GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Biarkan anak anda menjadi GEMUK sekarang supaya anda sekeluarga dapat menanggung SUSAH di kemudian hari nanti.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, saya ke sebuah restoran makanan Korea meraikan hari jadi isteri tersayang. Semasa di sana, kami duduk berhampiran dengan satu keluarga yang bersaiz XXXL. Namun fokus saya sedikit terganggu melihat anak-anaknya yang turut bersaiz XXXL.

Seperti biasa, ibu dan ayah leka bermain gajet manakala anak-anak dibiarkan mengambil makanan mereka sendiri mengikut nafsu masing-masing (Restoran Style Bufet). Lebih merisaukan makanan yang diambil oleh kanak-kanak tersebut hampir 70% adalah dessert atau makanan manis.

Hmm……gaya hidup pemakanan sebegini amat membimbangkan dan lebih parah jika ibubapa juga tidak risau akan kesihatan dirinya.

Duhai para ibubapa, apakah anda mahu anak-anak anda menjadi bahan ejekan di sekolah? Anda mahu anak-anak anda mengalami diabetes dan sakit jantung pada usia muda?

Oh tak mengapa, saya tahu anda ‘sangat gembira’ melihat anak-anak anda mewarisi penyakit-penyakit anda.

Nak tahu apakah kesan dan masalah yang bakal anak-anak anda alami nanti?

Kita sekali lagi menampilkan Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah untuk berkongsi tajuk pada hari ini iaitu

[typography font=”Cantarell” size=”24″ size_format=”px”]Obesiti di Kalangan Kanak-kanak[/typography]

=================================================================================================

Pengenalan

Masalah obesiti di Malaysia masih berterusan. Kita bukan sahaja melebihi seantero Asia Tenggara, malahan kanak-kanak kita juga sama seperti mereka di mana setiap lima orang-yang-bersekolah akan mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.

Di kalangan dewasa, Indeks Jisim Badan (BMI) dikira berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang, dan ia merupakan indikator lemak badan yang boleh dipercayai. Di kalangan kanak-kanak pula, ia tidak semudah yang difikirkan kerana peratusan lemak badan kanak-kanak berbeza mengikut jantina, umur dan juga tahap kedewasaan (akil baligh) mereka. “American Academy of Paediatrics”menyarankan agar penggunaan BMI (Indeks Jisim Badan) bermula dari usia dua tahun ke atas. Penggunaan Indeks Jisim Badan mengikut peratusan umur digunakan untuk mentafsir angka,di mana jantina dan umur kanak-kanak tersebut telah diambil kira. Walau bagaimanapun, untuk menentukan sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan, suatu penilaian lebih lanjut perlu dilakukan, seperti mengukur ketebalan kulit yang berlipat-lipat dan juga mendapatkan sejarah pemakanan kanak-kanak, aktiviti fizikal malahan sejarah keluarga.

Faktor-faktor risiko

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti  sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik, dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak oleh penjaganya[/typography] . Selalunya, kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh masa, di mana terdapat kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak. Pelbagai rangkaian makanan segera yang banyak,menawarkan makanan mudah capai di mana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi  rendah , menyebabkanmereka yang obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah. Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang ke arah gaya hidup lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan menunggang basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengantablet dan ‘PlayStation’. Ketidakstabilan dalam pengambilan berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal akan menyebabkan kepada ketidakseimbangan kalori atau lebihan kalori secara spesifik.

Apabila kanak-kanak mengalami kalori yang berlebihan, kandungan kalori yang berlebihan dan tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak.

Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami berat badan berlebihan atau obes. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat  70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obes. Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk kanak-kanak untuk menjadi obesiti. Sebelum kita menyalahkan gen kita, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan dipelajari  oleh kaum keluarga.

Komplikasi

Mengapakah hal tentang obesiti kanak-kanak ini hangat diperkatakan? Bukankah lebih bagus jika mereka berkembang dan membesar? Malangnya, pembesaran yang tidak normal bukanlah selalunya baik. Banyak kajian menunjukkan kesan-kesan buruk tentang berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak untuk jangka masa panjang dan juga pendek. Membenarkan anak-anak kita menjadi obes samalah seperti mengundang pelbagai komplikasi termasuklah [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]komplikasi hati, penyakit jantung, masalah pernafasan, kerosakan sendi, asma, Diabetes Jenis 2 dan berkemungkinan akan meletakkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat beberapa jenis kanser beberapa tahun mendatang[/typography] . Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko tinggi terhadap stigmatisme sosial yang boleh membawa kepada perkembangan akademik dan juga sosial yang lemah hingga ke alam dewasa kelak.

