GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Dengar sini !

Wahai jiwa-jiwa yang tenang,

Jangan sekali-kali kamu mencuba jadi TUHAN dengan mengadili dan menghakimi.

Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya,

Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.

Bukankah kita memang tercipta lelaki dan wanita serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pastinya berbeza.

Bukankah kita sememangnya harus saling mengenal dan menghormati. 

Bukan saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata.

Kenapa perlu menunggu untuk mengasihi dan mengerti,

Sedangkan benih-benih cinta itu telah ada,

dan jika kamu mendalami rahsia ilahi,

nescaya kamu akan memahami fitrah ciptaan-Nya.

 

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=1giYpHHp3iU&feature=related]

 

Kita adalah penyemai benih-benih cinta di atas muka bumi ini. Maka semaikanlah benih-benih cinta yang hakiki kepada sekalian manusia wahai pejuang di luar sana. 

AKu yang bergelar Laskar Cinta,

Dublin 8, Ireland.

 

Apa Komen Anda?