Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Secara amnya, perintah kawalan pergerakan merupakan satu langkah kesihatan awam yang diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan pandemik COVID19 di negara kita.

Ramai yang masih keliru dengan istilah dan maksud seperti PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) dan PKPDB (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar).

xfl4jzy3 1280 1024x576 - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
PKP, PKPD dan PKPB, apa bezanya? Kredit gambar: Sinar Harian

Mari kita fahami perbezaan setiap istilah perintah pergerakan tersebut.

1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PKP merupakan satu langkah pencegahan melalui kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

PKP merujuk kepada :

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Dengan kata lain, semua sektor dihentikan operasinya serta merta kecuali sektor kesihatan, keselamatan dan sektor ekonomi yang terpilih.

pkp2 1024x1024 - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP

2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

PKPD merujuk kepada arahan “Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)” selama 14 hari agar kerajaan dapat menjalankan langkah-langkah kesihatan awam dengan lebih teliti terhadap semua penduduk, dalam usaha membendung penyebaran pandemik ke luar kawasan tersebut.

Antara perintah di bawah PKPD:

  1. Semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah itu;
  2. Bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang tertakluk kepada perintah itu;
  3. Semua perniagaan ditutup;
  4. Bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk;
  5. Pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan itu;
  6. Semua jalan ke kawasan itu disekat dan pihak PDRM, ATM, APM & RELA akan mengawal seluruh kawasan tersebut.
PKPD 709x1024 - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Kredit gambar: FB Page PPPKAM
PKP vs PKPD - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Beza PKP dan PKPD

3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar (PKPDB)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan Bersasar (PKPDB) ini adalah sama dengan PKPD yang dijelaskan di atas tetapi lebih fokus kepada satu lokaliti seperti kampung, asrama, pejabat dan tidak melibatkan semua zon / mukim.

PKPDB penjara alor setar.transformed - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Contoh PKPDB di Penjara Alor Setar

4. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah perintah yang memberi kelonggaran syarat-syarat PKP tertentu untuk membuka semula ekonomi negara secara terkawal. 

Syarat-syarat baharu dalam PKPB termasuk:

  1. Hampir semua sektor dan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sambil memperhatikan Prosedur Operasi Standard (SOP) perniagaan yang merangkumi penjarakan sosial dan mencatat nama dan nombor telefon pelanggan dan tarikh lawatan mereka;
  2. Aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan besar, sentuhan badan dan risiko jangkitan lain tidak dibenarkan, termasuk semua acara sukan dalaman dan stadium. Kegiatan sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan badan dengan kumpulan kecil tanpa penonton dan tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dilakukan;
  3. Acara sosial, komuniti dan budaya yang melibatkan perhimpunan besar serta semua jenis acara dan perhimpunan rasmi adalah tidak dibenarkan. Aktiviti keagamaan dan semua aktiviti berjemaah atau perhimpunan di rumah ibadat juga tidak dibenarkan;
  4. Perjalanan antara negeri, termasuk tradisi balik kampung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kerja dan pulang setelah terkandas di kampung halaman atau di tempat lain.
PKPB 1 - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Antara SOP dalam PKPB
PKPB - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Aktiviti yang dilarang di kawasan yang dikenakan PKPB

5. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merupakan fasa pemulihan dari pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Disember 2020.

pkpp 1024x1024 - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Kredit: Selangor Task Force

6. Secara Ringkas

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tiada pergerakan dibenarkan sama sekali kecuali yang diberikan pelepasan seperti Frontliners. Dilaksanakan secara menyeluruh sekiranya kes meningkat dengan mendadak dan penularan kes bertaburan dalam komuniti dengan meluas.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Kawalan pergerakan sepenuhnya di satu-satu zon / kawasan. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika penularan kes naik mendadak dan secara berselerak di dalam komuniti setempat.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB)

Kawalan pergerakan penuh di kawasan setempat terpilih yang terbabit kes Covid-19 seperti di kampung, asrama, dan perumahan dalam radius yang kecil. Sama seperti PKPD, cuma kawasan penguatkuasaan lebih kecil.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Kawalan pergerakan yang lebih longgar daripada PKPD dan PKP dengan mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya, dan pemantauan premis ke premis.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya.

Namun, orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai dan kerap mencuci tangan.

PKPD PKPB PKPDB - Beza antara PKP, PKPD, PKPDB, PKPB dan PKPP
Kredit: NCER

***Syarat atau perintah PKP di atas, boleh berubah-ubah bergantung kepada situasi semasa atau tekanan politik. Oleh itu, pembaca disarankan merujuk maklumat atau infografik terkini dari pihak Majlis Keselamatan Malaysia.

Semoga bermanfaat

Sumber:

  1. Majlis Keselamatan Negara, MKN
  2. Persatuan Pakar-Pakar Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
  3. NCER
  4. Selangor Task Force

Leave a Reply

Next Post

VAKSIN COVID19 DARI MODERNA HAMPIR 95% BERKESAN

Tue Nov 17 , 2020
Share on Facebook Tweet it Pin it Email Syarikat Amerika, MODERNA mendakwa VAKSIN mereka berkesan! Firma bioteknologi Amerika Syarikat iaitu Moderna pada hari Isnin lepas telah mengumumkan percubaan vaksinnya terhadap Covid-19 mencapai keberkesanan atau tahap efektif sebanyak 94.5 peratus. Moderna mengeluarkan hasil awal dari kajian percubaan klinikal terhadap lebih daripada […]
vaksin covid19 moderna