GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Fahami dahulu sebelum menerpa….

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, percutiaan ke Penang dan Kelantan bertemu sahabat-sahabat sangat mengujakan. Sudah lama tidak ketemu sahabat-sahabat seperjuangan yang lain selepas ramai yang pulang menyambung pengajian di Penang Medical College meninggalkan kami yang beberapa kerat ini meneruskan perjuangan ini di Dublin. Saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat lain yang masih gagal ditemui semasa di Penang kerana kekangan masa yang ada. Insyallah jika ada rezeki, saya akan kembali semula untuk meluangkan masa bersama anda.

tok guruKenangan di New Castle, Kelantan

Ketika di KB Mall, saya tertarik dengan gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memegang kayu snooker dan merasmikan pusat snooker di sana. Snooker permainan yang sinonim dengan remaja / golongan muda. Saya antara penggemar permainan ini ketika muda-muda dulu. Namun permainan ini telah disalahcorakkan oleh sesetengah pihak dan mengundang persepsi negatif banyak pihak sehingga pernah saya dengar snooker adalah ‘haram’ kepada golongan remaja.

Mereka yang ‘mengharamkan’ snooker itu pula tidak pernah menyediakan alternatif untuk golongan muda ini seperti program / aktiviti lain yang lebih bermanfaat. Sebaliknya menjaja keburukan permainan ini kepada orang lain sehingga sesiapa yang bermain dilihat sebagai budak jahat. Yang buruk di situ adalah sesetengah pemain bukan permainan itu. Bagaimana jika mereka yang berserban / berkopiah bermain snooker? Adakah mereka turut dilabel sebagaimana masyarakat melabel golongan muda di pusat hiburan masa kini ?

Hiburan itu keperluan, agama itu panduan

Contoh lain adalah hiburan. Hiburan begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Jika kita menonton cerita-cerita lama di zaman kesultanan Melayu, hiburan tidak pernah berpisah daripada kehidupan masyarakat kita. Namun, sebahagian mereka yang bergelar pendokong Islam menyekat hiburan daripada kamus masyarakat tanpa memahami keperluan masyarakat. 

Kelantan memiliki kepelbagaian budaya dan hiburan yang kebanyakannya diwarisi sejak di bawah pemerintahan Siam. Budaya dan corak hiburan ini disulami dengan aliran Hinduisme yang boleh mendatangkan perkara syirik jika diikuti. Namun kerana kebijaksanaan pemerintah negeri, budaya dan hiburan ini diolah mengikut acuan Islam. Jika buat wayang kulit, buat mengikut skrip sejarah Islam atau cerita teladan bukan tentang cerita-cerita yang khurafat. Jika dikir barat, dikir yang berbentuk nasihat dan lain-lain yang baik.

wayang kulit

Kita perlu memahami keadaan di sekeliling kita

Kaedah dakwah ini penting agar masyarakat tidak berasa skeptikal tentang Islam dan menyebabkan mereka beranggapan Islam sebuah agama yang rigid manakala pendokongnya sebagai jumud. Ini juga termasuk sebagai salah satu Uslub dakwah. Seorang dai’e perlulah benar-benar memahami ciri-ciri mad’u atau orang yang ingin di ajak mendekati Islam. Dai’e perlu mempunyai interpersonal intelligance dalam berdakwah seperti pandai membaca sikap manusia dan kebolehan membaca keperluan masyarakat ketika itu dengan tepat.

Ustaz Nasarudin Tantawi pernah berkongsi pengalamannya melaksanakan ekspedisi dakwah di sekitar Kuala Lumpur ketika beliau muda-muda dahulu.

Ketika beliau masuk di Hard Rock Cafe di KL untuk misi dakwahnya, lintang pukang manusia di dalam itu berlari ibarat kiamat sudah tiba. Tokey kedai pun cabut lari. Jadi macam mana nak berdakwah jika mad’u tiada. Rupa-rupanya kerana pakaian ustaz (Ustaz berserban dan berjubah ketika masuk) tidak sesuai dengan suasana itu menyebabkan manusia-manusia itu takut. Kemudian Haji Mahfuz Omar menasihati beliau supaya perlu bijak menilai suasana dan keadaan masyarakat agar dakwah kita boleh diterima dengan mudah. Barulah dikatakan yang pendakwah itu versatile sebagaimana Islam itu Universal untuk semua.

Kisah MASAI ketika Cuti-cuti Musim Bunga, CCMB anjuran PPIMI

Kisah ini mengimbau kenangan sewaktu saya dan sahabat saya, Abadi memperkenalkan alternatif dakwah melalui Hiburan di Dublin iaitu Malam Aspirasi Seni Assosiasi Islam, MASAI. Kami percaya skop dakwah itu luas dan hiburan sangat dekat dengan pelajar kita. Program kami pada awalnya menerima kritikan ramai malahan program itu pernah dituduh boleh melaghokan pelajar-pelajar di sana. Namun, kami tetap meneruskannya dan alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar di sana. Kami juga menerima suntikan semangat daripada Ustaz Erfino, pegawai agama MSD di UK & Eire agar program-program dakwah seperti ini dapat diteruskan dan diperbanyakkan lagi.

Berikut contoh-contoh aktiviti yang ada di dalam MASAI. Anda boleh cari banyak lagi video MASAI / CCMB di dalam Youtube.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=OY6oYrX6WoQ&feature=related]

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=NE3vqr_rqPg]

Sebenarnya telah ramai pendakwah yang terjun ke medan ini untuk memperkasakan usaha mentarbiyah masyarakat kita. Tidak terkecuali ialah Ustaz Hasrizal yang kini beralih ke bidang hiburan sebagai medium dakwah terbaru beliau. Eksperimen beliau masih berjalan dan keputusannya belum diketahui. Mari kita doakan semoga drama yang diterbitkan membuahkan rasa cinta penonton kepada Islam. .

Saya yakin hiburan, adat dan budaya Melayu  tidak boleh berpisah dengan masyarakat kita. Yang penting, kita perlu bijak menggunakan dan memahami platform dakwah itu disamping arif membaca keperluan masyarakat agar kedua-duanya dapat disinergikan seterusnya memberi manfaat kepada agama kita.

Persoalannya di sini, adakah kita berani untuk mencubanya? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama berfikir.

Pencinta Seni,

10150, Georgetown

Apa Komen Anda?