Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia

Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia

29th April 2016 Off By Dr Afiq Rahim

[Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia]
.
=====
Anak Kambing Menyerupai Manusia
=====
13062055 1025888257493225 5275291380019930101 n - Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia
Baru-baru gempar apabila viral seekor anak kambing yang baru dilahirkan menyerupai manusia di Johor.
.
Ada pihak mengatakan bahawa ianya terjadi kerana ibu kambing telah dirogol oleh manusia yang gagal mengawal nafsu syahwatnya.
.
Lalu bermacam-macam andaian dikeluarkan pihak-pihak lain.
.
Persoalannya, bolehkah wujudnya makhluk separa manusia separa haiwan?
.
Saya ingin mengajak para pembaca memahami asas dalam molekular genetik yang diterangkan oleh Profesor Shaharum Shamsudin, Pakar Biologi Molekular USM.
.
=====
Kromosom Kambing Dan Manusia adalah Tidak Sama
=====
.
Mari kita kembali kepada pemahaman asas. Untuk persenyawaan berlaku memerlukan gamet (benih) dari haiwan jantan dan betina.
.
Kambing adalah haiwan ruminan kecil yang mempunyai kromosom 60 (2n – Diploid). Manakala manusia pula mamalia yang mempunyai 46 kromosom (2n – Diploid).
.
Dalam penghasilan gamet (benih) secara normal bilangan kromosom akan menjadi separuh (haploid – n) melalui satu proses pembahagian sel yang kita panggil meiosis.
.
Dalam proses meiosis bilangan kromosom ini di separuh kan sebagai persediaan untuk percantuman dengan gamet haploid (n) pasangan nya supaya selepas persenyawaan zigot/embrio yang terbentuk bersedia sebagai diploid semula (n + n = 2n) dan berkembang sebagai anak yang normal.
.
Nah, sekarang kita lihat seekor kambing mempunyai kromosom 2n = 60 dengan gametnya (n) menjadi 30. Manakala manusia pula mempunyai kromosom 2n = 46 dengan gametnya (n) sebagai 23.
.
Percantuman kedua dua gamet semasa persenyawaan (jika benar benar berlaku) akan menghasilkaan zigot yang punyai kromosom 53 (2n).
.
Secara logik akal mana mana ahli genetik haiwan akan berpandangan komposisi 2n yang ber angka ganjil mustahil untuk berkembang dalam peraturan azali sistem pembiakan (not a viable zigot) dan paling nasib baik pun berkembang ke pembahagian sel ke 32 dan selepas itu zigot itu akan mati.
.
Oleh itu, adalah mustahil untuk melepasi tahap pembahagian sel lengkap sehingga terbentuk janin dan apa lagi di lahirkan sebagai makhluk (seperti gambar yang tersebar beberapa hari lepas).
.
=====
Kesimpulan
=====
.
WAllahu a’lam segala-galanya adalah ketentuan Allah dan sebagai seorang muslim tentu saja kita tidak dapat menyangkal kekuasaan Allah SWT.
.
Secara peribadi Profesor Shahrum beranggapan makhluk yang di lahirkan oleh kambing di dalam gambar tersebut adalah anak kambing yang mengalami malformasi (genetic defect) yang beliau kira BUKAN kali pertama berlaku.
.
Sudah pasti, terdapat kes sebegini yang terjadi di tempat tempat lain di pelusuk dunia ini. Cuma mungkin kita sahaja yang tidak tahu.
.
Beliau masih berpegang kepada konsep asas genetik pembiakan yang meletakan tahap mustahil untuk terhasilnya kacukann hibrid manusia-ruminan/haiwan hatta melalui bantuan aplikasi bioteknologi pembiakan apalagi jika ianya berlaku secara tabi’e.
.
DNA anak kambing tersebut telah diambil untuk ujikaji dan siasatan lanjut.
.
Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
.
Sumber:
Prof Dr Shahrum Shamsuddin
Molecular Biologist
School of Health Sciences
Universiti Sains Malaysia
.
Suntingan DAR
.

[optin-cat id=”2106″]
‪#‎medicalmythbusted‬
‪#‎infomedikdar‬
‪#‎medtweetmy‬

Apa Komen Anda?