perlulah dikuasakan melalui soket.

Yang pasti, tiada satu KAD pun samada daripada pelbagai latar belakang syarikat pengeluar dapat dibuktikan oleh pakar-pakar tentang keberkesanan sinaran FIR serta Ion Negatif dalam bidang perubatan. Carian melalui PubMed, Google Scholar dan pelbagai jurnal perubatan antarabangsa lain gagal menemui sebarang kajian yang mengaitkan penggunaan kad FIR dan Ion Negatif beserta kesannya kepada perubatan.

=====
Kesimpulan
=====

Oleh itu, pengunaan kad ini tidak dapat membuktikan kesan kepada kesihatan seperti yang didakwa kerana tidak diketahui struktur sinaran di dalam kad tersebut samada benar-benar sinaran FIR atau tiada apa-apa langsung. Ianya juga tidak mempunyai sebarang kajian perubatan yang dapat mengaitkan keberkesanan KAD serta kesannya terhadap tahap kesihatan seseorang. Yang ada seperti biasa adalah testimoni pengguna sahaja sebagai bukti keberkesanannya.

Kajian lanjut saya mendapati, kad-kad ini sebenarnya dijual pada harga kos yang sangat murah di laman web seperti Alibaba.com dan boleh didapati dalam pelbagai versi dan dicetak mengikut permintaan pembeli.

2016-04-30_215822

Ini secara tidak langsung mewujudkan eleman keraguan dan elemen penipuan atas nama kesihatan untuk mengaut keuntungan melampau.

Masyarakat dinasihatkan berhati-hati agar tidak tertipu dengan produk-produk kesihatan yang menggunakan sains dan agama sebagai pelaris tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM.

#DAR
#medicalmythbusted

Rujukan:
1. Soalan Lazim Kad La Genius, http://lageniussaver.zatnet.biz/soalan-lazim
2. Kad Jimat Tidak Berkesan, https://www.tnb.com.my/assets/newsclip/20032016b.pdf
3. Plaghki L, Decruynaere C, Van Dooren P, Le Bars D, The fine tuning of pain thresholds:a sophisticated double alarm system. PLoS One. 2010 Apr 23; 5(4):e10269.
4. Fatma Vatansever, Michael R. Hamblin, Far infrared radiation (FIR): its biological effects and medical applications. Photonics Lasers Med. 2012 November 1; 4: 255–266. Published online 2012 October 16. doi: 10.1515/plm-2012-0034

5. L. H. Hawkins, Negative Ions and Positive Vibes, Technology Review, Jan 1983 v86 p74(1).

Apa Komen Anda?