GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

DAR sepetang bersama DAO

Sudah lama tidak mencoret di laman sesawang ini. Berhabuk, berdebu dan pelbagai lagi bakteria dan kulat yang bertompok di blog ini.

Namun, selepas 4 tahun. Banyak perkara indah dan pahit di dalam kehidupan ini telah mengajakku kembali berkongsi ibrah daripada kehidupan insani.

Moga daku thabat berjuang dengan matapena dan stetoskopku.

=================

Pada Jumaat lepas, 30 Januari 2015 saya telah menghadiri program Seminar Kebangkitan Potensi Diri 2015 anjuran Richworks bersama Dr Azizan Osman di KTC Kota Bharu.

Program yang berlangsung selama hampir empat jam itu telah memenangi anugerah pecah panggung! Hinggakan ada peserta sanggup duduk bersila di segenap keluasan lantai yang kosong untuk mengikutinya.

Daripada yang berumur 18 tahun hingga warga emas, kami sama-sama ingin berubah. Barangkali pasca banjir, rakyat Kelantan memerlukan motivasi baru untuk bangkit semula.

Lautan manusia membanjiri seminar percuma* bersama DAO sebulan selepas bah besar di Kelantan. Daku tidak terkecuali. Sebelum ini telah banyak mendengar kehebatan programnya tetapi sering dihimpit masalah masa dan ruang.

Kini, peluang terbuka luas dan selepas program, daku sangat bersyukur kerna dikurniakan kesempatan berprogram bersamanya sebab terasa sedikit perubahan positif selepas menghadirinya.

Rasa ingin memberi,

Rasa ingin berubah menjadi lebih baik,

Rasa ingin menjadi daie sehebatnya,

Rasa ingin menjadi ketua keluarga terhebat,

dan pelbagai rencah perasa yang enak-enak mula wujud di dalam diri.

Aura kekuatan arus perubahan itu dijiwai dan diselami sebaiknya oleh para peserta. Semuanya ego dan pelbagai lagi sikap negatif diluruskan kembali oleh DAO. Yang tua, yang muda bangun mendirikan senaman dan aktivitinya.

Tips-tips dan beberapa kunci kejayaan dikongsikan bersama.

9 tips mengubah potensi diri.

4 pandangan Aina/mata.

Apa itu D.U.I.T.S?

dan bermacam-macam lagi.

Benarlah kata sahabat saya. Anak didik Robin Sharma maka konsepnya berikan sebanyak-banyaknya sehingga peserta muntah ilmu.

Seronok!

Dek penangan aktivitinya maka daku sanggup tunggu untuk mendengar taklimat program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan.

DAO dengan manipulasi suara dan gerak gerinya telah berjaya mempersonakan kami lalu mempengaruhi hadirian yang “stayback” untuk berkobar-kobar menyertai IMKK. Di saat dia menawarkan baucer diskaun untuk program tersebut, dengan pantas saya ke hadapannya mengambilnya daripada DAO sendiri.

Dengan bersemangat saya dan dua tiga lagi peserta yang lain berlari ke hadapan berebut baucer yang sedikit itu manakala hadirin yang lain masih kelihatan terpinga-pinga tentang apa yang sedang berlaku.

“Rileks arr….takkan baucer itu pun nak berebut”

Saya mendengar suara ‘biawak’ hidup yang memperlecehkan usaha orang lain merebut tiket kejayaan sewaktu melangkah pulang ke ‘seat” saya

Tiba-tiba dalam masa 5 minit, manusia dan beberapa ‘biawak’ hidup itu bertolak-tolakan, bergelut, menjerit dan pelbagai lagi ragam untuk mendapatkan baucer tersebut.

Hebat penangan DAO ini.

Patutlah rata-rata peserta yang pernah menyertai programnya masih tetap hadir ke seminarnya walaupun content seminar adalah hampir sama.

Aura dan magnet kejayaannya memang berkesan.

Insyallah saya akan menyertainya kembali untuk IMKK 2015 di Kuala Lumpur. Jika baru sebentar, sudah merasai perubahannya maka Insyallah pasti akan lebih baik dengan kursus intensifnya.

Jihad merawat diri akan diteruskan di lembah lumpur pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Kupasan lain akan menyusul sewaktu program nanti.

Mudah-mudahan daku dapat memberi lebih banyak kepada keluarga, ummah dan komuniti selepas ini. Amin.

#DARberguruDAO

#Jihadbaikidiri

#IMKKnSKPD15

Apa Komen Anda?