9 Cara Mengesan Kamera Tersembunyi Melalui Telefon Bimbit Kita

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

Di zaman fitnah ini, kita perlu sentiasa berhati-hati. Hidden Camera boleh dipasang di mana-mana kita berada.

Kamera tersembunyi adalah salah satu cara untuk memerangkap manusia.

Pernah menonton filem Enemy of State lakonan Will Smith?

Jika anda pernah menontonnya, anda tahu bahawa tiada tempat mustahil untuk kamera tersembunyi merakam aktiviti kita.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

Jika kita menetap di hotel, homestay bahkan rumah kita sendiri, kita boleh pastikan kewujudan kamera ini di dalam tempat tinggal kita.

Bagaimana mengesan ‘hidden camera’menggunakan telefon kita dan beberapa tips lain?

Jom ikuti thread di bawah.

1. Gunakan camera telefon.

Buka aplikasi camera di dalam telefon.

Pastikan Camera telefon kita boleh mengesan cahaya infra red. Kamera selfie biasanya boleh mengesan cahaya tersebut.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

2. Periksa kebolehan mengesan cahaya infrared dengan tiga cara menggunakan TV remote controller.

Caranya:

i. Halakan remote TV ke arah kamera kita.
ii. Tekan mana-mana butang di remote TV kita.
iii. Periksa pantulan cahaya infrared dari remote TV di dalam kamera kita.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

3. Tutup lampu dan biarkan bilik Gelap sepenuhnya.

Jika ada cahaya dari luar tingkap, tarik langsir untuk menutupinya.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

4. Periksa keseluruhan kawasan bilik menggunakan kamera tersebut.

Antara kawasan wajib diperiksa adalah:

  • alat pengesan asap
  • aircond
  • TV
  • perabot
  • plug elektrik
  • dinding yang berlubang.
Cara Mengesan Kamera Tersembunyi
Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

5. Boleh juga menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Glint Finder untuk mengesan kamera tersembunyi.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

6. Kita juga boleh gunakan cara mengesan kamera tersembunyi dengan Wifi.

Caranya dengan membuka Wifi dan periksa senarai Wifi utama yang ada.

Kemudian, berjalan di sekeliling bilik untuk mengesan signal kecil daripada

Wifi tersembunyi yang menghubungkan kamera tersembunyi wireless dengan peranti utama.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

7. Memahami anatomi kamera tersembunyi.

Semua kamera akan tetap mempunyai lensa kamera untuk merakam video atau gambar.

Namun, kamera tersebut mungkin sahaja tidak mempunyai wayar.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

8. Berhati-hati jika ada cermin atau dekorasi bilik di tempat yang pelik atau menghadap pusat aktiviti harian di bilik.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

9. Periksa patung-patung yang diletak dalam posisi yang mencurigakan dan jam dinding juga.

Kadangkala, mata patung tersebut dan skrew di jam dinding boleh menjadi tempat untuk kamera tersembunyi.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

Kesimpulan

Kamera tersembunyi jika digunakan untuk tujuan baik maka baiklah hasilnya. Jika untuk tujuan buruk maka membawa bala bencana.

Dan dalam Islam, kita ditegah mengintip dan menyebarkan keaiban orang lain.

Cara Mengesan Kamera Tersembunyi

Satu lagi cara paling ampuh untuk kita sentiasa berhati-hati adalah mengingati kamera Allah 24 jam merakam aktiviti kita.

Hatta dosa sebesar zarah akan tetap terakam dan dipertontonkan kepada kita di Padang Mahsyar kelak.

Jika kita sentiasa berfikir Allah melihat perbuatana kita, apakah kita masih ingin berbuat dosa?

Kongsikan artikel bermanfaat ini.

#tipsmengesankameratersembunyi

Apa Komen Anda?