GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Dunia baru Islam

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh saya tidak mencoret di laman maya ini dek kekangan peperiksaan dan jadual di hospital yang sendat. Alhamdulillah tinggal 2 bulan untuk saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Saya memohon agar pembaca dapat mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan di medan ilmu ini.

Di sini, saya mulakan dengan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=rnFitE-52n8]

Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;

Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,

Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?

Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”

(HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)

Hadis baginda di atas telah jelas menunjukkan yang kita berada di bawah zaman raja yang diktator. Namun ada yang bertanya adakah kita semakin hampir kepada zaman berikutnya memandangkan revolusi di negara-negara Islam sedang berlaku?

Jawapan saya: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Dekat atau jauh kemenangan itu adalah kuasa Allah. Yang penting kita berusaha untuk menjadi penyumbang kepada zaman berikutnya. Walaubagaimana pun, saya tidak boleh menafikan bahawa mungkin juga kita berada di fasa peralihan zaman.

Revolusi Jasmine

Tiada siapa menduga, bekas Presiden Tunisia: Zine El Abidine Ben Ali berjaya ditumbangkan setelah rakyatnya menderita selama 23 tahun memerintah. Tiada siapa juga menduga regim Hosni Mubarak berjaya ditumbangkan setelah 30 tahun menindas dan menghambakan rakyat Mesir.

Dan kini, kerajaan pimpinan tirani di Libya, Jordan, Yemen, Bahrain, Maghribi, Algeria dan tidak mustahil Malaysia juga bakal ditumbangkan.

Segala-galanya telah dicetuskan oleh 2 orang pemuda yang berani iaitu :

1. Mohamed Bouazizi, seorang peniaga kecil Tunisia yang membakar dirinya hidup-hidup setelah dimalukan penguasa wanita regim Ben Ali.

2. dan Wael GhonimHead of Marketing of Google Middle East and North Africa yang telah mencetuskan revolusi di Mesir melalui medium FaceBook.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang keadaan semasa kerana anda boleh menilai setiap revolusi ini melalu kacamata media antarabangsa. Namun, ibrah terbesar yang dapat saya hadam daripada isu ini adalah agen revolusi mereka adalah golongan pemudanya.

Pemuda agen perubahan.

Sekiranya anda mencari atau meneliti sejarah revolusi di dunia, hampir kesemuanya dimulakan oleh pemuda. Begitu hebat kuasa yang ada pada seorang manusia bernama PEMUDA.

Anda boleh cari di laman Google dan wikipedia tentang sejarah revolusi yang berlaku di dunia seperti Revolusi Islamik Iran,  Kejatuhan regim Suharto di Indonesia, Revolusi Kuning di Filipina dan banyak lagi yang kesemuanya ditunjangi oleh golongan pemuda yang cintakan tanahair mereka. Setiap revolusi tersebut telah dicetuskan oleh golongan muda.

Revolusi Iran 1979

Kejatuhan Regim Suharto 1998

Kejatuhan Regim Ferdinand Marcos 1986

Ini adalah contoh revolusi yang berlaku di negara jiran kita yang didokongi oleh golongan muda mereka. Pesanan Bung Sukarno ini sering terlintas di fikiran saya setiap kali meneliti berita revolusi di muka akhbar:

“Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia ini.”

Banyak tokoh di dunia ini yang menghiasi masa mudanya dengan penuh perjuangan dan pergolakan. Napoleon Bonaparte, pada waktu umur 26 tahun telah mampu memimpin pasukan untuk melawan pemberontakan di Perancis seterusnya menggegarkan seantero dunia. Begitu juga Adolf Hitler, memulai karier ketenteraannya pada usia 25 tahun dan terlibat secara langsung dalam Perang Dunia I. Kemudian dia mengembangkan bakat kepimpinannya dalam bidang politik pada usia 32 tahun hingga menjadi seorang kaunselor Jerman pada usia 40 tahun.

Di pihak kaum muslim pun kita wajib berbangga dengan kehadiran pemuda-pemuda yang menghiasi sejarah dunia dengan tinta emasnya. Sebagai contoh Usamah ibn Zaid  ibn Haritsah pada usianya 17 tahun telah diberi amanah untuk memimpin pasukan perang umat Islam. Pada masa zaman Turki Utsmaniyah, sejarah pun tak akan lupa dengan kisah heroik seorang pemuda berusia 24 tahun. Beliau telah memimpin pasukan kaum muslim dan berhasil membuktikan kebenaran janji Rasulullah SAW dengan penaklukan kota Konstantinopel. Beliau adalah Sultan Muhammad al Fatih.

Maka benarlah kata-kata Ustaz Abdullah Nasih ‘Ulwan yang berbunyi:

” Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan keagungan Islam tercapai ditangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemegahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja, berjihad untuk berdahkwah di jalan Allah sehingga tercapai segala hasrat dan cita-cita yang murni itu.”

Ayuh wahai pemuda Malaysia!

Jika kamu seorang pemuda maka kuasa perubahan ada di tangan kamu. Hanya tinggal kamu ingin berusaha merubahnya atau tidak.

Janganlah dibazirkan semangat itu ke jalan hitam dan nafsu noda yang gundah gulana.

Dunia baru Islam menanti susuk pemuda yang mampu mengisi dan mengemudinya.

Berubahlah sebelum rebah….

Salam Revolusi.

Ibn Abd Rahim

Dublin 8

Apa Komen Anda?

One Comment