Cara Mudah Mendaftar MySalam

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion.

Peruntukan dana yang banyak untuk Skim MySalam ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.

Sama juga konsepnya seperti Bantuan Sara Hidup, kerajaan telah menyasarkan skim ini mampu memberi manfaat kepada 4.1 juta golongan B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18-55 tahun.

Jenis Bantuan Skim My Salam Skim Perlindungan Nasional B40

Bantuan yang diberikan dalam Skim Perlindungan Nasional B40 ini termasuklah:

  1. Bayaran sehingga had maksimum RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  2. Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital.

Skim ini dianggarkan akan menawarkan perlindungan perubatan selama 5 tahun untuk kumpulan yang disasarkan.

Kumpulan sasaran tersebut adalah golongan isi rumah B40 yang merupakan individu berumur di antara 18 hingga 55 tahun melibatkan 3.68 juta individu.

Siapakah Yang Layak Memohon Skim MySalam

Semua penerima skim Bantuan Sara Hidup rakyat (BSH) layak memohon Skim MySalam.

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Sila klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan dan kriteria Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Manfaat Yang Diterima oleh Penerima MySalam

Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar.

Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.

  1. Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal. Rujuk gambarajah di bawah.
  2. Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  3. Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.

36 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi bawah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019
Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Tarikh Pendaftaran MySALAM

Untuk anda yang layak bolehlah mula mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini apabila pendaftarannya dibuka kelak.

Berikut merupakan tarikh pendaftaran untuk skim ini dibuka Tarikh Pendaftaran Skim MySalam Dibuka: Mulai esok 1 Mac 2019 .

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Pendaftaran (permohonan) secara atas talian/ online boleh dilakukan tanpa menggunakan borang kertas dan tidak perlu melakukan pemeriksaan perubatan untuk mendapatkan pengesahan kelayakan.

Daftar di sini : Laman Web Rasmi mySalam

Semua penerima yang berkelayakan mendapat skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Penerima yang berkelayakan boleh memfailkan tuntutan mereka melalui saluran yang sama (Laman Web Rasmi mySalam)

Bagaimana untuk Membuat dan Menerima Tuntutan MySalam

Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan).

Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Semua tuntutan yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.

Kemudian untuk menerima tuntutan tersebut, pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan dan kriteria Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Skim MySalam ini Patuh Syariah

Menurut pihak pengendali Skim ini iaitu Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), skim ini adalah skim patuh Syariah, kerana produk yang diperkenalkan di bawah Skim ini adalah produk takaful dan diuruskan mengikut undang-undang Syariah.

Kesimpulan Skim MySalam

Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

Apa Komen Anda?