Braised Beef Noodle Soup

Braised Beef Noodle Soup – Malay and Halal version with Secret Recipe

79507724 10157270025806896 372735309399457792 o.jpg? nc cat=110& nc oc=AQk2PRXjDzWCss24mRqQFkyZPqMU2xBsuRfagA5KUzN z3Z Yt3VaGPcfRayxgseDFo& nc ht=scontent.fkul14 1 - Braised Beef Noodle Soup
Braised Beef Noodle Soup – Halal Version

Isteri ada halaqah di rumah bersama teman-temannya.

Jadi kami bercadang untuk buat sedikit jamuan dengan hidangan berasaskan daging.

Lama daging korban tak terusik di dalam Peti Sejuk.😅

Hmm…. Lauk daging apa yang sedap tetapi mudah.

Cari punya cari resepi sekali teringat pernah menonton video Taiwan Braised Beef Noodle di YouTube.

Lihat resepi, oh memang mudah.

Tidak renyah orang tua kata.

Apa lagi, kami suami isteri bersilat di dapur.

Alhamdulillah, dengan adanya teknologi pressure cooker, semuanya sepantas 30 minit sahaja memasak daging sehingga empuk. ☺️

Rezeki lebih, kita kongsikan.

======

Resepinya:
1. Tulang Rusuk Lembu 700g
2. Chili / Sweet Bean Paste
3. Cili Kering 8 tangkai
4. Daun Bawang 3 tangkai
5. Bunga Lawang 3 biji
6. Kayu Manis 1 batang
7. Bawang merah 3 biji dihiris
8. Bawang putih 3 biji dihiris
9. Halia dihiris kepingan
10. Lada Hitam 3 sudu kecil
11. Lada sulah
12. Minyak masak.
13. Daun Ketumbar
14. Kicap Soya Pekat.

Hiasan:
1. Daun bawang dan daun sup.
2. Cili padi.
3. Sayur Sawi.

Cara masak:
1. Celur daging dalam air mendidih dan toskan.
2. Goreng bawang merah, bawang putih, Halia, bunga Lawang, kayu manis dan cili kering sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yang sudah dicelur tadi bersama air sebanyak 1.5 liter.
4. Masukkan daun bawang yang di potong panjang dan chili bean paste sebanyak dua sudu besar dan kicap.
5. Masak pada api perlahan selama dua jam.
6. Tabur lada sulah dan daun ketumbar selepas siap masak untuk menaikkan aroma wanginya.
7. Celur mee kuning dan letak perkakas hiasan di atas pinggan besar bersama sekeping tulang Rusuk yang empuk dan berempah itu.

78335436 10157270026176896 8517558195424591872 o.jpg? nc cat=107& nc oc=AQnfhI8F4SnRmospNJcHE3egqgifM NqXbka8UNSfZdNTqpryIBKnJg4deTOUKodyZ4& nc ht=scontent.fkul14 1 - Braised Beef Noodle Soup
Masukkan semua bahan ke dalam periuk pressure cooker dan masak sehingga daging empuk

Siap untuk dimakan 😊

Slurrrrrrrpppp……..

Bon Appetite 🍽️

79815001 10157270025896896 2594708894496325632 o.jpg? nc cat=108& nc oc=AQn fk02 peTdtW5gWtOITwrKGFbslk6PFjV V2AWy984ND6YsEjE258FJdowUWvphw& nc ht=scontent.fkul14 1 - Braised Beef Noodle Soup
Sedap sehingga menjilat jari

#DAR
#doktorchef
#braisedbeefnoodlesoup

Dr Afiq Rahim

A public health trainee, health content creator, sophisticated investor and father of a beautiful family. I love sharing ideas and my thoughts in this personal blog. Feel free to share your ideas and thought too in this blog.