GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Dengar sini ! Vol. 2

Saudara,

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaranku dengan air matamu,

Maka di atas tulang-tulangku,

Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat umat ini,

Dan….

Teruskan perjuangan ke gerbang jaya.

 

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan,

Mendapatkan kekasih yang sedang merindu,

Taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku,

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,

Bahagialah hidupku di alam abadi.

 

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur,

Dan alam ini akan disinari fajar lagi,

Biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-Nya,

 

Jangan gentar berkelana di alam abadi,

Nun di sana fajar sedang memancar….

 

Nukilan terakhir Sayyid Qutb sebelum menemui syahid.

 

Aku yang bergelar hamba-Mu,

Dublin 8, Ireland

 

Apa Komen Anda?