GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

“DOKTOR, SAYA NAK MC JE UNTUK ANAK SAYA. BOMOH TULANG DAH BETULKAN TANGAN DIA.”

“DOKTOR, SAYA NAK MC JE UNTUK ANAK SAYA. BOMOH TULANG DAH BETULKAN TANGAN DIA.”

.
Terpinga-pinga saya mendengarnya sambil merenung tajam wajah si bapa. Dia membawa anaknya yang mengalami patah tangan selepas bermain bola semalam.
.
Dia menceritakan kejadian semalam kepada saya. Selepas anaknya terjatuh, lengannya bengkok di bahagian sebelum pergelangan tangan. Katanya lagi, anaknya mengadu tidak merasa apa-apa di hujung jari ketika itu.
.
Lalu si Bapa membawa anaknya berjumpa bomoh tulang pada malam itu juga. Selepas diberikan air tawar sebagai penawar tahan sakit, bomoh tersebut mengurut dan menekan kawasan bengkok itu tanpa sebarang ubat tahan sakit.
.
Meraunglah si anak kerana kesakitan yang amat sangat setelah dibetulkan semula bahagian yang patah itu.

bomoh
.
Kini si anak dengan tangan yang patah berbalut kain lampin, diluruskan dengan pembaris panjang datang ke klinik dengan pergelangan tangan yang bengkak dan kebiruan, genggaman tangan yang lemah dan deria rasa yang kurang di hujung jari.
.
“Boleh saya dapatkan MC dia doktor?” tanya si Bapa.
.
Mahu sahaja saya berkata kepadanya “Mengapa tidak meminta MC daripada bomoh tulang itu?”. Namun, saya WAJIB menjaga etika keprofesionalan kami.
.
“Boleh encik, tiada masalah. Nak cuti seminggu pun saya boleh bagi untuk anak encik. Tapi……”
.
“Tapi apa pula doktor, saya nak MC sahaja. Bukan ubat.”
.
“Saya perlu x-ray tangan dia dahulu. Saya bimbang tulang dia tak bercantum dengan betul. Lebih parah, akibat tidak bercantum dengan betul, tulang anak encik ni boleh patah sekali lagi dan menjadi rapuh.”
.
Si Bapa masih tidak bersetuju dengan cadangan saya.
.
“Encik, tolong kasihani anak encik ini. Saya nak x-ray untuk lihat keadaan patahnya. Daripada mata kasar, kami tidak tahu sejauh mana tahap kecederaannya. Encik tahu apa masalah jika tulang tidak bercantum dengan betul?”
.


“Hah cuba doktor beritahu saya, apa dia masalahnya.”
.
“Baiklah, yang pertama kawasan patah akan menjadi rapuh dan berisiko untuk patah dengan mudah. Yang kedua, risiko untuk tangannya membesar dengan tidak normal dan menyebabkan tangannya pendek sebelah. Yang ketiga, kecacatan kekal jika yang pertama dan kedua berlaku. Adakah encik mahu anak encik digelar OKU?”
.
“Encik perlu faham, anak encik ini dalam fasa tumbesaran. Dia sangat aktif. Risiko cedera pada tempat yang sama adalah tinggi.”
.
Si Bapa berdiam dan berfikir panjang.
.
“Encik, saya hanya mahu encik membawanya ke jabatan x-ray dahulu. Insyallah MC tu saya boleh beri. Jangan risau. Encik ambil borang x-ray ini dan bawa filem x-ray kepada saya setelah siap ye.”
.
“Ok doktor.” Balas si Ayah.
.
Jam demi Jam berlalu pergi. Seorang pesakit lain yang mengalami kecederaan siku dan diminta untuk menjalani imbasan x-ray tulang pun sudah kembali bersama x-ray seperti dipinta. Dia datang lebih lambat daripada si Bapa dan selepas 2 jam, sudah kembali bersama x-raynya.
.
Jam menunjukkan jam 5 petang. Klinik kami sudah mahu melabuhkan tirai aktiviti hariannya. Kelibat si Bapa bersama anak malang itu masih tidak kelihatan.
.
Saya menunggu penuh harapan sehingga jam 5.15 petang, sementara melayan soalan-soalan di sosial media. Masih tidak kelihatan.
.
Ke mana si bapa dan si anak malang itu telah pergi? Pergi takkan kembali?
.
Saya bersangka baik. Barangkali, si bapa kesibukan mencari rezeki. Masih mempunyai ramai anak-anak kecil di rumah. Barangkali, si Bapa akan kembali esok hari.
.
Barangkali juga si Bapa pergi mencari TABIB lain untuk mendapatkkan MC bagi anaknya.
.
Pesan saya kepada ibubapa di luar sana, jangan pertaruhkan kesihatan anak kita pada individu yang bukan ahli perubatan.
.
Jangan perjudikan masa depan kesihatan anak-anak kita dengan informasi yang salah dan daripada sumber yang tidak sahih.
.
Jangan mudah percaya dan yakin bahawa anak kita akan turut mendapat keputusan yang sama melalui testimoni keberkesanan rawatan orang.
.
Setiap manusia diciptakan berbeza oleh Allah SWT.
.
Wahai si Bapa, saya menanti anak anda dengan penuh harapan esok hari.
.
#DAR
#masyarakatperlutahudaripadaahlinya

Apa Komen Anda?