GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Dato Seri Vida Mengaku Bersalah!

Saya mengaku bersalah mengelirukan pengguna” – Dato Seri Vida.

Dato Seri Vida mengaku salah

DSV mengaku bersalah melanggar Akta Pengiklanan Ubat dengan menggunakan dakwaan melampau bahawa produknya boleh merawat penyakit yang dilarang diiklankan seperti termaktub di dalam akta.

Mengikut pertuduhan, DSV didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah di syarikat penyiaran televisyen, berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Walaupun KKM memohon agar saman yang dikenakan perlu lebih berat memandangkan statusnya banyak mempengaruhi orang awam, namun Hakim tetap dengan keputusannya untuk mengenakan hanya RM4800 sahaja.

Waduh, celah gigi aja bagi DSV untuk membayar.

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya ini adalah kemenangan moral kepada pihak kesihatan dan titik permulaan untuk pihak kesihatan membanteras jenayah kolar putih di kalangan scammer kesihatan.

Jom sama-sama banteras jenayah scam kesihatan.

Berikut adalah senarai 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan.

20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan

Setiap iklan ubat perlu mendapat kelulusan pengiklanan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. Ianya penting agar iklan yang dikeluarkan tidak mengelirukan pengguna atau melanggar Akta Ubat 1955.

Oleh itu,  jika tuan puan terjumpa atau terlihat iklan dengan dakwaan melampau samada di media sosial, atas talian atau di dunia luar, mohon agar dilaporkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri pada kadar segera. Jangan sehingga ahli keluarga yang menjadi korban selepas penggunaan produk scam ini barulah kita hendak menyesal atas kelewatan tindakan kita.

Image result for senarai iklan yang melanggar akta pengiklanan ubat

Be Smart
Be Careful
Be Aware.

#scamkesihatan
DAR
drafiqrahim.com

Rujukan:

  1. https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/258365/bagi-memudahkan-semua-pihak-saya-mengaku-salah

Apa Komen Anda?