GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Dunia medic memang kejam!!!

Satira Medik Episod 3

Empat hari berguru membedah kitab perubatan tentang kencing manis/diabetes(DM) dan darah tinggi/hypertension(HPT), mengkaji keberkesanan rawatan, menelusuri kaedah berkesan merawat pesakit dan memahami peri penting untuk menyedarkan para pesakit akan komplikasi penyakit mereka.

Semua study/clinical research dibentangkan oleh professor dan pakar-pakar perubatan untuk memastikan rawatan yang paling berkesan kepada pesakit ini.

[typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]Jawapan yang paling tepat untuk pesakit DM/HPT adalah rawatan bergantung kepada keadaan kesihatan INDIVIDU.[/typography]

Maksudnya pesakit A mungkin hanya perlu memperbaiki diet manakala pesakit B pula memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal penyakit mereka.

Akan tetapi, [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]dunia medic memang kejam.[/typography]

Percayalah, pesakit lebih mempercayai penjual ubat jalanan/ agen salesman MLM/ agen stemcell/ bogus professor dengan air kangennya dan pelbagai lagi perompak kesihatan daripada air liur doktor bertauliah.

Air, ubat, rawatan yang tiada kajian data/ eksperimen yang dibuat-buat bahkan/ berbohong dengan memetik kata-kata ilmuan perubatan luar negara dijadikan hujah dan sandaran untuk melariskan produk mereka.

Produk mereka mampu menyelesaikan semua masalah kesihatan.

Kira All in One.

 

Dunia medic memang kejam.

Tatkala keadaan menjadi semakin parah, mata sudah menjadi buta, buah pinggang telah rosak sebelah, kaki bakal dipotong dan di penghujung hayat maka para tabib moden dicari untuk menyelamatkan diri. Lebih bijak, dinasihatkan oleh perompak kesihatan tadi untuk segera ke hospital pabila keadaan tenat.

Setelah beberapa diwadkan, nyawa direntap Malaikat Maut. Waris menangis sendu. Siapa dalang semua ini? Bentak sang anak…

“Doktor………..”bisik anak seorang lagi.
” Pihak hospital gagal……”bisik kawan lain.
“Doktor tak rujuk ke jabatan lain……”bisik jiran sebelah.
“Staff Nurse tido masa ayah mati….” bisik adik pula….

Eh di mana pula nama Bomoh….. Prof Air Kangen…. Salesman Stemcell….Tukang Ubat….. yang mana kesemuanya telah menelan belanja berpuluh ribu ringgit kerana dipercayai produk mereka dapat menyembuhkan kesihatan pesakit tadi?

Dunia Medik Memang Kejam……

[typography font=”Cantarell” size=”24″ size_format=”px”]Kejam kepada para pesakit yang terdesak dan para doktor yang asyik dipersalahkan tetapi sangat menguntungkan kepada kapitalis kesihatan. [/typography]

Kasihan…..

Ingatlah pesan P.Ramlee dan filem Do Re Mi ini…

 

Apa Komen Anda?