CARA MUDAH PENDAFTARAN SKIM MYSALAM 2020 UNTUK GOLONGAN M40

GOLONGAN M40 DENGAN PENDAPATAN KURANG RM100 RIBU SETAHUN KINI LAYAK MENDAFTAR SKIM TAKAFUL PERCUMA MySALAM 2020

SKIM MYSALAM 2020

Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula 11 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020 depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.

skim mysalam 2020
Apa itu MySalam

Pesakit Coronavirus turut dilindungi dalam Skim mySalam 2020

Menurut Menteri Kewangan lagi, perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 bermula 1 Januari 2020, kerajaan memutuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.

Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal termasuk polio daripada 36 sebelumnya.

Tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Menteri Kewangan

Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun ini.

skim mysalam 2020

Bagaimana Golongan M40 boleh memohon SKIM MYSALAM 2020?

Permohonan dibuka sehingga 31 Mac ini.

Caranya mudah sahaja.

Untuk pendaftaran, layari laman sesawang mySalam dan klik pada pautan ‘Pendaftaran Penerima Bukan BSH’.

Kemudian lengkapkan borang permohonan online dan muat naik salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

Seterusnya klik butang “HANTAR

Penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing selepas 31 Mac 2020.

mysalam - CARA MUDAH PENDAFTARAN SKIM MYSALAM 2020 UNTUK GOLONGAN M40
Proses Tuntutan MySalam

Perbezaan Skim mySalam 2019 dan mySalam 2020

1. Skim MySalam adalah skim perlindungan takaful kesihatan PERCUMA yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

2. Jika seseorang menghidapi salah satu ‘penyakit kritikal’ yang disenaraikan, dan didiagnos dan dirawat di Hospital Kerajaan, orang itu boleh menerima manfaat daripada MySalam ini.

Perluasan dalam Skim mySalam
Perluasan dalam Skim mySalam

3. Bayaran yang dibuat adalah sehingga RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada penyakit kritikal.

Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

5. Sebelum ini, skim ini hanya untuk mereka yang berumur sehingga 55 tahun sahaja. Kini untuk tahun 2020 telah ditingkatkan kepada mereka yang berumur sehingga 65 tahun.

Senarai 45 Penyakit yang dilindungi Skim MySalam
Senarai 45 Penyakit yang dilindungi Skim MySalam

6. Senarai penyakit kritikal juga telah diperluaskan daripada 36 penyakit, kepada 45 penyakit.

7. Di samping itu, mereka yang layak juga telah diperluaskan kepada golong M40 juga, iaitu untuk mereka yang berpendapatan tahunan sehingga RM100,000 setahun.

Perubahan dalam Skim Mysalam 2020
Perubahan dalam Skim Mysalam 2020

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata perluasan skim itu membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati perlindungan takaful kesihatan yang disediakan kerajaan Pakatan Harapan.

Jom pakat-pakat kita sebarkan.

#mysalam2020
#skimmysalam2020