Apakah tindakan wajar ibubapa?

Di sini terdapat beberapa cadangan yang praktikal agar ibubapa mahupun penjaga boleh mengaplikasikan dalam mengekang atau membantu anak-anak yang mengalami berat badan berlebihan/obes:

  • Membuat Pemilihan Pemakanan Yang Baik
  • Sedari awal, penyusuan badan dapat melindungi obesiti pada tahun-tahun akan datang
  • Galakkan kanak-kanak untuk memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
  • Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protein
  • Hadkan pengambilan lemak tepu, minuman manis dan lain-lain manisan
  • Pilih penyediaan makanan sihat iaitu mengukus, memanggang, membakar berbanding dengan menggoreng
  • Berikan bahagian makanan yang bersesuaian dan jangan memaksa mereka untuk makan sekiranya mereka telah kenyang (kebiasaannya,kanak-kanak tahu apabila mereka telah pun kenyang)
  • Galakkan mereka untuk minum banyak air suam

Bantu kanak-kanak untuk kekal aktif

  • Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya 30 minit sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal ataupun lompat-tali.
  • Kurangkan masa yang dihabiskan di hadapan TV televisyen, bermain permainan atau melayari web untuk tidak lebih daripada 2 jam sehari

Dapatkan lebih banyak informasi

  • Ibubapa boleh memperkasakan diri secara pro-aktif dengan mencari lebih informasi tentang gaya hidup sihat melalui buku-buku atau tulisan-maya dan disediakan oleh sumber-sumber yang telus

Kesimpulan

Jelas sekali, dalam mengekang atau menyelesaikan masalah ini, pelbagai agensi perlu bekerjasama dengan masyarakat untuk memudahkan para keluarga untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]perubahan boleh dilakukan dan bermula dari rumah[/typography]  kerana keluarga adalah nukleus kepada masyarakat dan ibu bapa / penjaga perlu menunjukkan contoh yang baik.

Sekiranya anda merasakan bahawa anak anda mungkin mengalami berat badan berlebihan atau obes, sila dapatkan nasihat professional daripada pengamal kesihatan professional setempat anda. Terdapat pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak gemuk cenderung untuk menjadi obes apabila dewasa nanti.

Adalah lebih baik untuk menangani isu ini ketika mereka masih muda untuk mengelakkan atau mengurangkan komplikasi obesiti yang tidak diingini.

=========================

Artikel ini diterjemah dari http://www.mmgazette.com/childhood-obesity-dr-alya-hamzah/ oleh Raja Myzatul Azaria.

Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah dan sedang dalam persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik. Beliau menegaskan bahawa perjalanan ke arah kesihatan yang baik adalah perlu diterajui bersama antara doktor dan pesakit. Kenali beliau lebih lanjut dalam lama The Team.

Rujukan:

  • Balkish Mahadir Naidu BSc, Siti Zuraidah Mahmud MPH, Rashidah Ambak BSc, Syafinaz Mohd Sallehuddin BSc, Hatta Abdul Mutalip BSc, Riyanti Saari MSc,Norhafizah Sahril BSc, Hamizatul Akmal Abdul Hamid BSc. Overweight among primary school age children in Malaysia, 2013. Asia Pac J Clin Nutr. 2013; 22(3):408-15.
  • Ogden CL, Carroll MD, Curtin LR, McDowell MA, Tabak CJ, Flegal KM. Prevalence of overweight and obesity in the United States, 1999-2004. JAMA 2006; 295(13):1549–1555
  • Mohd Ismail MN, Norimah AK, Poh BK, Nik Shanita S, Nik Mazlan M, Roslee R, Nurrnnajiha N, Wong JE, Nur Zakiah MS, Raduan S. Prevalance and trends of overweight and obesity in two cross-sectional studies of Malaysian children, 2002-2008. MASO Scientific Conference on Obesity; 12-13 August; Kuala Lumpur, Malaysia 2009.

Obesiti di Kalangan Kanak-kanak – Dr. Alya Hamzah.

Apa Komen Anda?