GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Pasangan suami-isteri ini terkejut selepas doktor mengetahui RAHSIA mereka berdua yang tersimpan kemas selama ini.

Jam di dinding terus berdetak-detak…..

Jarum sudah berada pada angka 3 petang itu. Keadaan di sebuah klinik kesihatan di pinggir Sungai Kelantan sedikit reda berbanding pagi yang dibanjiri para pesakit. Ditambah dengan kehadiran pakar perubatan, menyebabkan kesesakan luar biasa pesakit di ruang menunggu. Bibit-bibit keresahan dan amarah mula menjelma pada jam 123o tengahari tetapi diredakan dengan kesantunan petugas kesihatan.

Seorang doktor menjemput masuk sepasang couple yang baru bernikah ke dalam biliknya. Lalu dibuka buku bewarna pink dan dibelek-belek tahap kesihatan ibu muda tersebut.

Seorang ibu muda dalam lingkungan awal 20-an hadir pada hari ini untuk pemeriksaan ultra-sound ke atas kandungannya. Berpakaian sopan dan menutup aurat seeloknya. Suaminya juga duduk di sebelah pasanganya. Biasalah anak pertama. Kedua-duanya teruja nak melihat bayi pertama mereka.

Doktor: Assalamualaikum, apa khabar puan?

Ibu Muda: Waalaikumsalam. Alhamdulillah sihat doktor.

Doktor: Hari ini datang untuk scan perut ke?

Doktor itu sememangnya tahu tujuan kedatangan pesakit tetapi ini salah satu cara dia ‘engage’ dengan pesakitnya dan juga memastikan tujuan kedatangan pesakit adalah sama seperti yang tertera di dalam buku pinknya.

Ibu Muda: Ya doktor.

Doktor: Ok, jom kita scan di bilik sebelah.

Pesakit itu berbaring di atas katil yang terletak bersebelahan dengan mesin tersebut. Lalu dirinya diselimuti oleh pembantu doktor muda itu yang juga daripada kaum Hawa dan setia menemani doktor tersebut sepanjang pemeriksaan dijalankan (chaperon)

Pembantu doktor: Baik doktor, pesakit dah siap.

Doktor itu memulakan pemeriksaan perut dahulu. Hmm….perutnya besar daripada jangkaan lahir mengikut tarikh haidnya. Kemudian, dia menyambung pemeriksaan ultra sound ke atas kandungan pesakitnya. Pemeriksaan yang kebiasaannya sebentar telah mengambil sedikit masa tambahan kerana doktor ini seperti menemui jawapan misteri. Wajahnya yang pada mula ceria sedikit kelat selepas selesai menjalankan semua pemeriksaan.

Doktor: Baiklah, sila ke meja saya selepas ini.

Pasangan itu duduk di meja pegawai perubatan sedikit kegelisahan. Sang tabib sibuk membelek-belek buku pinknya, roda pengiraan umur kandungan dan setiap inci data yang disertakan di dalamnya. Setelah hampir 5 minit memerah otak menyimpulkan hipotesis awalnya, sang tabib mula berbicara:

Doktor: Puan, apakah puan yakin dengan tarikh hadi puan yang tertulis di buku ini? Puan pasti?

Ibu muda: Ya, doktor saya sangat yakin.

Doktor: Ok. Mengikut tarikh akhir haid puan, kandungan puan adalah 7 minggu. Namun melalui pemeriksaan perut puan dan ultrasound saya mendapat jawapan berlainan dan jauh tersasar.

Sambung doktor muda itu lagi,

Doktor: Mengikut sijil perkahwinan yang dikemukan bersama buku pink ini, kalian baru sahaja bernikah 7 minggu yang lalu. Akan tetapi hasil pemeriksaan saya ke atas perut puan, tinggi rahim sudah mencapai umur 16 minggu dan ini disahkan oleh pemeriksaan Ultrasound saya. Saya juga pasti bukan anak kembar yang dikandungkan.

Kedua-dua mata merenung tajam tanpa terkebil mendengar ulasan doktor muda ini. Wajah mereka bertukar pucat.

Doktor itu menyambung lagi kata-katanya: Maafkan saya jika bertanya. Apakah kalian bernikah awal di sempadan ?

Jantung mereka bagaikan direntap mendengar pertanyaan itu. Doktor ini seolah-olah dapat membaca rahsia yang cuba disorokkan oleh mereka. Si ibu tunduk sugul merenung ke bawah manakala si ayah masih kelu tidak berkata-kata.

Doktor: Saya mohon maaf bertanya hal sedemikian. Akan tetapi tuan dan puan perlu faham. Wujud perbezaan ketara dengan jangka masa kandungan puan. Saya pasti bukan kembar melalui scan. Kami perlu scan semula lagi dua minggu untuk memastikan kesahihan keadaan kandungan puan. Namun, melalui pengamatan saya, tarikh haid yang sebenar puan mengikut scan adalah pada penghujung tahun lepas. Jadi saya ingin bertanya, apakah puan ingin memberitahu saya sesuatu perkara yang tidak berada pada pengetahuan pihak kami?

Suasana sepi seketika…….. hanya bunyi putaran kipas berkumandang.

  • Dapatkan Buku "I Need A Helicopter. My Patient is Dying" di pasaran sekarang.

Ibu Muda sambil sedih berkata: Kami minta maaf doktor. Apa yang doktor jumpa itu adalah benar. Ya, haid saya yang terakhir adalah pada Oktober tahun lepas. Kami telah terlanjur. Maafkan kami.

Ibu muda itu masih tunduk sugul manakala suaminya pula turut tunduk malu sambil menganguk kepalanya mengiyakan kenyataan isterinya.

Doktor: Astagfirullah……., puan jangan minta maaf dengan saya. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Mohon magfirah daripada-Nya. Pintu taubat masih terbuka selagi kita masih hidup. Apakah perkara ini diketahui oleh kedua ibubapa kalian?

Bapa muda: Ya doktor. Mereka dah tahu. Kami juga telah bertaubat.

Doktor itu tidak mahu bertanya lebih lanjut apakah tindakan yang telah diambil oleh kedua-dua ibubapa pasangan tersebut. Beliau berharap mereka telah mengambil tindakan yang wajar.

Doktor: Baiklah, ada beberapa perkara yang ingin saya maklumkan. Yang pertama, saya benar-benar berharap anda berdua telah melakukan taubat nasuha. Ini paling penting untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kalian.

Yang kedua, anak yang kini sedang dikandungkan itu perlulah diperlihara sebaiknya bermula saat ini.

Kemudian, saya berharap anda berdua jumpa dengan pihak jabatan agama untuk menyelesaikan masalah ini dan yang terakhir, jangan lupa akan tarikh temujanji kita yang seterusnya untuk pemeriksaan ultrasound kali kedua.

Sekali lagi, saya mohon maaf jika sebarang soalan dan pertanyaan saya tadi telah menyinggung perasaan anda berdua. Jika ada yang salah atau tidak kena dengan cara saya tadi maka saya berbesar hati mendengarnya untuk memperbetulkannya pada masa hadapan.

Ibu Muda dan suami: Oh tidak doktor. Malah kami sangat senang dengan layanan tersebut. Terima Kasih doktor atas nasihat yang diberikan.

=================================================

Kebelakangan ini, ramai pasangan muda yang terlanjur mengemudi cinta mereka sebelum menjejaki alam pernikahan. Mereka ini bijak menutup MALU mereka tetapi tidak pandai menutup KEMALUAN mereka. Namun, Allah itu Maha Mengetahui.

Allah SWT berfirman,

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (QS. An-Nisa: 31)

Bernikah tidak akan menghapuskan dosa seorang penzina kecuali jika dirinya telah berTAUBAT.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita.

Sila Kongsikan kisah ini agar menjadi teladan dan bermanfaat buat ramai orang lagi.

“HIDUP PENUH MANFAAT”

DAR

 

Apa Komen Anda?

2 Comments